Kebolehgajian Bekas Penagih Dadah Dari Perspektif Majikan

  • Adibah Hussin
  • Rozmi Ismail

Abstract

ABSTRAK

 

Kebanyakan bekas penagih dadah masih sukar untuk mendapatkan pekerjaan dalam sektor tertentu, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak kerajaan. Objektif utama kajian adalah untuk mengukur persepsi serta mengenalpasti pandangan majikan terhadap bekas penagih dadah dalam konteks kebolehgajian. Reka bentuk kajian ‘mix-method’ telah digunakan untuk mengkaji persepsi majikan dan penerimaan mereka berdasarkan indikator yang telah diukur. Seramai 56 orang majikan telah terlibat dalam kajian ini. Kaedah temu bual secara ‘open space discussion’ dan soal selidik berkaitan kebolehgajian bekas penagih turut digunakan. Berdasarkan dapatan kualitatif, terdapat empat tema utama terhadap penerimaan bekas penagih oleh majikan iaitu imej bekas penagih dadah, keputusan tidak menggajikan mereka, memberi peluang kepada mereka dan bekas penagih berhenti kerja. Hasil dapatan kuantitatif menunjukkan bahawa majoriti majikan berpandangan bekas penagih mempunyai tahap yang sederhana dari segi kemahiran serta nilai yang dimiliki. Namun, penerimaan majikan terhadap bekas penagih umumnya masih terpengaruh dengan stigma negatif masyarakat. Dari aspek yang lain, mereka masih melihat beberapa aspek positif yang ada pada diri bekas penagih seperti rajin dan menjalankan tugas sehingga majikan bersedia memberi peluang kedua kepada mereka.

 

Kata Kunci: kebolehgajian; majikan; persepsi; bekas penagih dadah; pekerjaan

 

ABSTRACT

 

Most of former drug addicts still face difficulties in getting employed, eventhough a lot of initiatives has be taken by the government. The main objective of this study is to examine employers’ views and perception towards former drug addicts, in terms of employability. Mixed-method design were used, where a total of 56 employers were involved in this study. ‘Open space discussion’ approach were used for the qualitative part, whereas for the quantitative part, questionnaires were distributed to the respondents. Based on the qualitative data analysis, there were four main themes that could explain employers’ perception towards former drug addicts; former drug addicts’ image, decision to not employ them, giving second chance, and former drug addicts quit their job. On the other hand, quantitative data analysis revealed that most of the employers view former drug addicts as in moderate level in terms of skills and values. However, in general, employers’ perception towards former drug addicts were still susceptible by the society’s negative stigma. Looking at the other aspect, they still view some positive aspects of former drug addicts like hardworking and can do work, and they are willing to give a second chance to those individuals.

 

Keywords: employability; employers; perception; former drug addicts; job

Published
2018-03-30
How to Cite
Hussin, A., & Ismail, R. (2018, March 30). Kebolehgajian Bekas Penagih Dadah Dari Perspektif Majikan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/63