Perubatan Alternatif dalam Kalangan Komuniti Bajau Laut Semporna, Sabah

  • Nur Faidah Aldam
  • Vivien W.C. Yew

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini bergerak atas andaian bahawa komuniti Bajau Laut yang mengamalkan “simple life” sedikit sebanyak mengandungi ilmu yang berguna dalam bidang perubatan. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bahawa kesihatan tubuh badan juga dipengaruhi oleh aspek budaya sesuatu komuniti termasuklah dari segi praktis perubatan alternatif, pengambilan ubat-ubatan dan makanan, serta aktiviti harian yang berbeza dengan komuniti lainnya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui temubual tidak formal secara bersemuka dengan tujuh orang informen, pemerhatian tidak ikut serta, serta catatan di lapangan. Kawasan kajian dijalankan di sebuah kampung yang dinamakan Kg. Bangau-Bangau, iaitu sebuah penempatan rumah atas air dan perahu-perahu orang Bajau Laut yang mendiami perairan Semporna. Analisis hasil kajian dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama adalah mengenai amalan perubatan tradisional, ubat-ubatan yang diambil dan juga makanan berkhasiat untuk kecergasan tubuh badan dalam kalangan komuniti Bajau Laut Kg. Bangau-Bangau ini. Sementara analisis hasil kajian bahagian kedua pula memperlihatkan bagaimana persekitaran harian komuniti Bajau Laut di Semporna memberi kesan terhadap kepada tubuh badan dari segi aktiviti yang berbentuk jasmani, emosi dan kegiatan sosial mereka.

 

Katakunci: antropologi perubatan, Bajau Laut, komuniti, perubatan alternative, Semporna

 

 

ABSTRACT

 

This study was conducted based on the assumption that the Sea Gypsy community adopted the simple life to some extent contains useful knowledge in the medical field. Thus, this study aims to identify that the cultural aspects of a community, including the use of alternative medicine, food as medication, as well as different daily activities with other communities, also influence a healthy body. This study uses qualitative methods through informal in-depth interviews with seven informants; non-participant observations, as well as notes taking during fieldwork. The study is carried out in a village named Kg. Bangau-Bangau, a settlement located at the water of the Semporna, Sabah. Analysis of the research findings is divided into two parts. The first part is about the practice of traditional medicine, medications taken and also the nourishment for the body fitness among the Sea Gypsy community at Kg. Bangau-Bangau. While the second part of the study findings analysis shows how the daily environment of the Sea Gypsy community in Semporna affect the body fitness in the forms of physical, emotional and social activities.

 

Keywords: alternative medicine, community, medical anthropology, Sea Gypsy, Semporna

Published
2017-12-30
How to Cite
Aldam, N. F., & Yew, V. W. (2017, December 30). Perubatan Alternatif dalam Kalangan Komuniti Bajau Laut Semporna, Sabah. Jurnal Wacana Sarjana, 1(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/55