Pengaruh Gangguan Emosi Dalam Kalangan Orang Kena Pengawasan (Influence of Emotional Disturbance among Individuals under Surveillance)

Fauziah Ibrahim, Ezarina Zakaria, Salina Nen, Norulhuda Sarnon, Nazirah Hassan

Abstract


Artikel ini disediakan bertujuan untuk (1) mengenalpasti profil orang kena pengawasan (OKP), (2) mengukur tahap gangguan emosi dalam kalangan OKP dan (3) mengenalpasti pengaruh gangguan emosi dalam kalangan OKP di Malaysia. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan reka bentuk tinjauan keratan-lintang secara kuantitatif. Seramai 380 orang bekas penagih dadah yang telah tamat menjalani program pemulihan di Cure and Care Rehabilitation Centre (CCRC) dan kini sedang menjalani tempoh pengawasan di bawah kendalian Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dipilih sebagai responden kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi dengan menggunakan ujian regresi pelbagai secara stepwise. Analisis kajian menunjukkan bahawa majoriti OKP yang terlibat dalam kajian ini dikategorikan dalam kumpulan umur belia, masih bujang, mempunyai tahap pendidikan menengah pada peringkat SRP dan SPM sahaja, mempunyai pekerjaan sambilan dan tetap serta mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM2000 sebulan.  OKP juga terdiri dalam kalangan mereka yang pernah relaps dan pernah mempunyai rekod jenayah lampau.  Berdasarkan tahap gangguan emosi, kajian menunjukkan 50.8% OKP menunjukkan gangguan emosi yang sederhana ke tahap yang rendah (44.5%). Manakala analisis regresi yang dijalankan mendapati faktor keinginan semula terhadap dadah (β=.703, p<.05), konflik hubungan keluarga (β=.401, p<.05) dan tekanan persekitaran sosial (β=.156, p<.05) merupakan faktor yang dikenalpasti mempengaruhi gangguan emosi dalam kalangan OKP. Hasil kajian memberi implikasi terhadap usaha pihak-pihak yang berkepentingan khasnya kaunselor dan pegawai pemulihan dadah di setiap negeri dalam usaha melakukan penambahbaikan terhadap program-program pemulihan dadah. Penyediaan mekanisme pencegahan relaps diperlukan untuk membantu mengatasi masalah gangguan emosi dalam kalangan OKP.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


DISCLAIMER

The editors and publisher of Jurnal Psikologi Malaysia have made every possible effort to verify the accuracy of all information contained in this publication. Any opinions, discussions, views and recommendations expressed in the article are solely those of the authors and are not of Jurnal Psikologi Malaysia, its editors or its publisher. Jurnal Psikologi Malaysia, its editors and its publisher will not be liable for any direct, indirect, consequential, special, exemplary, or other damages arising therefrom.