PENGUASAAN STRUKTUR DALAMAN KATA (SDK) IMBUHAN DALAM KALANGAN PELAJAR BAHASA ARAB

Hasnurol Hashim, Kaseh Abu Bakar, Maheram Ahmad

Abstract


Sistem perkataan Arab adalah berdasarkan sistem akar yang dicirikan dengan corak gabungan yang berbeza dan kekayaan bentuk terbitan. Struktur Dalaman Kata (SDK) bagi bentuk terbitan ini melibatkan dua konstituen: huruf akar dan morfem atau imbuhan. Kedua-dua konstituen tersebut menyumbang kepada kosa kata dan maknanya secara keseluruhan. Kajian ini mengambil kira kesukaran yang dihadapi oleh pelajar bahasa Arab dalam mengenal pasti struktur huruf dasar dalam kata nama terbitan dan kata kerja. Lazimnya para pelajar menghadapi kesukaran untuk menentukan huruf akar daripada struktur terbitan kompleks. Akibatnya, pelajar secara amnya menghadapi kesukaran untuk memahami makna asas dan lanjutan perkataan terbitan. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap penguasaan SDK dan mengesan mengesan faktor kesukaran yang dihadapi oleh para pelajar. Kajian kuantitatif rintis ini menggunakan instrumen Ujian Struktur Dalaman Kata Imbuhan (USDAi)  yang terdiri daripada 130 item. Instrumen tersebut telah diedarkan kepada 45 pelajar pengajian tinggi bahasa Arab. Model Pengukuran Rasch dan Winsteps 3.69.1.11 telah digunakan untuk analisis data. Keputusan menunjukkan bahawa penguasaan keseluruhan pelajar terhadap struktur dalaman kata imbuhan bahasa Arab ialah 77%. Paling sukar ialah penentuan kata akar perkataan berimbuhan dengan penguasaan hanya 59%. Ia memberikan bukti empirikal awal bahawa semakin kompleks struktur kata dalaman, semakin sukar bagi pelajar untuk mengenal pasti kata dasar bagi sesebuah perkataan. kelemahan penguasaan pelajar dalam aspek asas morfologi Arab seperti ini boleh menghalang perkembangan penguasaan morfologi Arab yang melibatkan pemahaman dan penggunaan makna asas dan lanjutan kata bahasa Arab.


Full Text:

PDF

References


Abdul Aziz, Abdul Talib. 1996. Menguji Kemahiran Bahasa Prinsip, Teknik Dan Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, K. Lumpur.

Abdurochman. 2017. Strategi pembelajaran kosakata (mufradāt) bahasa arab bagi non arab. An-Nâbighoh. 19 (1):63–83. http://ejournal.kopertais4.or.id/mataraman/index.php/ altadib/article/view/3123/2315.

Adrian Akmajian, et.al. (Pent. Aishah Mahdi dan Azizah Hussein). 1995. Linguistik: Pengantar Bahasa Dan Komunikasi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Al-’Abidi, Mohd Khalid Rehal. 2011. Maji’ al-af’al al-mazidah bi ma’na mujarridiha. Majallah Kuliah al-Ulum al-Islamiyyah Jameah Baghdad. 28:194–240.

Al-Rajihi, Abduh. 1984. Al-Tatbiq Al-Sarfiy. Beirut, Lubnan: Dar al-Nahdah al-Arabiyyah.

Al-Shuwairekh, Saleh. 2001. Vocabulary learning strategies used by afl (arabic as a foreign language) learners in saudi arabia. The University of Leeds. http://etheses.whiterose.ac.uk/187/.

Amrulloh, Muhammad Afif & Himmah, Ro’fat Hizmatul. 2017. Analisis perubahan morfologis pembentukan ta’rib dan pembelajaran. Tadris: Jurnal Keguruan dan Ilmu Tarbiyah. 2 (2):87.

Asmah, Hj Omar. 2008. Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa Yang Baik Dan Betul. Kuala Lumpur: PTS Professional publishing Sdn. Bhd.

Asyur, Muhammad Tohir bin. 1984. Al-Tahrir Wa Al-Tanwir. al-dar Tunisiyyah Li al-Nasyr, Tunus.

Azami, Zaharim, Afida, Ayob, Mohd Zaidi, Omar & Norazreen, Abd Aziz. 2019. Pengukuran terhadap penilaian psikometri. Dlm. Mohd Nopiah Zulkifli, Osman Siti Aminah & Arsad Norhana (pnyt.). Pengukuran Rasch Dalam Penilaian Hasil Pembelajaran Pendidikan Kejuruteraan, hlm. 102–89. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azrilah, Abdul Aziz, Mohd Saidfudin, Masodi & Azami, Zaharim. 2017. Asas Model Pengukuran Rasch: Pembentukan Skala & Struktur Pengukuran. ke3 ed. Bandar Baru Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bloomfield, Leonard. 1970. Language. London: George Allen and Unwin Ltd.

Bond, Trevor G & Fox, Christine M. 2007. Applying the rasch model : fundamental measurement in the human sciences second edition university of toledo.

Booij, Geert E. 2015. The structure of words. Dlm. The Oxford Handbook of the Word, hlm. 1–19. United Kingdom: Oxford University Press.

Chapakiya, Suraiya. 2014. Asas Linguistik. Abdullah Hassan (pnyt.). Batu Caves, Selangor: PTS Akademia, DBP.

Dony Burhan, Noor Hasan. 2016. Kajian semiotika dalam penafsiran al- qur’an.549–58.

Faudziah, Rasad & Zamri, Mahamod. 2013. Analisis kesalahan morfologi dan sintaksis dalam penulisan tesis cemerlang: satu kajian kes. Dlm. Mahamod Zamri, Ahmad Aniza, Zakaria Ab. Halid & Nik Harmi Nik Nur Farihah (pnyt.). Prosiding Seminar Pascasiswazah Pendidikan Bahasa Melayu & Kesusasteraan Melayu, hlm. 311–35. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rasch, George. 1980. Chicago: The University of Chicago Press. Probabilistic Models For Some Intelligence And Attainment Tests.

H.Chambali & Zaenuddin, Rodliyah. 2015. Upaya pengintegrasian pembelajaran bahasa arab dengan alqur’an. El-Ibtikar Volume 04, nomor 01, Juli 2015. 4 (JULAI).

Hassan, Abdullah. 2016. Linguistik Am. Batu Caves, Selangor: PTS Publishing House, DBP.

Hawamidah, Intisar Syuhadah. 2017. Al-fe’lu al-thulasiy al-mazid bi harf fi suwar al-hawamim: dirasat sarfiyyah dilaliyyah.

Igaab, Zainab Kadim & Kareem, Israa Ali. 2018. Affixation in english and arabic : a contrastive study. English Language and Literature Studies. 8 (1):92–103.

Król, Iwona. 2016. The role of gemination in inflection and word formation of modern standard arabic. Rocznik Orientalistczny. Lxix.Z. 1:31–38.

Linacre, J. M. 1994. Sample size and item calibration stability. https://www.rasch.org/rmt/rmt74m.htm

Majdi Shaker, Salem Sawalha. 2011. Open-source resources and standards for arabic word structure analysis.

McIntire, Sandra A & Miller, Leslie A. 2007. Foundations of Psychological Testing: A Practical Approach. 2nd ed. Thousand Oaks: SAGE Publications.

Mohd. Zaki, Abd. Rahman & Che Radiah, Mezah. 2010. Ciri-Ciri Bahasa Arab Fonetik, Morfologi & Sintaksis. Serdang: Penerbit UPM, Serdang.

Mohd Matore, Mohd Effendi Ewan, Idris, Hisyamsani, Abdul Rahman, Normawati, Khairani, Ahmad Zamri, Mohd Effendi @ Ewan Mohd Matore, Hisyamsani Idris, Normawati Abdul Rahman, Ahmad Zamri Khairani, Mohd Effendi, Mohd Matore, Hisyamsani, Idris, Normawati, Abdul Rahman & Ahmad Zamri, Khairani. 2017. Kesahan kandungan pakar instrumen ikbar bagi pengukuran aq menggunakan nisbah kesahan kandungan. Proseeding of International Conference On Global Education V (ICGE V). (April):979–97.

Muhamad Azry, Khoiry, Nik Lukman, Nik Ibrahim, Mohd Hanif, Osman & Noraini, Hamzah. 2019. Isu kesahan dan kebolehpercayaan penilaian pelajar. Dlm. Mohd Nopiah Zulkifli, Osman Siti Aminah & Arsad Norhana (pnyt.). Pengukuran Rasch Dalam Penilaian Hasil Pembelajaran Pendidikan Kejuruteraan, hlm. 190–250. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad, Idris. 2014. Analisis al-mizan al-sarfiy dalam pembentukan kata kerja dan kata nama mushtaq bahasa arab. Universiti Malaya.

Muhammad Qadur, Ahmad. 1999. Madahkhil ’Ila Fiqh Al-Lughah Al-’Arabiyyah. Damsyiq, Syiria: Dar al-Fikr.

Nor Mashitah, Mohd Radzi. 2017. Pembinaan dan pengesahan instrumen pentaksiran prestasi standard awal pembelajaran dan perkembangan awal kanak-kanak. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Ridwan, Muhammad & Hidayati, Triyanti Nurul. 2015. Verba triliteral bahasa arab: tinjauan dari prepektif morfologi derivasi dan infleksi. Bahasa & Sastera. 15 (1):.

Siti Rahayah, Ariffin. 2008. Inovasi Dalam Pengukuran Dan Penilaian Pendidikan. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Syuhada, Amir. 2011. Sistem morfologi nomina variabel (ism mutasharrif) bahasa arab. At-Ta’dib. 6 (2): http://ejournal.unida.gontor.ac.id/index.php/tadib/article/view/560.

Tamuri, Ab. Halim, Ismail, Ahmad Munawar, Md. Noor, Amal Hayati & Mohd Pisol, Mohd Izzuddin. 2013. Penilaian guru terhadap pelaksanaan model-model tilawah al-quran program j-qaf. International Journal of Islamic Thought. 3 (1):1–17.

Tucker, Mattehew A. 2011. The Morphosyntax Of The Arabic Verb: Toward A Unified Syntax-Prosody. California, Los Angeles.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X