HALANGAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENDENGAR BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA ASING

Sumaiyah Sulaiman, Nik Farhan Mustapha, PabiyahToklubok @Hajimaming, Wan Muhammad Wan Sulong

Abstract


Penguasaan kemahiran mendengar sukar dikuasai kerana sering berhadapan dengan beberapa halangan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka apakah bentuk halangan bagi pelajar menguasai kemahiran mendengarbahasaArab dalam kalangan siswa pendidik di sebuah Institut Pendidikan Guru di Malaysia. Kajian ini merupakan satu kajian kes di sebuah Institut Pendidikan Guru di negeri Selangor. Data dikumpul melalui temubual separa-berstruktur dalam bahasa Arab dengan enam orang (n=6) pelajar yang dipilih secara purposive sampling. Data temubual dianalisis menggunakan perisianATLAS.ti untuk mengenal pasti tema-tema yang muncul. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat dua faktor utama halangan terhadap kemahiran mendengar iaitu luaran dan dalaman. Faktor luaran ialah yang berkaitan dengan perkataan, kelajuan penutur, teks yang didengar, kekurangan bahan bantu belajar dan gangguan luar. Manakala faktor dalaman ialah yang berkaitan dengan individu seperti sikap yang negatif, mudah hilang tumpuan dan mengambil masa yang lama untuk faham. Dapatan utama kajian mendapati wujud beberapa masalah dalam aspek penguasaan kemahiran mendengar dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian, adalah disarankan siswa pendidik didedahkan dengan kepentingan penggunaan strategi kemahiran mendengar dan mengaplikasikannya bagi membantu meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar bahasa Arab mereka. Selain itu, aktiviti kemahiran mendengar dalam kelas juga perlu dipelbagaikan dengan mengambil kira kesesuaian tahap pelajar.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X