Makna Simbol Kuil Saivism Dalam Kalangan Hindu, India: Satu Kajian Kes Di Kuil Nagamma, Bangi, Selangor

  • A Mathavi
  • Novel Lydon

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini menumpukan perhatian kepada makna simbol Kuil Hindu Nagamma yang terletak berdekatan dengan stesen kereta api UKM, Bangi. Kuil ini merupakan sebuah kuil yang sangat kecil tetapi masih memainkan peranan sebagai salah satu institusi agama di mana para penganut India yang beragama Hindu masih mengunjungi kuil tersebut dan menjalankan upacara-upacara keagamaan tertentu. Makna simbol kuil kajian pengkaji ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu simbol kebendaan yang terdapat dalam kuil itu dan simbol bukan kebendaan dari perspektif penganut Hindu itu terhadap kuil itu. Makna simbol kebendaan yang dibincagkan dalam kajian ini adalah benda-benda fizikal yang terdapat di dalam kuil itu seperti patung dewa-dewi, rumah ular dan tiang yang diletakkan di bahagian tengah-tengah kuil tersebut. Selain itu, makna simbol kuil ini pula merujuk kepada pandangan penganut Hindu yang mengunjungi kuil itu dari aspek kepercayaan, spiritual, norma dan nilai. Hasil kajian menunjukkan bahawa kuil Nagamma ini memainkan peranan yang sangat penting dari aspek keagamaan. Walaupun saiz kuil ini sangat kecil dan belum lagi diiktiraf oleh kerajaan, namun penganut-penganut Hindu yang tinggal di kawasan tersebut masih mempercayai bahawa kuil ini mempunyai kuasa yang luar biasa dan masih lagi menjalankan upacara-upacara tertentu diiringi oleh Pusari. Secara tidak langsungnya, kuil ini berfungsi sebagai ejen perpaduan bagi komuniti Hindu kerana ramai orang yang berasal dari tempat kajian itu dan bukan yang berasal dari tempatan kajian itu pun mengunjungi kuil itu.

Published
2017-12-30
How to Cite
Mathavi, A., & Lydon, N. (2017, December 30). Makna Simbol Kuil Saivism Dalam Kalangan Hindu, India: Satu Kajian Kes Di Kuil Nagamma, Bangi, Selangor. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/49