Interaksi Tuan Rumah dan Pelancong Antarabangsa dalam Pelancongan Budaya di Kampung Morten, Melaka

  • Ng Sheue Li
  • Habibah Ahmad
  • Hamzah Jusoh

Abstract

ABSTRAK

 

Dalam bidang pelancongan, interaksi antara tuan rumah dan pelancong antarabangsa berpotensi untuk membawa kedatangan pelancong antarabangsa ke suatu negara. Negara Malaysia dikenali sebagai destinasi pelancongan yang mesra dan ini tidak terkecuali dengan negeri Melaka. Pengiktirafan sebagai tapak warisan bersejarah UNESCO, negeri Melaka telah menentukan strategi untuk menyambut kedatangan pelancong antarabangsa, antaranya ialah memberi penumpuan kepada keperluan pelancong antarabangsa dan pengalaman, dalan konteks ruang dan peluang untuk berinteraksi. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis sejauh mana interaksi antara tuan rumah dan pelancong antarabangsa di Kampung Morten. Kajian ini merangkumi 100 orang tuan rumah dan 150 orang pelancong antarabangsa. Melalui kajian ini, hasil kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua pihak tuan rumah dan pelancong antarabangsa amat berpuas hati dengan interaksi antara satu sama lain di Kampung Morten dengan purata 2.87 dan 3.87 masing-masing. Secara ringkasnya, interaksi antara tuan rumah dan pelancong antarabangsa di Kampung Morten amat dinikmati oleh pelancong antarabangsa manakala tuan rumah melayan dengan berpuas hati.

 

Kata Kunci: interaksi, Kampung Morten, pelancong antarabangsa, tuan rumah

 

 

ABSTRACT

 

In tourism, the interaction between the host and international tourist is recognized to potentialy influence the incoming international tourists to the country. Malaysia is known as a friendly tourist destination and this is no exception with the state of Malacca. Being recognized as a UNESCO heritage site, Malacca has defined a strategy to welcome international tourists, which focuses on the spatial and opportunity for the   international tourists to interact and experienced. This study aimed to analyze the extent of the interaction between the host and international tourists in Kampung Morten. The study involved 100 hosts and 150 international tourists. The study has shown that both the host and international tourists are very satisfied with the interaction between each other in Kampung Morten, with an average of 2.87 and 3.87 respectively. In conclusion the interaction in Kampung Morten was highly enjoyed by international tourists while the hosts were happy to entertain them.

 

Keyword: hosts, interaction, international tourists, Kampung Morten

Published
2018-03-30
How to Cite
Li, N. S., Ahmad, H., & Jusoh, H. (2018, March 30). Interaksi Tuan Rumah dan Pelancong Antarabangsa dalam Pelancongan Budaya di Kampung Morten, Melaka. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/86