Nilai Dimensi Budaya : Suatu Kajian Analisis Kandungan Ke Atas Filem Pecah Panggung Malaysia

  • Tizi Zabirah Mohd Suharta
  • Abdul Latiff Bin Ahmad

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini melihat sama ada filem Malaysia memaparkan “wajah” Malaysia berdasarkan kepada nilai dimensi budaya. Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji nilai dimensi budaya yang terdapat di dalam filem Malaysia melalui elemen-elemen model Hofstede serta mengkaji persamaan dan perkaitan kriteria filem mengikut nilai dimensi. Kajian ini menggunakan enam dimensi budaya teori Hofstede iaitu individualisme-kolektivisme, maskuliniti-feminin, jurang kuasa tinggi-rendah, pengelakan ketidakpastian tinggi - rendah, orientasi jangka panjang - pendek dan kepuasan dan pengawalan. Kaedah kajian yang digunakan ialah kaedah analisis kandungan dan analisis tekstual di dalam mengenalpasti nilai-nilai dimensi yang ada di dalam setiap filem menerusi petikan-petikan dialog yang dipaparkan melalui gambar di dalam lima buah filem yang dikaji, iaitu Munafik, Polis Evo, The Journey, Ola Bola dan KL Gangster. Kajian mendapati kelima-lima filem mempunyai kesemua enam nilai dimensi budaya, dan persamaan yang terdapat menerusi watak utama bagi kelima-lima filem ialah, mereka mengamalkan nilai dimensi budaya pengelakan ketidakpastian tinggi dan kekangan serta elemen dimensi budaya kolektivisme di dalam pemaparan watak mereka. Menurut Hofstede, masyarakat Malaysia lebih cenderung untuk mempunyai nilai dimensi budaya kolektivisme yang tinggi. Hal ini dapat menunjukkan industri perfileman Malaysia telah menggambarkan dan mencerminkan wajah sebenar masyarakat Malaysia yang bersifat kolektivisme di dalam diri mereka, namun di dalam kajian ini terdapat dua elemen yang lebih menonjol iaitu pengelakan ketidakpastian tinggi serta kekangan di dalam watak-watak utama kelima-lima filem yang dikaji.

Kata kunci : Teori Hofstede, Nilai Dimensi Budaya, Filem Pecah Panggung, Pengelakan Ketidakpastian Tinggi, Kolektivisme

           

ABSTRACT

 

This study exposes whether Malaysia films are indeed Malaysians in the context of cultural dimension. The objective of this study was to examine the cultural dimensions that are present in Malaysia film through Hofstede model and examine the similarities and relevance of the criteria according to the dimensions of the film. This study uses six cultural dimensions of Hofstede's theory which is individualism - collectivism, masculinity - femininity, high power gap - low, high uncertainty avoidance - low, long-term orientation - short and satisfaction and control. The method used is content analysis and textual analysis in identifying the values dimension that is in every film through the scenes and passages of dialogue that appears in the picture in five films studied, Munafik, Polis Evo, The Journey, Ola Bola and KL Gangster. The study found that, all five films have all six dimensions of culture, and there are similarities with the main character of the five films is, they adopt the high uncertainty avoidance cultural dimensions, constraints and also collectivism in the expression of their character. According to Hofstede, Malaysians are more likely to have a high collectivism cultural dimension. In general, Malaysian films are similarly portrays as per the culture dimension stated by Hofstede in the context of collectivism. However, for the main characters, two cultural dimension that were dominant in their character is uncertainty avoidance and constraints dimension.

Key Words : Hofstede Theory, Dimensions Of Culture, Box Office Films, Uncertainty Avoidance. Collectivism

Published
2018-03-30
How to Cite
Mohd Suharta, T. Z., & Ahmad, A. L. B. (2018, March 30). Nilai Dimensi Budaya : Suatu Kajian Analisis Kandungan Ke Atas Filem Pecah Panggung Malaysia. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/64