Analisis Perubahan Guna Tanah di Daerah Batu Pahat, Johor Menggunakan Kaedah Penderiaan Jauh dan GIS

  • Muhammad Rais Borhan
  • Lam Kuok Choy

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini dijalankan untuk mengesan perubahan guna tanah di daerah Batu Pahat, Johor dengan menggunakan kaedah penderaan jauh. Dalam penyelidikan ini perbandingan data antara tempoh masa tahun 1990-2015 dilakukan untuk melihat perubahan guna tanah. Data yang digunakan ialah imej satelit Landsat (TM dan OLI-TIRS). Guna tanah yang dihasilkan melalui proses klasifikasi terselia imej Landsat dikategorikan kepada beberapa kumpulan seperti tepu bina, hutan, air, dan pertanian yang dibahagikan kepada kelapa, kelapa sawit dan getah. Hasil analisis imej Landsat tahun 1990 dan 2015 menggunakan GIS menunjukkan pertambahan sebanyak 64% guna tanah kelapa sawit bagi tempoh masa 16 tahun. Selain itu, guna tanah yang mengalami perubahan yang tinggi berbanding guna tanah yang lain ialah guna tanah kelapa dan getah, di mana pada tahun 1990 getah dan kelapa masing-masing seluas 65351.94 hektar (33%) dan 18511.01 hektar (9%). Penurunan mendadak guna tanah kelapa dan getah mempunyai kaitan dengan penanaman kelapa sawit secara besar-besaran di daerah Batu Pahat.

 

Kata kunci : Perubahan guna tanah, penderiaan jauh, Landsat, Batu Pahat, GIS

 

ABSTRACT

 

This study was conducted to detect the land use changes in Batu Pahat, Johor by using remote sensing approach. In this research, land use time series comparison between 1990 and 2015 to detect changes in land use. The data used in this study were Landsat satellite imagery (TM and OLI-TIRS). The Landsat satellite image were classified using supervised classification method into several categories such as built-up areas, forests, water and agriculture which was divided into coconut, oil palm and rubber. Analysis of Landsat images from 1990 and 2015 using GIS shows the change for the period of 16 years and we can see 64% of oil palm areas are increased in that time period. In addition, the land use change of the highest compared to other land is rubber 65351.94 hectar (33%) and oil palm 18511.01 hectar (9%). The decline of rubber and coconut can be attributed to the increasing of oil palm area.

 

Keywords : Landuse change, remote sensing, Landsat, Batu Pahat, GIS

Published
2018-03-30
How to Cite
Borhan, M. R., & Choy, L. K. (2018, March 30). Analisis Perubahan Guna Tanah di Daerah Batu Pahat, Johor Menggunakan Kaedah Penderiaan Jauh dan GIS. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/60