HUBUNGAN DAN PENGARUH PROFESIONALISME GURU TERHADAP KEMENJADIAN MURID DI SEKOLAH MENENGAH NEGERI SEMBILAN

Ilminza Zakaria, Jeffri Mat Yasim @ Mat Yaman, Mohamed Yusoff Mohd Nor, Bity Salwana Alias

Abstract


Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2015-2025 menekankan bahawa profesionalisme keguruan merupakan satu aspek penting bagi pencapaian kemenjadian murid. Guru seharusnya menguasai kemahiran profesion mereka dalam mencapai matlamat pembangunan insan setiap murid. Namun, pelbagai isu berkaitan profesionalisme guru telah menggugat kualiti guru. Isu bebanan kerja guru, guru tidak kompeten, guru bermasalah dan guru kurang berminat untuk mengajar sering diperbahaskan. Sehubungan itu, isu ini perlu diambil tindakan memandangkan guru adalah perantara paling rapat antara murid dan ilmu. Kemenjadian murid yang dihasratkan tidak tercapai jika tiada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dari guru yang berkualiti. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap profesionalisme guru, tahap kemenjadian murid, hubungan dan pengaruh profesionalisme guru terhadap kemenjadian murid. Untuk tujuan ini, seramai 374 orang pemimpin guru dijadikan responden utama melalui soal selidik di sekolah menengah di Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan tahap profesionalisme guru dan kemenjadian murid adalah sangat tinggi (min = 4.36; s.p. = 0.251, min = 4.53; s.p. = 0.373). Analisis kajian turut memaparkan terdapat hubungan yang signifikan dan positif serta perkaitan yang sangat kuat profesionalisme guru terhadap kemenjadian murid (r = 0.812).  Kajian seumpama ini boleh dilaksanakan pada skala lebih besar di sekolah menengah dan rendah untuk menilai faktor lain yang mungkin mempengaruhi kemenjadian murid seperti corak kepimpinan sekolah, iklim sekolah, pengaruh rakan dan lain-lain.


Full Text:

PDF

References


Abd. Rahim Abd. Rashid. (2005). Profesionalisme keguruan: Prospek dan cabaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman. (2008). Falsafah pendidikan dan kurikulum. Perak: Quantum Books.

Ahmad Esa. (2005). Perkasakan Kokurikulum. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ary, D., Jacobs, L.C. & Sorensen, C. (2010). Introduction to Research in Education (8th ed). California: Wadworth.

Azreen Harina Azman, Norudin Mansor & Zuraida Mohamad. (2016). Impak beban kerja terhadap prestasi kerja pensyarah: Kes kajian di Politeknik Sultan Zainal Abidin (PSMZA). Jurnal Akademik UiTM.

Bloomfield, P. 2006. “The Challenging Business of Long-Term Public-Private Partnerships: Reflections on Local Experience.” Public Administration Review, 66(3): 400-411.

Brock, A. (2011). Perspectives on professionalism. Dalam A, Brock & C, Rankin (Eds.) Professionalisme in the Interdiciplinary Early Year Team. New York, NY: Continuum, 59-74.

Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research. (2nd ed.). Upper Saddle River, New Jersey: Pearson Education International.

Creswell, J.W. (2010). Research design: pendekatan kualitatif, kuantitatif, dan mixed. Yogjakarta: PT Pustaka Pelajar.

Creswell, J.W. (2012). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research (4th ed.). Boston, MA: Pearson.

Dalli, C. & Urban, M. (2013). Professionalism in Early Childhood Education and Care. International Perspectives. Australia: Routledge.

Duncan, J.M. (1996). State of the Art: Limit Equilibrium and Finite-Element Analysis of Slopes. Journal of Geotechnical Engineering, 122, 577-596.

Evans, L. (2008). Professionalisme, professionality and the development of education professionals. British Journal of Educational Studies, Taylor & Francis Group, 56(1), 20-38.

Gahlann, V.S. (2014). The effect of role overload and role ambiguity on job performance of IT professionals in India. The IUP Journal of Management Research, XIII (3), 37-49.

Green, S.B., Salkind, N.J. & Akey, T.M. (1997). Using SPSS for Windows: Analyzing and understanding data. New Jersey: Prentice Hall.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2009). Standard Guru Malaysia (SGM). Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2). Putrajaya: Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Maimunah Muda. (2005). Kepemimpinan situasi di kalangan pengetua sekolah menengah di Malaysia. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak diterbitkan).

Mau, W.C., Ellsworth, R. & Hawley, D. (2008). Job satisfaction and career persistence of beginning teachers. International Journal of Educational Management, 22, 48-61.

Mohd Rahimi A. Rahman. (2021). Amalan pengurusan kualiti dan hubungannya dengan kualiti guru: Kesan mediator kepimpinan transformasi pengetua. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia. (Tidak Diterbitkan).

Nardi, P. (2018). Doing survey research: A guide to quantitative research methods (4th. Ed). ResearchGate.

Nilsen, T. & Gustafsson, J.E. (2016). Teacher quality, instructional quality and students outcomes: Relationships across countries, cohorts and time. ResearchGate.

Omardin Ashaari. (1996). Kaedah Pengajaran Sejarah. Kuala Lumpur: Utusan. Pusat perkembangan Kurikulum. Buku Panduan Guru Reka Cipta Sekolah Menengah Atas Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Organization for Economic Cooperation and Development (OECD). (2016).

Pitt, A. & Briztman, D.P. (2003). Speculation on qualities of difficult knowledge in teaching and learning: An experiment in psychoanalytic research. International Journal of Qualititative Studies in Education, 16 (6), 755-776.

Ruhaiza Rusmin. (2007). Curriculum Halted Social Issues. Kuala Lumpur: New Strait Time Press (M) Bhd.

Sachs, J. (2003). The activities teaching profession. Buckingham: Open University Press.

Sachs, J. (2016). Teacher professionalisme: Why are we still talking about it? Teachres and Teaching, 22(4), 413-425.

Sekaran, U. (1992). Research methods for business – A skill building approach. (2nd Ed). United States of America: John Wiley & Sons, Inc.

Sekaran, U. (2000). Research methods for business: A skill business approach. John Wiley & Sons, New York.

Sekaran, U. (2006). Research method for business: A skill building approach. United Kingdom: John Wiley & sons, Inc.

Shahril @ Charil bin Hj Marzuki. (2005). Amalan pengajaran guru berkesan: Kajian di beberapa sekolah menengah Malaysia. Pembentangan dalamSeminar Penyelidikan Pendidikan Maktab Perguruan Batu Lintang, Batu Lintang.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X