Unsur Feminisme Dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Kognitif

  • Siti Nur Izzaty Binti Salit
  • Norsimah Binti Mat Awal
  • Harishon Radzi

Abstract

ABSTRAK

 

Peribahasa merupakan satu khazanah yang penting terutamanya dalam bahasa Melayu. Peribahasa berperanan penting sebagai alat untuk menasihati dan memberi teguran tanpa menyinggung perasaan sesiapa dalam masyarakat Melayu tradisional. Unsur feminisme di dalam peribahasa Melayu dilihat mempunyai kecenderungan untuk bersifat negatif melalui kajian-kajian oleh pengkaji lepas. Makalah ini bertujuan mengenal pasti unsur feminisme yang terkandung di dalam peribahasa Melayu. Teori semantik kognitif digunakan bagi menganalisis unsur-unsur feminisme tersebut terutamanya dalam aspek skema imej dan metafora konseptual. Data peribahasa diambil daripada buku “Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai” yang melibatkan kesemua peribahasa bermula dari abjad A sehingga abjad Z. Berdasarkan data, terdapat 17 peribahasa daripada 5489 peribahasa yang mengandungi unsur feminisme. Unsur-unsur feminisme dapat dikategorikan kepada 3 iaitu (i) ciri-ciri positif wanita, (ii) ketertinggian darjat wanita dan (iii) peningkatan taraf atau kualiti hidup wanita.

Published
2018-03-30
How to Cite
Salit, S. N. I. B., Mat Awal, N. B., & Radzi, H. (2018, March 30). Unsur Feminisme Dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Kognitif. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/89