PTMCLOUD : Penghantaran Fail Elektronik Bersaiz Besar Melalui Internet

  • Azman Chik

Abstract

Sebagai satu usaha menyokong penyelidikan dalam aspek pemindahan fail elektronik bersaiz besar, Pusat Teknologi Maklumat (PTM) melalui bahagian di bawah Timbalan Pengarah Sokongan Penyelidikan dan Pendidikan (SPP) sedang menguji perkhidmatan penghantaran fail elektronik bersaiz besar melalui internet.  Perkhidmatan ini yang dikenali sebagai PTMCLOUD disedia bagi membolehkan penyelidik berkongsi data penyelidikan bersaiz sehingga 2GB di antara rakan-rakan penyelidik.  Perkhidmatan PTMCLOUD  hampir sama seperti DropBox yang membezakannya adalah  lokasi pelayan PTMCLOUD berada di dalam UKM.