Tingkah Laku Delinkuen Pelajar dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhinya

  • Nik Nursyairah Nik Nordin
  • Mohd Nasir Selamat

Abstract

ABSTRAK

Tingkah laku delinkuen merupakan salah laku yang sering diperbahaskan dalam kehidupan seharian. Pelbagai faktor dikenalpasti telah menyumbang kepada berlakunya salah laku ini, seperti melibatkan peranan ahli keluarga, sistem pendidikan dan juga sikap masyarakat setempat. Salah laku ini boleh memberi kesan buruk  kepada pelajar dan mewujudkan pelbagai gejala sosial lain seperti pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah yang seterusnya memberi kesan kepada masyarakat. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen bagi pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah. Seramai 211 orang pelajar terlibat dalam kajian ini. Kaedah persampelan bertujuan dan instrumen soal selidik digunakan dalam kajian ini. Indikator seperti faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar, aspek tingkah laku delinkuen dan latar belakang responden akan dikenalpasti melalui borang soal selidik yang digunakan. Perisian Statistic Package for Social Science (SPSS) versi 23 digunakan untuk menganalisis data kajian berdasarkan objektif yang dibentuk. Hasil kajian menunjukkan faktor guru merupakan faktor paling dominan mempengaruhi tingkah laku delinkuen pelajar berbanding faktor ibu bapa dan rakan sebaya. Secara kesimpulannya, guru dan keluarga memainkan peranan penting bagi mengawal pergaulan anak-anak supaya tidak terjebak dengan tingkah laku delinkuen.

 

Kata kunci : Tingkah Laku Delinkuen, Salah Laku, Gejala Sosial

ABSTRACT

Delinquent behavior is attitude that is often debated in everyday life. Various factors have contributed to the identified violations of these, as it involves the role of the family, the education system and also the attitude of the local community. One of these practices can adversely affect students and create a variety of other social problems such as promiscuity, drug abuse, which in turn affects the society. This study aims to identify factors that affect delinquent behavior of students in secondary schools. A total of 211 students participated in this study. Purposive sampling and questionnaire used in this study. Indicators such as the factors that influence the behavior of delinquent students, aspects of delinquent behavior and background of the respondents will be identified through the use of questionnaires. Statistic Software Package for Social Science (SPSS) version 23 is used to analyze the data based on the established objectives. The results showed that the teacher is the most dominant factor influencing delinquent behavior, followed by the parents and peers. In conclusion, teachers and families play an important role in controlling the mixing so that children are not stuck with delinquent behavior.

 

 Keywords: Delinquent Behavior, Misconduct, Social Issues

Published
2018-03-30
How to Cite
Nik Nordin, N. N., & Selamat, M. N. (2018, March 30). Tingkah Laku Delinkuen Pelajar dan Faktor-Faktor yang Mempengaruhinya. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/62