SAHSIAH IMAM AL-SUYŪṬIY BERDASARKAN SENI MAQᾹMᾹTNYA

Mohamad Faisal Kamis, Pabiyah Toklubok@Hajimaming, Nik Farhan Mustapha, Wan Muhammad Wan Sulong, Mohd Sham Kamis

Abstract


Perkembangan seni prosa di zaman pertengahan Islam telah memberikan impak yang positif terhadap bahasa dan sastera Arab. Prosa Arab klasik seperti kḥiṭābah, riwayat, kisah cereka dan sebagainya dianggap mencapai zaman kemuncak di zaman kerajaan Abbasiah. Justeru, apabila munculnya seni prosa yang dikenali dengan maqāmāt, ianya merupakan sesuatu yang menarik dan harus diberi perhatian sewajarnya. Maqāmāt adalah sebuah karya sastera yang sarat dengan penggunaan uslūb atau gaya bahasa yang sangat indah dan mempunyai makna yang tersirat. Maka, teks maqāmāt perlu dilihat secara rinci untuk melihat apakah gagasan pemikiran yang ingin dibawa oleh seseorang pengarang itu. Kajian ini bertujuan menganalisis teks maqāmāt yang dikarang oleh Imam al-Suyūṭiy bagi merumuskan apakah sahsiah beliau yang terzahir melalui teks sastera yang disampaikan. Walaupun Imam al-Suyūṭiy sering dikenali sebagai ulama dalam pengajian Islam namun, beliau juga memiliki kemahiran dalam bidang sastera dan prosa Arab. Justeru, kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti sahsiah, personaliti atau watak yang dimilki oleh Imam al-Suyūṭiy berdasarkan seni sasteranya. Kajian ini merupakan satu kajian kepustakaan dengan menganalisis data secara deskriptif berlandaskan reka bentuk kajian kualitatif bagi mencapai objektif yang digariskan. Konsep kajian dibina menggunakan pendekatan teori stilistik oleh Leech dan Short untuk menganalisis setiap uslūb atau gaya bahasa yang digunakan oleh Imam al-Suyūṭiy. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kepelbagaian sahsiah dan watak dimiliki Imam al-Suyūtiy yang merangkumi aspek keilmuan, sosial dan kritikan.


Full Text:

PDF

References


Al-Bustāniy, Buṭrus. (1979). 'Udabā' al-'Arab Fī al-A'ṣur al-'Abbasiyyah. Beirūt: Dār al-Jīl.

Al-Darūbiy, Samīr Maḥmūd (1989). Sharh maqāmāt al-Suyūtiy. Beirūt: Mu'assasah al-Risālah.

Al-Ghubāriy, ‘Iwaḍ. (2013). Maqāmāt al-Suyuṭiy: Dirāsah Fi Fan al-Maqāmah al-Miṣriyyah.

Kaherah: Dār al-Kutub Wa al-Wathāiq al-Qawmiyyah.

Al-Shak’ah, Muṣṭafā. (1981). Jalāl al-Dīn al-Suyūṭiy. Kaherah: Maṭba'ah Muṣṭafā al-Bāb al-

Halabiy.

Darwīsh, Aḥmad. (2008). Dirāsah al-Uslūb Bayna al-Mu’āṣirah Wa al-Turāth. Kaherah:

Dār Gharîb Li al-Ṭabā’ah Wa al-Nashr Wa al-Tawzī'.

Ḍayf, Shawqī. (2000). Al-Fann Wa Madhāhibu-hu Fī al-Nathr al-'Arabiy. Kaherah: Dār al- Ma'ārif.

Ḍayf, Shawqī. (1973). Al-Maqāmah. Kaherah: Dār al-Ma'ārif.

Ḥasan, Muḥammad Rushdī. (1974). Athar al-Maqāmah Fī Nash'ati al-Qiṣṣah al-Miṣriyyah

al-Ḥadithiyyah. Kaherah: Al-Hay’ah al-Miṣriyyah al-‘Ᾱmah Li al-Kitāb.

Ibn Manẓūr, Muḥammad bin Mukram. (2003). Lisān al-'Arab. Beirūt: Dār al-Fikr.

Leech, Geoffrey Neil & Short, Michael H. (1991). Style in Fiction. London: Longman


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X