Jurang Sosial Mempengaruhi Penceraian Dalam Kalangan Etnik Melayu : Kajian Kes Di Kota Bharu, Kelantan.

  • Siti Maisaroh
  • Novel Lydon

Abstract

ABSTRAK

 

Kajian ini dilakukan untuk menghuraikan tentang institusi perkahwinan, penceraian dan fungsi keluarga dalam kalangan masyarakat Melayu. Tujuannya adalah untuk memahami dan menganalisis bagaimana sesebuah ikatan perkahwinan itu terlerai disebabkan oleh beberapa faktor yang tertentu. Perbincangan dalam kajian ini memberi fokus kepada permasalahan yang wujud dalam rumahtangga yang mengakibatkan berlakunya penceraian antara suami dan isteri. Data dan maklumat secara mendalam telah diperolehi oleh penyelidik semasa menjalankan kajian lapangan. Penyelidik telah menemu bual seramai lima orang informan yang terpilih dalam menjalankan kajiannya. Kajian ini juga mendapati bahawa faktor perubahan masyarakat ke arah unsur-unsur moden telah melemahkan peranan dan tangunggjawab suami dan isteri yang akhirnya mencetuskan penceraian dalam ikatan perkahwinan mereka. Selain itu, fungsi keluarga memainkan peranan yang penting dalam mengawal keadaan keluarga dan secara tidak lansung keluarga merupakan salah satu aspek  pembentukan masyarakat pada hari ini. Ringkasnya, hasil kajian mendapati bahawa penceraian dalam kalangan suami dan isteri berlaku disebabkan oleh tiga faktor yang utama iaitu dari segi pekerjaan, agama dan pendidikan.

 

Kata kunci : Perkahwinan, Penceraian, dan Fungsi Keluarga.

Published
2018-03-30
How to Cite
Maisaroh, S., & Lydon, N. (2018, March 30). Jurang Sosial Mempengaruhi Penceraian Dalam Kalangan Etnik Melayu : Kajian Kes Di Kota Bharu, Kelantan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/77