Unsur Burung Dalam Pantun: Analisis Semantik Inkuisitif

  • Maulana Al-Fin Che Man
  • Nor Hashimah Jalaluddin

Abstract

 ABSTRAK

 

Pantun dan masyarakat mempunyai hubungan yang begitu akrab. Pantun Melayu menyerlahkan pemikiran, emosi, pengalaman, harapan dan sentimen manusia Melayu. Keindahan pantun tersebut dapat dilihat melalui ciri-ciri dalamannya yang tepat, mengandungi pengertian, pemikiran dan falsafah yang keseluruhannya terkandung dalam sebuah ungkapan. Dalam ungkapan pantun yang terdiri daripada baris pembayang dan baris maksud, terdapat unsur alam seperti flora dan fauna yang digunakan untuk membentuk sebuah pantun. Kajian ini bertujuan untuk meneliti unsur fauna serta kaitan dengan manusia dengan memfokuskan kepada unsur burung. Bagaimana masyarakat Melayu dahulu mengaitkan unsur burung dan manusia dalam pantun? Persoalan ini menjadi tunjang utama dalam kajian ini. Objektif kajian ini adalah untuk mengkategorikan burung mengikut tabiatnya dalam pantun Melayu, menganalisis kolokasi, pembayang dan makna dan menghurai pemikiran dan tafsiran akal budi Melayu di sebalik kolokasi, pembayang dan makna pantun yang berunsurkan burung. Kajian ini difokuskan kepada data pantun yang berunsurkan burung dalam buku Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (1990). Terdapat sebanyak 65 pantun yang berunsurkan burung. Penganalisisan kajian difokuskan terhadap tiga jenis burung yang paling dominan dalam pantun Melayu iaitu burung merpati, burung pipit dan burung tiong.  Dalam kajian ini pengkaji menerapkan konsep ad hoc dan pendekatan semantik inkuisitif serta pembuktian secara saintifik. Dapatan kajian mendapati bahawa burung merupakan perlambangan kepada manusia itu sendiri. Ada burung yang merujuk kepada kasih sayang, percintaan dan kesetiaan manusia iaitu wujud dalam pantun burung merpati. Kemudian ada burung yang merujuk kepada status, darjat dan kedudukan di antara manusia di dunia ini yang wujud dalam pantun burung pipit. Malah ada juga burung yang merujuk kepada kesedihan, kekecewaan dan kedukaan yang dihadapi oleh manusia yang wujud dalam pantun burung tiong. Lantas kajian secara tidak langsung dapat mencungkil ketajaman dan kebijaksanaan masyarakat Melayu.

 

Kata Kunci: burung, pantun, ad hoc, semantik inkuisitif, akal budi

 

 

ABSTRACT

 

Malay poetry is a form of enchanting, poetic literature work by the Malay society. The beauty of poetry can be seen through duplicated hints and meanings conveyed; in relation to Malay thoughts and reasoning. Poetry reflects the Malay society that is satiated with indigenous culture and politeness. The idea of this research is to observe the elements of fauna conveyed in Malay poetry; and their relation to human beings by focusing specifically on the elements of birds. How did the olden Malay society relate bird elements with human elements? To answer this question is the main objective of this research. Up to 65 poetries with the context of bird elements have been gathered from the book entitled ‘Kurik Kundi Merah Saga: Kumpulan Pantun Lisan Melayu (1990)’. In the process of analyzing this research topic, focus was brought upon 6 poetries in which three types of birds are the most dominant, which are; pigeons, sparrows, and mynas. The ad hoc analysis and the approaches of inquisitive semantics is employed in this study. The ‘‘Broadening’’ ad hoc concept is used in interpreting metaphorical expressions, while the ‘‘Narrowing’’ ad hoc concept works in interpreting ambiguity lexical. The approach that is applied in this research comprised of authentic, cognitive, contextual, and cultural data; and will lead to the explicating of the philosophy and the Malay mind. The result of the research came to a conclusion that the creation of poetries contains its own analogies; pigeons symbolize love, sparrows symbolize status, and mynas symbolize emotion. In addition, the result of this research has also shown the unyielding intelligence of the olden Malay society in creating admirable, poetry expressions.

 

Key Words: birds, poetry, ad hoc, inquisitive semantic, Malay mind

Published
2018-03-30
How to Cite
Che Man, M. A.-F., & Jalaluddin, N. H. (2018, March 30). Unsur Burung Dalam Pantun: Analisis Semantik Inkuisitif. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/72