DINAMIKA PENDIDIKAN ISLAM: PENGARUH PERADABAN ISLAM DAN KETAMADUNAN BARAT DALAM BUDAYA DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Usiono Usiono, Maimun Aqsha Lubis Abdin Lubis, Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain, Aisyah Sjahrony, Ikwan Lubis

Abstract


Alam Melayu telah menyaksikan kehadiran pelbagai pengaruh luar yang menyerap masuk ke dalam perkembangan institusinya termasuk kehadiran pengaruh pendidikan peradaban Islam dan ketamadunan Barat yang tercatat kemas di dalam sejarah. Oleh itu, penulisan ini secara khususnya membincangkan bagaimana dinamika pengaruh pendidikan peradaban Islam dan ketamadunan Barat membawa perubahan kepada budaya masyarakat Melayu di Malaysia. Pengaruh yang dibincangkan dalam kajian ini merangkumi tujuh aspek pendidikan peradaban dan ketamadunan iaitu (i) seni bina, (ii) perkahwinan, (iii) kesihatan, (iv) pakaian, (v) hiburan,  (vi) budaya sastera, dan (vii) pendidikan. Kajian ini merupakan penyelidikan kepustakaan dengan merujuk bahan-bahan atau sumber ilmiah yang berkaitan dengan fokus kajian. Hasil kajian mendapati bahawa wujudnya pelbagai dinamika pengaruh yang dibawa oleh peradaban Islam sehingga mengubah dan menukar amalan masyarakat Melayu manakala ketamadunan Barat pula membawa dua sisi pengaruh iaitu nilai yang positif ataupun negatif. Pengekalan pengaruh kedua-dua peradaban dan ketamadunan ini dalam masyarakat budaya Melayu di Malaysia haruslah selari dengan kehendak shariah.  Dalam usaha mengekalkan kedua-dua peradaban dan ketamadunan ini,  kurikulum bersepadu perlu diaplikasi dalam pendidikan, khasnya di peringkat institusi pengajian tinggi; antara lain, ia sedang dilaksanakan menggunakan konsep kesepaduan kurikulum berdasarkan Aql dan Naql. Di samping itu, konsep pendidikan bersepadu dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berteraskan empat elemen: (i) kreativiti  (creativity), (ii) refleksi (reflectivity), (iii) bekerjasama (reciprocity), dan (iv) bertanggung jawab (responsibility). Kertas kerja ini diakhiri dengan pemaparan dinamika perkembangan mata pelajaran pendidikan Islam di Malaysia dan cabaran berhadapan dengan revolusi industri 4.0. Implikasinya, dalam mengkaji dinamika pendidikan Islam di Malaysia mulai pra merdeka sehingga pasca merdeka, konsep pendidikan Islam yang bersepadu dan seimbang perlu diamalkan demi kelestarian umat Islam di dunia ini.


Full Text:

PDF

References


Abdul Halim Mat Diah. 1989. Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Angkatan Belia Islam Malaysia, hlm. 7

Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian al-Quran. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Ahmad Mohd Salleh. 2004. op.cit., hlm. 60-77

Alias Azhar. 2013. Pendemokrasian Sistem Pendidikan Islam di Malaysia: Satu Tinjauan. Jurnal Kajian Pendidikan, 3(1), hlm. 59-72

Alwee Yusoff. 2005. Perkembangan Tulisan Jawi Dan Aplikasinya Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia. Jurnal Usuluddin, 21, hlm. 23-38

Atiqah Abdullah & Ong Puay Liu. 2018. Latar Belakang Sejarah Sistem Pendidikan dan Masyarakat Majoriti Minoriti di Malaysia. International Colloquium on Integration Platform, 15 November 2018, hlm. 74-100. ISBN 978-967-0741-50-5

Cho Minsung & Puteri Roslina Abdul Wahid. 2016. Penterjemahan Budaya Bukan Kebendaan dalam Teks Terjemahan Bahasa Korea Bahasa Melayu. Jurnal Melayu 15(2), hlm. 160-175.

Fadzli Adam, Firdaus Khairi Abdul Kadir & Abd Hakim Mohad. 2014. Al-Bid’ah al-I’tiqadiyyah: Faktor Kemunculannya Dalam Masyarakat Melayu dan Ruang Dakwah yang Masih Terbuka. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik 2014: Da'wah & Ethnicity: Multidisciplinary Perspective.

Idris Zakaria. 2012. Islam dan Falsafahnya dalam Kebudayaan Melayu. Jurnal Hadhari Special Edition, hlm. 91 – 108.

Kementerian Kesihatan Malaysia. 2019. Sejarah KKM. Laman web; http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1006, 21 Ogos 2019.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1972. op.cit., hlm. 5.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1972. op.cit., hlm. 6-7.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1979. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 71.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 1992. Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, hlm. 1.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia

Kurt Lewin. 2013. Principles of Topological Psychology. Books. ISBN 9781446547137.

Lorens Bagus. 2000. Kamus Filsafat, Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama.

M.S. Surat, M.A. Baharum, I.M.S Usman, A.R Musa, N.M.Tawil. 2012. Mengenalpasti Tahap Kesejahteraan Seni Bina Warisan Melayu Melalui Konsep Islam. Journal Design and Built 5.

Maimun Aqsha Lubis. 2015. Effective Implementation of The Integrated Islamic Education. Global Journal Al-Thaqafah (GJAT), 5(1), hlm. 60

Maziahtusima Ishak, Hazlina Abdullah, Sakinah Ahmad, Yuslina Mohamed. 2018. Mendepani Cabaran Era Revolusi Industri 4.0: Hubungan Amalan Pembelajaran Berterusan Dengan Prestasi Peranan Guru Pendidikan Islam Sebagai Agen Perubahan Masyarakat. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 2(6), hlm. 214-230

Mohamad Abdullah. (2018, 3 Januari). Hadapi cabaran revolusi perindustrian 4.0. Dimuat turun daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/hadapi-cabaran-revolusi-perindustrian4-0-1.583711#ixzz55uxWB2Sh

Mohd Ali Iksan. 2010. Pengaruh Budaya Hedonismedi Kalangan Pelajar-Pelajar Islam: Kajian di SMK Tengku Idris Shah, Kapar, Klang. Tesis Sarjana Usuluddin, Jabatan Sejarah

Mohd Anuar Ramli & Mohammad Aizat Jamaludin. 2016. Makanan Dan Pemakanan Halal dalam Kalangan Masyarakat Melayu Menurut Perspektif Islam dalam Budaya Penyelidikan tentang Makanan: Perspektif Nabawi dan Saintifik (1), Jabatan al-Quran & al-Hadith APIUM, hlm. 195-206

Mohd Azhar Abdullah & Raihanah Abdullah. 2010. Peruntukan Undang-Undang Aurat dan Pakaian Sopan Menurut Bidang Kuasamajlis Perbandaran Kota Bharu –Bandar Raya Islam: Satu Huraian. Jurnal Syariah, 18(2), hlm. 361-400

Mohd Taib Osman (1983). Kajian budaya dan masyarakat di Malaysia. KL: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Zariat Abdul Rani. 2006. Kehadiran Barat dan Kesannya Terhadap Kesusasteraan Melayu. Jurnal Pengajian Melayu 17, hlm. 330-361

Mustafa Kamil Ayub. 1994. Menangani Cabaran Membina Kecemerlangan Tamadun Ummah. Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn. Bhd

Nazirah bte Lee. 2014. Transformasi Fesyen Pakaian Muslim di Semenanjung Tanah Melayu, 1930, 1940. Jurnal Perspektif, 6(3), hlm. 68-80

Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani. 2011. Objektif dibalik Tabir Walimah. Solusi Isu, 38, hlm. 56-57

Nur Hafizah Idris & Rohana Hamzah. 2013. Nilai Profesionalisme Bakal Guru Berteraskan Indikator Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi. (60), hlm. 31–37

Nurdeng Deuraseh. 2010. Transformasi Amalan Perubatan Tradisional Melayu Perspektif Rukyah. Jurnal Peradaban, 3, hlm. 83-98.

Rani, C. S. (2017, 11 September). Celik Industri 4.0. Dimuat turun daripada http://www.utusan.com.my/rencana/utama/celik-industri-4-0-1.524994

Roslan Nor & Wan Tarmizi Othman. 2011. Sejarah dan Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysi. Jurnal at-Ta’dib. 6(1), hlm. 59-78.

Sarimah Nordin, Sulaiman Shakib Mohd Noor, Mohd Al'Ikhsan Ghazali. 2016. Fenomena Tabarruj Masa Kini Dalam Kalangan Wanita Muslimah. Proceedings of the International Conference on Education towards Global Peace, 30 November – 01 December 2016 Kulliyyah of Education, International Islamic Education Malaysia, hlm. 1-15.

Seiva Subramaniam. 2015. Pemikiran Masyarakat Tamil Awal Dalam Kesusasteraan Tamil Klasik. Tesis Dr. Fal, Jabatan Pengajian India, Universiti Malaya.

Shaliza Dasuki, Fazlina Mohd Radzi, Nurkhalizah Idris & Nur Hasliza Abdulah. 2015. Perkembangan Budaya Popular dan Perubahan Sosio-Budaya Masyarakat Pasca Moden: Adaptasi Budaya Asing Dalam Perkahwinan Melayu. Conference: International Conference on Malay Heritage and Civilisation 2015 (ICOMHAC 2015).

Sheikh Yusuf Ismail An-Nabhani. 2015. Ringkasan Riyadhus Shalihin Imam Nawawi. Selangor: Telaga Biru.

Siti Aisyah Romli, Maimun Aqsha Lubis, Harun Baharudin, Masyhurah Mohamad Rawi & Wan Nur Fatihah. 2015. Pengaruh Islam dalam Tamadun Kebudayaan Melayu. Proceeding of 7th International Workshop and Conference of Asean Studies on Islamic and Arabic Education and World Civilization (POLTAN-UKM-POLMED), hlm. 120-127.

Siti Norlizaiha Harun. 2005. Perkembangan Sejarah dan Pengaruh ke atas Senibina di Malaysia: Sebuah Tinjauan Ringka. Buletin Perancang, JPBD, Universiti Teknologi Malaysia.

Suhana Johor. 2012. Pemuliharaan dan Pembaikan Masjid Kayu Tradisional di Malaysia. Tesis. Universiti Sains Malaysia

Zunaidah Zainon. 2006. Masjid Diraja Sultan Sulaiman kekalkan pengaruh seni bina British. Utusan Malaysia, 23 Ogos.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X