Kehidupan Beragama Minoriti Muslim di Korea

  • Muhammad Fakhrul Hakimi Mohd Zaid Mohd Zaid
  • Jaffary Awang
  • Zaizul Ab Rahman Rahman

Abstract

ABSTRAK

 

Agama Islam adalah agama yang syumul justeru ia mendapat tempat di seluruh dunia dan sesuai dipraktikkan di mana sahaja sepanjang zaman. Bagi minoriti Muslim mereka berdepan dengan beberapa cabaran dalam menghayati kehidupan beragama sebagai seorang muslim. Isu-isu yang sering timbul adalah seperti  isu- pemakanan halal, isu kekeluargaan, mualamat dan perundangan. Kertaskerja ini akan membincangkan kumpulan minoriti muslim di Korea mendepani dan mengatasi isu-isu tersebut dalam menterjemahkan kehidupan Islam di Korea. Data ini diperolehi dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif melalui pendekatan temu bual, pemerhatian dan kajian perpustakaan. Kertaskerja ini merumuskan kehidupan beragama muslim di Korea menempuhi pelbagai cabaran khususnya dalam menyesuaikan budaya hidup Islam dalam konteks masyarakat bukan Islam memerlukan ketekunan dan ketelitian serta keterbukaan.

 

Kata kunci: Islam, Muslim minoriti, Korea, kehidupan beragama.

Published
2018-03-30
How to Cite
Mohd Zaid, M. F. H. M. Z., Awang, J., & Rahman, Z. A. R. (2018, March 30). Kehidupan Beragama Minoriti Muslim di Korea. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/73