MAQASID SYARIAH SEBAGAI SANDARAN HUKUM MENURUT MAZHAB SYAFIE

Muhammad Nazir Alias, Maimun Aqsha Lubis, Mohd Sham Kamis, Muhammad Adib Samsudin, Anwar Fakhri Omar, Ahmad Irdha Mokhtar

Abstract


Mazhab Syafie sering dianggap mazhab yang paling kurang memberikan perhatian terhadap maqasid syariah dalam penentuan hukum syarak. Ini kerana mazhab Syafie hanya menghadkan dalil penentuan hukum hanyalah berasaskan kepada Quran, hadis, ijmak dan qiyas sahaja. Perbahasan mengenai maqasid syariah pula seringkali muncul apabila maṣlaḥah mursalah dibicarakan oleh ilmuwan Islam. Mazhab Syafie pula terkenal dengan penolakan terhadap maṣlaḥah mursalah sebagai sandaran hukum. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kedudukan maqasid syariah sebagai sandaran hukum menurut mazhab Syafie. Ini kerana menurut sebahagian pengkaji, maqasid syariah pernah dinyatakan kepentingan oleh Imam Syafie dalam proses penentuan hukum. Kajian ini menggunakan metod analisis dokumen bagi menghimpunkan pandangan-pandangan ilmuwan mazhab Syafie yang muktabar terhadap maqasid syariah dan seterusnya menyimpulkan kedudukannya sebagai sandaran hukum menurut mazhab Syafie. Hasil kajian mendapati maqasid syariah telah diiktiraf sebagai sandaran hukum dalam mazhab Syafie dan ia digunakan dalam kaedah penentuan hukum berasaskan kepada qiyasdan juga hukum sesuatu perkara yang berasaskan kepadamaṣlaḥah mursalah.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X