Sosiologi Dalam Drama Muzikal KL

  • Norfazilah Binti Jahudin
  • Nur Afifah Vanitha Abdullah

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini menganalisis sebuah drama karya Hatta Azad Khan iaitu Muzikal KL dengan menggunakan kerangka konsep teori sosiologi yang membincangkan tiga aspek utama iaitu latar belakang pengarang, kritikan terhadap isu sosial dalam karya yang dikaji iaitu menjurus kepada beberapa perspektif utama iaitu budaya, ekonomi, politik dan sosial. Selain itu, aspek nilai turut diteliti dalam kajian ini. Karya ini dihasilkan melalui pemerhatian pengarang terhadap isu-isu yang terjadi di sekelilingnya. Kota metropolitan Kuala Lumpur dijadikan sebagai latar tempat iaitu sebuah kawasan yang berdepan dengan cabaran kemodenan dan pelbagai isu kemasyarakatan yang seterusnya menimbulkan kerungsingan pengarang. Kajian  ini adalah bersifat kualitatif dan berbentuk fundamental. Sebagai instrumen kajian, analisis kandungan telah dilakukan serta memperolehi data daripada buku, kajian lepas, artikel jurnal dan internet. Data yang dikumpul adalah untuk menjawab persoalan apakah isu kemasyarakatan yang diangkat oleh pengarang dalam karya Muzikal KL? Oleh hal yang demikian, kajian ini mendapati isu-isu yang diketengahkan dalam karya tersebut merupakan refleksi atau mencerminkan kisah sebenar yang berlaku di Kuala Lumpur. Ini menunjukkan bahawa Hatta Azad Khan telah membawa isu besar berkenaan dengan kerencaman sosial dalam kalangan masyarakat Malaysia yang patut diberi perhatian. Idea-idea yang bernas daripada Hatta adalah selari dengan pengalaman dan penglibatan beliau dalam bidang penulisan.

 

Kata kunci: Muzikal KL, Hatta Azad Khan, pendekatan sosiologi, kritikan sosial, aspek nilai

 

 

ABSTRACT

 

This study analyzes a drama by Hatta Azad Khan entitled Muzikal KL. This study applies the sociological theory to analize three main aspects namely the background of the author, and criticism on social issues that centers on political aspects, economy, cultural and social. The Muzikal KL playwright portrays  issues that exist around him. Kuala Lumpur is a metropolitan city. People in Kuala Lumpur face challenges of modernity and variety of societal issues. The research design of this study is qualitative, with fundamental as its research type. Data for this study was obtained from books, literature review, journal articles and also through internet. The data collected is to answer the question, “what are the social issues raised by the playwright in Muzikal KL. This study proofs that the issues portrayed in this dramatic text are based on real stories that akes place in Kuala Lumpur. This shows that Hatta Azad Khan portrays social issues among Malaysians that needs attention. This dramatic text are among others that had made Hatta Azad Khan a prolific playwright until today. This is because he tends to produce plays that are linked to social issues. The issues portrayed in plays by Hatta are based on his experience and his maturity in writing.

 

Keywords: KL Musical, Hatta Azad Khan, sociological theory, critique of social issues, moral  values

Published
2018-03-30
How to Cite
Jahudin, N. B., & Abdullah, N. A. V. (2018, March 30). Sosiologi Dalam Drama Muzikal KL. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/75