PENGARUH AMALAN KEPIMPINAN STRATEGIK PENGETUA TERHADAP KEMENJADIAN MURID

Ilminza Zakaria, Jeffri bin Mat Yasim @ Mat Yaman, Mohamed Yusoff Mohd Nor, Bity Salwana Alias

Abstract


Hubungan antara kepimpinan strategik pengetua adalah sangat berkait rapat dengan prestasi sekolah khususnya prestasi murid. Pelbagai kursus kepimpinan telah diberikan kepada pengetua bagi memastikan kelompok ini mampu menterjemahkan usaha mereka dengan terancang sekaligus menghasilkan sekolah berkesan. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, kemenjadian murid yang berfokuskan tiga elemen iaitu akademik, kokurikulum dan sahsiah adalah bergantung kepada kepimpinan pengetua yang baik dan berstrategi. Kajian ini dilaksanakan untuk melihat tahap amalan kepimpinan strategik pengetua dan kemenjadian murid serta hubungan diantara keduanya. Kajian ini dijalankan di sekolah menengah di Negeri Sembilan yang melibatkan 374 orang responden untuk menjawab soal selidik berdasarkan teori Kepimpinan Strategik Davies dan Davies dan Standard 5 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap Amalan Kepimpinan Strategik dalam kalangan pengetua adalah sangat tinggi (min = 4.32 s.p= 0.421), begitu juga tahap Kemenjadian Murid menunjukkan tahap sangat tinggi (min= 4.53 s.p=0.373). Analisis kajian turut menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif serta perkaitan yang sederhana kuat antara amalan kepimpinan strategik pengetua dengan kemenjadian murid (r = 0.663). Hal ini menunjukkan amalan kepimpinan strategik pengetua dapat mempengaruhi prestasi kemenjadian murid di sekolah menengah. Kajian seumpama ini boleh diteruskan pada skala yang lebih besar di semua peringkat sekolah untuk mengenal pasti faktor lain yang lebih memberi kesan kepada kemenjadian murid termasuk tahap profesionalisme guru, iklim sekolah, sumber pembelajaran, kualiti pengajaran guru dan sebagainya.


Full Text:

PDF

References


Ab. Halim Tamuri. (2004). Keberkesanan pendidikan Islam dalam pendidikan kebangsaan. Projek Penyelidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia (Tidak Diterbitkan).

Ahmad Esa. (2014). Penerapan dan Kesedaran Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Silat dalam Kalangan Pelajar UTHM. Prosiding Persidangan Kebangsaan Pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC), 17-27.

Ahmad Masrizal Muhammad & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2012). Jurnal Pendidikan Dan Latihan Jilid 4 Bil. 02 Disember 2012 Penaung ISSN: 1985-9597 Sidang Editor Ketua Editor Editor Jurnal Pendidikan Dan Latihan.

Ary, D., Jacobs, L.C. & Sorensen, C. (2010). Introduction to Research in Education (8th ed). California: Wadworth.

Azmiza, A., Saemah, R. & Ruslin, A. (2014). “Keberkesanan modul idea-I terhadap kemahiran daya tindakan dan kemenjadian murid”. Dalam Proceedin of the Social Sciences Research.

Creswell, J.W. (2012). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research (4th ed.). Boston, MA: Pearson.

David, F. R. (2013). Strategic Management: Concept and cases (13th ed.). Essex, England: Pearson Education Limited.

Davies, B. & Davies, B.J. (2009). Strategic leadership. Dalam B. Davies (2nd ed), The Essentials of School Leadership. London: Paul Chapman.

Davies, B.J. & Davies, B. (2004). ‘The Nature of Strategic Leadership’, School Leadership and Management, 4(1), 29–38.

Davies, B.J. & Davies, B. (2006). Developing a model for strategic leadership in schools. Educational Management Administration and Leadership, 34(1), 121-139.

Davies, B.J. & Davies, B. (2011). Talent management in education. SAGE Publications Ltd. London.

Duncan, J.M. (1996). State of the Art: Limit Equilibrium and Finite-Element Analysis of Slopes. Journal of Geotechnical Engineering, 122, 577-596.

Fazleen Mohamad & Siti Noor Ismail (2018). Kepimpinan Strategik Dan Hubungannya Dengan Kualiti Pengajaran Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 5(2).

Ganai, M.Y. & Mir, M.A. (2013). A comparative study of adjustment and academic chievement of college student. Journal of Educational Research and Essays, 1(1), 5-8.

Grum, D.K. & Muesk, J. (2001). Self-concept and academic achievement: Slovenia and France. Personality and Individual Differences. ResearchGate.

Hairuddin Mohd Ali & Aniyath Ali. (2012). Do Strategic Leadership and Self Efficacy among School Leaders Make a Difference? Asian Social Science, 11(27), 219–234.

Hidayah, N., Ernie Tisnawati, S., Yuyun, W. & Septiadi, P. (2015). How to Develop Strategic Leadership in Higher Education Institution? International Journal of Economics, Commerce and Management, III (5), 1164–1175.

Jamilah Ahmad & Yusof Boon. (2011). Amalan kepimpinan sekolah berprestasi tinggi (SBT) di Malaysia. Journal of Edupress, 1, 323-335.

Kamaruzaman Moidunny. (2012). Kepimpinan Strategik: Konsep Dan Aplikasinya Dalam Bidang Pendidikan. Artikel.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2).

Khuzaimah Zaaim, Mohammed Yusoff Mohd Nor & Shahlan Sirat. (2019). Tahap kompetensi guru (PdPc) SKPMg2 dan tahap kemenjadian murid. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(27), 51-62.

Krecjie, R.V. & Morgan, D.W. (1970). Determining Sample Size for Research Activities Educational and Psychological Measurement.

Maimunah Muda. (2005). Kepemimpinan situasi di kalangan pengetua sekolah menengah di Malaysia. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan).

Nardi, P. (2018). Doing survey research: A guide to quantitative research methods (4th. Ed). ResearchGate.

Omardin Ashaari. (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan. Pusat perkembangan Kurikulum. Buku Panduan Guru Reka Cipta Sekolah Menengah Atas Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Ruhaiza Rusmin. (2007). Curriculum halted social issues. Kuala Lumpur: New Strait Times Press (M) Bhd.

Sekaran, U. (2006). Research method for business: A skill building approach. United Kingdom: John Wiley & sons, Inc.

Suffian, H.B. & Rahman, S.B.A. (2010). Teacher’s choice and use of example in the teaching and learning of mathematics in primary school and their relations to teacher’s pedagogical content knowledge. Procedia- Social and Behavioral Science, 8(5), 312-316.

Taim Sandai & Mohammed Yusoff Mohd Nor. (2018). Amalan kepimpinan instruksional Guru Besar dan hubungannya dengan pencapaian akademik sekolah di Daerah Bakong, Miri. Sarawak. Dalam Proceeding International Conference of Future Education and Advances 58, 362-369.

Tam Yeow Kwai. (2010). Pengurusan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Thanomwon Prasertchareunseuk & Keow Ngang Tang. (2017). The effect of Strategic Leadership Factor of Administrators on Schools Effectiveness under the Office of Maha Sarakham Primary Educational Service Area 3. Kasetsart Journal of Social Studies.

Wallapha Ariratana & Wiraporn Deeboonme. (2014). Relationship between Strategic Leadership and Schools Effectiveness in Thailand. Procedia, Social and Behavioral Sciences.

Zuraida Zulkapli. (2013). Kajian kemenjadian murid di sekolah menengah Islam Hidayah Johor Bahru, Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X