MEMUPUK SIFAT TAWADUK MELALUI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI KALANGAN PELAJAR PINTAR DI MALAYSIA

Maimun Aqsha Lubis, Syahrul Ghani Zainal Abidin, Mohd Azhar Bin Ali, Ikwan Lubis SE, MM, Mohd Sham Kamis

Abstract


Artikel ini bertujuan membentangkan kertas konsep yang cenderung kepada pengajaran dan pembelajaran pelajar pintar di Malaysia yang berfokus kepada pembelajaran dalam aplikasi mencontohi sifat Rasulullah dalam mempelajari Pendidikan Islam. Walaupun pelajar- pelajar pintar mempunyai cara tersendiri dalam memahami pembelajaran Pendidikan Islam.Namun, mereka perlu dididik bagaimana menjadi seseorang yang bersifat tawadduk dalam diri dengan menyematkan ciri-ciri mengenal sifat-sifat Allah SWT dan mengenal peribadi Rasulullah SAW. Dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam, ada beberapa topik utama yang diketengahkan ketika pembelajaran dalam bilik darjah. Seperti: a) Al-Quran b) Hadis c) Akidah dan d) Sirah dan Tamadun Islam. Dalam artikel ini, penulisan disini juga berfokus kepada pengajaran pelajar pintar iaitu,  penekanan terhadap  kemenjadian  seseorang pelajar pintar yang bersifat tawaduk dalam diri dengan menyematkan ciri-ciri mengenal Allah melalui nama- nama dan sifat-sifat Allah yang sempurna. Pelajar- pelajar pintar juga dianjurkan untuk mengagungkan Allah. Dalam memurnikan hasil yang lebih jitu, pemantapan nilai-nilai seorang pelajar pintar juga perlu dengan memahami nilai-nilai murni dalam  sirah Rasulullah SAW. Dengan cara ini, sifat tawaduk akan wujud beransur-ansur dalam jiwa. Dalam waktu yang sama pelajar-pelajar perlu untuk membuang semua sifat buruk yang ada dalam jiwanya. Seterusnya, setelah selesai berjaya membuang sifat mazmumah yang wujud dalam dirinya sendiri, output yang terhasil dengan izin Allah, mereka mampu untuk menjadi individu ikhlas dalam menuntut ilmu dan sentiasa bertaqwa dan memiliki sikap rendah diri dalam jiwa.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran.

Allen, D. (2019). Stay humble and keep learning. Advice for teachers — and everyone else — who wants to make education a lifelong endeavour. https://xqsuperschool.org/rethinktogether/stay-humble-and-keep-learning/.

Al-Hijrah Online. (2020). Rasulullah SAW teladan ummah sepanjang zaman. https://alhijrahnews.com/rasulullah-saw-teladan-ummah-sepanjang-zaman/.

Bailey, C.L,. (2009). An Examination of The Relationships Between Ego Development, Dabrowski's Theory of Positive Disintegration, and The Behavioral Characteristics of Gifted Adolescents. Dissertation of PhD. The Faculty of the School of Education. The College of William and Mary in Virginia. https://www.proquest.com/docview/305028377?pq-origsite=gscholar&fromopenview=true.

Cherry, K. (2022). Alfred Binet and the History of IQ Testing. https://www.verywellmind.com/history-of-intelligence-testing-2795581.

Delisle, J. & Galbraith, J. (2002). When gifted kids don’t have all the answers: How to meet

their social and emotional needs. Minneapolis: Free Spirit Publishing.

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah. (751H). Ar-Ruh. DKI BEIRUT.

Difference Between. (2015). Difference Between Gifted and Genius. https://www.differencebetween.com/difference-between-gifted-and-vs-genius/.

Gardner, H. (2011). Frames of mind: The theory of multiple intelligences. Hachette UK.

Gardner, H.(1983). Frames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences.

Janos PM, Fung HC, Robinson NM. (1985). Self-Concept, Self-Esteem, and Peer Relations Among Gifted Children Who Feel “Different.” Gifted Child Quarterly. 1985;29(2):78-82. doi:10.1177/001698628502900207.

Kamis, M.S. Alias,M,N,. Lubis, M,A,.Mikeng, D., Zainal Abidin,S,G,. Ismail, M,J.,Yusof,R.(2021). Learning Arabic using telegram in the laptop: The language learning style of Malaysian gifted learners. https://www.jlls.org/index.php/jlls/article/view/2623/819. http://www.myhealth.gov.my/kepakaran-a-iq/.

Levi, L.(2017). Gifted is Good, Humble is Great. You know what’s better than being a genius? Being a mensch. https://midcenturymodernmag.com/gifted-is-good-humble-is-great-402c6d0f437d

Mohd Nawi, Muhammad. (2021). Peranan Guru Pendidikan Islam Dalam Membawa Transformasi Terhadap Mobiliti Sosial Dalam Masyarakat. 21. 178-188. 10.37231/jimk.2020.21.3.429.

Natanael, Y,. Devi, M,. Burhanudin, Y,.A. Nur, J. (2020). Measurement Invariance pada Indonesian Tawadhu Scale (ITS). Jurnal Psikologi Islam dan Budaya. Edisi Oktober 2020, Vol.3, No.2. ISSN online 2615-8183 / print 2615-8191. https://www.researchgate.net/publication/346859591_Measurement_Invariance_pada_Indonesian_Tawadhu_Scale_ITS/fulltext/5fd1d1b045851568d150bc05/Measurement-Invariance-pada-Indonesian-Tawadhu-Scale-ITS.pdf.

Redwan Yasin, Sayuti Ab. Ghani, Burhanuddin bin Jalal.(2014). Aplikasi kualiti kepimpinan Rasulullah S.A.W dalam pembentukan jati diri pendakwah masa kini QURANICA, International Journal of Quranic. Research, Vol. 6, Issue. 2, December 2014, Pp. 69-82.

Renzulli, J. S. (1978). What makes giftedness? Re-examining a definition. Phi Delta Kappan, 60(3), 180184.

Sternberg RJ, Zhang L. (1995). What Do We Mean by Giftedness? A Pentagonal Implicit Theory. Gifted Child Quarterly. 1995;39(2):88-94. doi:10.1177/001698629503900205.

Tiaranita, Y,. Saraswati, S,.D. Nashori F. (2017). Religiositas, Kecerdasaan Emosi, dan Tawadhu

pada Mahasiswa Pascasarjana. Psikohumaniora: Jurnal Penelitian Psikologi, Vol 2, No 2

(2017), 182 – 193. Psikohumaniora: Jurnal Penelitian Psikologi.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X