Slanga Sebagai Wahana Komunikasi Dalam Kalangan Remaja Di Bengkalis

  • Tengku Fariqul Haq
  • Harishon Radzi

Abstract

ABSTRAK

 

Slanga bukanlah satu bentuk fenomena baru dalam dunia bahasa, tetapi fenomena ini mula popular dan perkembangannya sangat pesat dalam kalangan remaja untuk masa sekarang ini. Pengkaji melihat hal yang demikian berlaku di Riau, Indonesia, khususnya di kawasan Bengkalis. Menerusi kajian ini, pengkaji berharap fenomena slanga tersebut dapat dibuktikan dan diterangkan dengan jelas. Dengan menggunakan teori domain penggunaan bahasa oleh Fishman (1972a) pengkaji akan membincangkan slanga remaja ini berdasarkan konteks. Hasil kajian menunjukkan bahawa slanga kalangan remaja di Bengkalis terbahagi kepada dua, iaitu slanga lelaki dan perempuan. Sebanyak 85 leksikal slanga diperolehi menerusi kajian lapangan kepada 60 responden remaja lelaki dan perempuan. Di samping itu, terdapat leksikal slanga yang merupakan bentuk peminjaman slanga bahasa Gaul (Indonesia) dan slanga daripada bahasa Inggeris. Kajian ini telah menyumbang kepada bidang ilmu bahasa, di samping dapat menambahkan lagi pengetahuan kepada slanga-slanga yang wujud dalam kalangan remaja berkenaan. Selain itu, kajian ini mendedahkan serba sedikit mengenai remaja di Bengkalis dan cara pergaulan mereka menerusi slanga-slanga yang dihasilkan.

 

 

Kata kunci : slanga, sosiolinguistik, wahana komunikasi, rema dan leksikal.

Published
2018-03-30
How to Cite
Haq, T. F., & Radzi, H. (2018, March 30). Slanga Sebagai Wahana Komunikasi Dalam Kalangan Remaja Di Bengkalis. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/71