Penyusuan Bayi dalam Kalangan Wanita Berkerjaya: Satu Tinjauan

  • Siti Nur Hidayah Mahdizam
  • Vivien W.C. Yew

Abstract

ABSTRAK

 

Proses industrialisasi dan urbanisasi telah meninggalkan kesan yang penting ke atas status dan peranan kaum wanita. Akibat daripada kedua-dua proses itu, peluang-peluang pekerjaan yang baru telah memindahkan wanita dari ruang domestik kepada ruang awam, di rnana mereka memegang berbagai profesion di dalam sektor-sektor industri, pentadbiran dan perniagaan. Apabila berkahwin, wanita dijangkakan dapat mengendalikan urusan rumah tangga dan menjaga anak. Wanita ini rnendapati diri mereka terpaksa menggabungkan peranan tradisional mereka sebagai isteri dan ibu dengan peranan baru sebagai pekerja. Peranan di dalam bidang domestik dan awam ini lazimnya "demanding" dan memerlukan tenaga, masa dan perhatian. Wanita ini seterusnya mengalami konflik peranan memandangkan yang status dan peranan mereka di dalam ruang domestik dan awam ini dihalakan untuk mmencapai matlamat-matlamat yang berbeza. Sepertimana yang sedia maklum, di seorang wanita yang telah berkahwin diharapkan dapat menjaga, menyusukan bayi mereka dengan susu ibu sepenuhnya, mendidik anak-anak di samping menjadi teman kepada suaminya. Namun demikian, kehidupan seorang wanita bekerjaya menjadi semakin kompleks dalam memenuhi keperluan bayi mereka untuk menyusu susu ibu. Walaupun mereka mempunyai pengetahuan tinggi mengenai kebaikan susu ibu yang berkhasiat untuk perkembangan dan pertumbuhan bayi yang diperoleh namun disebabkan kekangan yang dihadapi oleh mereka yang bekerjaya meyebabkan mereka terpaksa memilih susu formula bagi menggantikan penyusuan susu ibu.

 

Katakunci: ibu, kerjaya, Malaysia, penyusuan bayi, wanita,

 

 

ABSTRACT

 

The process of industrialization and urbanization has left a significant impact on the status and role of women. As a result of both the process, opportunities for a new job has transferred the woman from the domestic sphere to the public sphere, of which they hold various professions in the sectors of industry, administration and business. Once married, a woman is expected to handle household and childcare. This woman realised themselves have to combine their traditional roles as wives and mothers with new role as workers. Role in domestic and public areas is usually "demanding" and requires energy, time and attention. This woman suffers conflicting role and status in view of their roles in domestic and public space is routed to acieve different goals. A woman who is married is expected to keep, feed their babies with breast milk completely, educate children in addition to being a friend to her husband. However, the life of career women become more complex to meet the needs of their babies for breastfeeding. Although they have good knowledge about the benefits of breast milk to infant development and growth. However, due to constraints faced by these career women, they have to choose the formula milk to replace breastfeeding.

 

Keywords: breastfeeding, career, Malaysia, mother, women

Published
2018-03-30
How to Cite
Mahdizam, S. N. H., & Yew, V. W. (2018, March 30). Penyusuan Bayi dalam Kalangan Wanita Berkerjaya: Satu Tinjauan. Jurnal Wacana Sarjana, 2(1). Retrieved from https://spaj.ukm.my/jws/index.php/jws/article/view/90