KEINDAHAN GAYA BAHASA DALAM PUISI YUSUF QARADAWI

Zulkifli Nawawi, Khazri Osman, Najihah Wahid

Abstract


Puisi merupakan salah satu medium atau wasilah yang boleh digunakan dalam berdakwah. Pada zaman Rasulullah SAW, pemuisi mendapat sanjungan dalam masyarakat lantaran sumbangan yang diberikan dalam mempertahankan Islam daripada serangan musuh. Musuh Islam menggunakan puisi untuk mengecam Islam dan memperolok-olokkan dakwah Rasulullah SAW. Perjuangan anbia diteruskan oleh para sahabat r.a., ulama dan solihin. Antara ulama yang dikenali dunia termasuklah Yusuf al-Qaradawi. Beliau bukan sahaja mahir dalam bidang fiqah, dakwah bahkan turut mengasaskan pertubuhan yang menghimpunkan ilmuwan seluruh dunia. Selain fiqah, beliau turut memiliki ketokohan dalam bidang bahasa. Buktinya, Yusuf al-Qaradawi mempunyai antologi puisinya yang tersendiri. Namun, kewibawaan beliau dalam bidang bahasa ini kurang dikenali di kalangan khalayak umum. Oleh yang demikian, artikel ini menganalisis sebahagian bait puisi yang disampaikan oleh beliau bagi menyerlahkan kewibawaan dan ketokohan serta kepakaran beliau dalam bidang bahasa Arab. Dapatan kajian menunjukkan puisi beliau mempunyai nilai bahasa yang tinggi dan menarik. Dengan yang demikian wajarlah ketokohan Yusuf al-Qaradawi dalam bidang bahasa diketengahkan untuk dimanfaatkan oleh segenap generasi selain karya-karya beliau yang lain dalam pelbagai bidang. Melalui puisi ini juga kefasihan pemuisi dapat diserlahkan dan ditonjolkan sekaligus mencerminkan kepakaran sarjana ulung ini dalam pelbagai bidang. Kewibawaan beliau bukan sahaja dalam fiqah, usul fiqah, perundangan Islam, kewangan Islam bahkan dalam bidang kesusasteraan Arab juga. Melalui dapatan ini dicadangkan agar karya puisi Qaradawi turut diangkat dan dijadikan setaraf dengan penulisan-penulisan beliau yang lain. Harus semua penuntut ilmu membuka mata dan mengambil langkah proaktif untuk memperhebatkan kajian terhadap bakat Yusuf Qaradawi di dalam bidang bahasa dan kesusasteraan.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran

Enida Daud, Low Hock Heng & Ahmad Muhyuddin Hassan. 2019. Faktor-faktor yang mempengaruhi niat untuk melakukan rasuah di kalangan penjawat awam pihak berkuasa tempatan. UiTMT E-Academia Journal 8(1):117–35. https://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/images/vol8Issue1/PID-223-pp117-135.pdf.

Hāshimī, Ahmad Ibrāhīm. 1999. Jawāhir Al-Balāghah. Beirut: Dār al-Fikr.

Ibn Āshūr, Muhammad al-Ṭāhir Muhammad. 1984. Al-Taḥrīr Wa Al-Tanwīr. Tunis: Dār al-Tūnisiyyah.

Ibn Kathīr, Ismāᶜīl ᶜUmar. 1998. Tafsīr Al-Quran Al-ᶜAẓīm. Beirut: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

Ibn Yaᶜīsh, Yaᶜīsh ᶜAli. 2001. Sharḥ Al-Mufaṣṣal. Beirut: Dār al-Kutub al-ᶜIlmiyyah.

Mohd Manawi Mohd Akib. 2012. Penghuni syurga menurut pandangan fakhr al-dīn al-rāzī: tumpuan terhadap kitab mafātīḥ al-ghayb. Jurnal Usuluddin Universiti Malaya (Januari-Jun):25–46. https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00002849_88277.pdf.

Qaradawi, Yusuf Abdullah. 1988. Nafahat Wa Lafahat. Kuwait: Dar al-Diya’.

Tirmizi, Muhammad Isa. 1988. Sunan Al-Tirmizi. Beirut: Dar al-Gharb al-Islami.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X