ANALISIS FAKTOR PENURUNAN PENGGUNAAN PERAHU TRADISIONAL MELAYU DI PANTAI TIMUR (ANALYZING DECREASING FACTORS IN THE USED OF TRADITIONAL MALAY BOATS IN EAST COAST)

Authors

  • Mohd Rohaizat Abdul Wahab Science Officer Institute of Methamatical Research, Universiti Putra Malaysia
  • Zuliskandar Ramli Deputy Drector / Associate Professor Institute of Malay World & Civilization, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak

Perahu Tradisional Melayu merupakan salah seni warisan yang kini kian terpinggir dan makin dilupakan oleh masyarakat di Malaysia terutama dalam kalangan masyarakat Melayu. Kehebatan tukang timbal dahulu mencipta pelbagai jenis perahu yang bersesuaian dengan fungsi dan kegunaannya menjadikan setiap jenis perahu mempunyai keunikannya tersendiri. Perahu tradisional Melayu bukan sahaja digunakan sebagai alat pengangkutan di air tetapi perahu tradisional Melayu menjadi wadah pembentukan pemikiran dan peradaban Melayu. Penciptaan teknologi dan teknik dalam pembinaan perahu memperlihatkan keintelektualan masyarakat Melayu dalam menghasilkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, dengan mendepani arus modenisasi dan kehadiran teknologi daripada luar menyebabkan perahu tradisional kian terpinggir dan penggunaannya terus merosot. Terdapat juga beberapa jenis perahu tradisional Melayu yang terus pupus dan tidak lagi digunakan oleh masyarakat Melayu malahan ada juga perahu yang tidak lagi dapat diketahui bentuk dan jenisnya. Penciptaan perahu tradisional ini sangat berkait rapat dengan sejarah, budaya, persekitaran, kepercayaan dan sebagainya. Pengabaian faktor-faktor ini antara penyebab bagaimana peranan yang dimainkan oleh perahu tradisional Melayu dianggap tidak signifikan pada masa sekarang. Kajian ini bertujuan untuk membincang, mengenal pasti dan menganalisis faktor berlakunya penurunan penggunaan perahu tradisional Melayu di Pantai Timur dan seterusnya mencadangkan beberapa langkah bagi mengekalkan serta memulihara seni warisan Melayu ini yang semakin pudar.

Kata Kunci: Perahu Tradisional Melayu, Pantai Timur, lenyap dan seni warisan Melayu

 

Abstract

The traditional Malay boat is one of the heritage arts, which is now disappearing and being forgotten by Malaysians especially the Malays. The traditional boat builder’s great expertise in inventing various types of boats suitable for their functions and uses makes each type of boat have its own uniqueness. Traditional Malay boats are used not only as a means of water transport but also as symbolic receptacles for the formation of Malay thought and civilization. The invention of technology and techniques in the boat construction reflects the intellectual thought of Malay society in producing things. However, facing the tide of modernization and the presence of technology from the outside has caused traditional boats to be marginalized, and their use continues to decline. There are also several types of traditional Malay boats that are totally extinct and no longer used by the Malays, and in fact there are also boats whose shapes and types can no longer be identified. This traditional boatbuilding is closely related to history, culture, environments, beliefs and other factors. The abandonment of these factors is the cause of how the role played by traditional Malay boats is considered to be insignificant in the present. The study aims to discuss, identify and analyse the factors of the decline in the use of traditional Malay boats in the East Coast and thus propose some measures to preserve and conserve this increasingly faded Malay heritage.

Keywords: Malay Traditional boat, fishermen, disappears and Malay arts and heritage.

References

Agius, D.A. 2008. Classic Ship of Islam: From Mesopotamia to the Indian Ocean. Leiden, Boston: Brill.

Bambang Budi Utomo & Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. 2009. Inskripsi Berbahasa Melayu Kuno di Asia Tenggara. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hall. D.G.E .1981. Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Herien Puspitawati. 2012. Gender dan Keluarga: Konsep dan Realita di Indonesia. Bogor: PT IPB Press.

Ishak Shari. 1990. Ekonomi Nelayan: pengumpulan modal perubahan teknologi dan perbezaan ekonomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adam, J. 2001. Ships and Boats as archaeological source material. World Archaeology 32: 292-310.

Manguin, P.Y. 1980. The Southeast Asian Ship: An Historical Approach. Journal of Southeast Asian Studies 11(2): 226-276.

Mohammad Raduan Mohd Ariff, Mohmammad Sharir. 2009. Perusahaan Pukat Tunda di Semenanjung Malaysia, 1965-2005: ditelan mati emak diluah mati bapak. Jati 14(1): 89-102.

Mohammad Raduan Mohd Ariff, Mohmammad Sharir, Ismail Ali, Mazlan Majid dan Hanafi Hussin. 2011. Perkembangan Perusahaan Perikanan Di Semenanjung Malaysia: Isu dan Persoalan. Jati 16: 265-299.

Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. 2002. Sejarah Kelantan Sebelum Long Yunus – Satu Gambaran Umum. Dlm. Kelantan Zaman Awal: Kajian Arkeologi dan Sejarah, disunting oleh Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman. Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.

O’Connor, S. & Veth, P. 2005. Early Holocene shell fish hooks from Lene Hara Cave, East Timor establish complex fishing technology was in use in Island South East Asua five thousand years before Austronesian settlement. Antiquity 79(304): 249-256.

Downloads

Published

2018-06-29

Issue

Section

Language & Heritage