Hubungan Kepemimpinan Guru Dengan Pengurusan Bilik Darjah Di Sekolah Menengah Pulau Pinang

  • Amirah Md Ibrahim
  • Mohamed Yusoff Mohd Nor

Abstract

ABSTRAK

 

Tujuan kajian kuantitatif ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara amalan kepemimpinan guru dengan pengurusan bilik darjah. Sampel kajian terdiri daripada 107 orang guru dari tiga buah sekolah menengah di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Rekabentuk kajian adalah berbentuk kuantitatif.  Borang soal selidik yang mengandungi bahagian A, B dan C adalah instrumen yang digunakan dalam kajian ini Penganalisian data yang dikumpul menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23.0. Analisis kajian statistik deskriptif digunakan dalam kajian ini seperti kekerapan, min dan peratus. Manakala analisis statistik inferensi menggunakan Ujian Korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan kepemimpinan guru adalah tinggi iaitu dengan nilai min=4.166. Tahap amalan pengurusan bilik darjah guru sekolah menengah di Timur Laut juga  tinggi iaitu dengan nilai min=4.095. Analisis Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah ini. Dimensi menghadapi dan meminimumkan krisis (min = 4.24, SP =0.423) dalam kepemimpinan guru adalah paling kerap diamalkan berbanding dimensi lain.

 

Katakunci : Amalan Kepemimpinan Guru, Pengurusan Bilik Darjah,Sekolah Menengah.

 

 

ABSTRACT

 

This quantitative research has been conducted to identify the relationship between the leadership practices of the teachers with classroom management. The samples are among 107 of teachers from three secondary school in North East district of Penang. Questionnaires included part A,B and C are the instruments used in this research.Quantitative methods used and data were analyzed using the software Statistitical Package For Social Sciences (SPSS) version 23. Descriptive study was conducted and the findings presented in the form of mean, frequency and percentage. Pearson Correlation Test for statistical inference. The overall results shows that the level of teacher’s leadership is high (mean=4.166) while the level of classroom management by the teachers is also high (mean=4.095). The Pearson Correlation Test also shows that there is significant relationship between this two variable. The dimension of facing and minimize the crisis are the most frequently practiced (mean=4.24.sd=0.423) in teacher’s leadership.

 

Keywords: Teacher’s Leadership Practice,Classroom Management, Secondary School.

Published
2018-03-30
How to Cite
Md Ibrahim, A., & Mohd Nor, M. Y. (2018, March 30). Hubungan Kepemimpinan Guru Dengan Pengurusan Bilik Darjah Di Sekolah Menengah Pulau Pinang. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/79