Fenomena Experience Economy dalam Konteks Kepenggunaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

  • Azilah A.B
  • Hamzah Jusoh

Abstract

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneliti fenomena Experience Economy (EE) atau Ekonomi Berasaskan Pengalaman (EBP) dalam konteks kepenggunaan di Bukit Bintang Kuala Lumpur. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti  elemen Experience Economy di Bukit Bintang dan melihat kecenderungan empat elemen Experience Economy yang paling dominan di kawasan kajian. Empat elemen EE yang dikenal pasti terdiri daripada elemen Entertainment, Educational, Escapist dan Esthetics. Kajian ini juga menghubungkaitkan faktor demografi responden terhadap empat elemen EE. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah kuantitatif dengan mengedarkan borang soal selidik kepada 100 orang responden. Teknik persampelan rawak berlapis diguna pakai dan hanya seramai 96 orang responden yang terlibat. Data dianalisis secara deskriptif dan menggunakan kaedah taburan silang (crosstab) bagi menghubungkaitkan faktor demografi responden terhadap keempat-empat elemen EE. Bagi mengenal pasti elemen yang dominan di kawasan kajian pula, pengkaji juga menggunakan nilai skor purata (mean) bagi setiap elemen. Hasil kajian mendapati bahawa, elemen EE yang paling dominan di Bukit Bintang adalah elemen Escapist iaitu dengan nilai purata 3.61 diikuti elemen Esthetics dan Entertainment 3.14, serta elemen Educational 2.82.

 

 

 

Kata kunci : lima kata kunci

 

 

 

 

 

 

 

           

ABSTRACT

 

 

 

 

 

 

 

 

ABSTRACT

This study aims to examine the phenomenon of Experience Economy (EE) in the context of consumerism in Bukit Bintang, Kuala Lumpur. The objective of this study is to identify the concepts and elements of the Experience Economy in Bukit Bintang. Hence, this study would also analyze the four tendency elements of the Experience Economy dominant in the study area. Four elements EE consists of elements Entertainment, Educational, Escapist and Esthetics. This study also correlate demographic factors of respondents to the four elements of the EE. The study used the distribution of questionnaires to 100 respondents using stratified random sampling technique and only 96 respondents who answered the question correctly. Data were analyzed using descriptive and cross distribution (crosstab) for correlating demographic factors of respondents to the four elements of the EE. To identify the dominant element in the study, the researchers used the average score (mean) for each element. The findings showed that, the dominant element in the Bukit Bintang is Escapist elements with the average value 3.61, followed by Esthetics and Entertainment 3.14, and Educational elements 2.82.

Kata kunci: Experience Economy, Kepenggunaan, Ekonomi Berasaskan Pengalaman, Penggunaan, nilai materialistic

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published
2018-03-30
How to Cite
A.B, A., & Jusoh, H. (2018, March 30). Fenomena Experience Economy dalam Konteks Kepenggunaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/61