https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/issue/feed ASIAN JOURNAL OF ENVIRONMENT, HISTORY AND HERITAGE 2023-12-27T02:26:22+00:00 Zuliskandar Ramli ziskandar2109@gmail.com Open Journal Systems
Jurnal Alam Sekitar, Sejarah dan Warisan Asia diterbitkan dua kali setahun pada bulan Jun dan Disember oleh Kumpulan Penyelidikan Kebudayaan, Kesenian dan Peradaban Melayu (KKPM), Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tujuan utama jurnal ini diterbitkan adalah untuk mengetengahkan hasil penyelidikan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tentang alam sekitar, arkeologi, budaya, sejarah dan warisan di Malaysia secara khasnya dan dunia luar amnya. Pendapat yang disiarkan dalam jurnal ini tidak semestinya mewakili pendapat para editor atau Kumpulan Kebudayaan, Kesenian & Peradaban Melayu.

Asian Journal of Environment, History and Heritage is published twice a year in June and December by Malay, Culture, Arts, and Civilization Research Group, Institute of The Malay World and Civilization (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

The primary aim of the journal is to publish research undertaken by scholars and researchers in Bahasa Melayu and English in the field of environmental, archaeology, culture, history and heritage. Views expressed in the articles do not necessarily represent those of the Editors or Malay, Culture, Arts, and Civilization Research Group.
https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/227 MODEL TADBIR URUS KAMPUNG DI KEPENGHULUAN RANTAU BAIS ROKAN HILIR PROVINSI RIAU INDONESIA 2023-12-26T16:41:48+00:00 Latip p90620@siswa.ukm.edu.my Mohd. Faizal Musa mfaizalmusa@ukm.edu.my Zuliskandar Ramli ziskandar@ukm.edu.my
Sebelum merdeka, wilayah di Indonesia bukan sahaja tanah kosong dan tidak berpenghuni, tetapi sudah ada institusi yang mengatur masyarakat dan kerajaan, yang dikelola oleh berbagai kekuatan daripada berbagai suku bangsa, perkumpulan kampung, republik dan kerajaan (Ateng 2010). Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis tinjauan literatur tentang tadbir urus kampung, dengan memfokuskan kepada salah sebuah kampung di Kepenghuluan Rantau Bais, Daerah Rokan Hilir, Provinsi Riau Indonesia, yang mempunyai tujuh suku kaum yang mengambil bahagian dalam pengurusan kampung. Amalan tadbir urus yang baik (Practices of Good Governance) menurut Plumptre (2003) merangkumi: penyertaan, visi strategik, responsif, akauntabiliti, ketelusan, kesaksamaan dan kedaulatan undang-undang. Elemen kerajaan kampung menurut Dwipayana & Sutoro (2003) terdiri daripada: kerajaan kampung, komuniti politik (Institusi Perundingan Kampung), masyarakat madani (organisasi masyarakat, institusi dan masyarakat tempatan) dan masyarakat ekonomi. Kajian ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan data daripada pelbagai akta berkaitan kampung. Hasil kajian perpustakaan menunjukkan bahawa kerajaan kampung telah berubah dari semasa ke semasa, bermula dari zaman penjajahan Belanda hingga kini dengan Akta Diraja No. 6 Tahun 2014 mengenai kampung, namun tiada keharmonian antara komponen pengurusan di kampung.

Kata Kunci: Tadbir urus kampung, kerajaan dan komuniti

Abstract

Before independence, the territories in Indonesia were not only empty and uninhabited land, but there were already institutions governing the community and the kingdom, managed by various powers from different ethnic groups, village associations, republics, and kingdoms (Ateng 2010). The aim of this study is to analyze a literature review on village administration, focusing on one of the villages in the Sub-District of Rantau Bais, Rokan Hilir Region, Riau Province, Indonesia, which involves seven ethnic groups participating in village management. Good governance practices, according to Plumptre (2003), encompass: participation, strategic vision, responsiveness, accountability, transparency, equity, and rule of law. Village government elements, according to Dwipayana & Sutoro (2003), consist of: village government, political community (Village Consultation Institutions), civil society (community organizations, institutions, and local communities), and the economic community. This study uses a library research method and data from various village-related acts. The results of the library research show that the village government has evolved over time, starting from the Dutch colonial era up to now with the Royal Act No. 6 of 2014 regarding villages, but there is no harmony among the management components in the village.

Keywords: Village governance, government, and community
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 ASIAN JOURNAL OF ENVIRONMENT, HISTORY AND HERITAGE https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/230 MARGINALISASI ISLAM DI SELATAN THAILAND: ANALISIS TERHADAP DASAR PEMERINTAHAN THAILAND (SIAM) DAN ISU-ISU KONFLIK KE ATAS MASYARAKAT ISLAM PATANI 2023-12-26T16:49:46+00:00 Haslindawati Saari haslindawati@ipsah.edu.my
Artikel ini memfokuskan tentang komuniti masyarakat Melayu Islam Patani sebagai golongan minoriti yang mengalami marginalisasi akibat tekanan dari pemerintah setempat, yang menghancurkan dan mendominasikan semangat nasionalismenya. Marginalisasi merupakan proses peminggiran yang melibatkan satu usaha membatasi peranan kelompok tertentu. Ini bermaksud, marginalisasi adalah proses pengabaian hak-hak yang seharusnya diperoleh oleh pihak-pihak yang dimarginalkan. Melalui dasar-dasar kerajaan seperti dasar Thesapeban, dianggap sebagai perintis kepada penindasan ke atas masyarakat Melayu Islam. Hal ini dimulai dengan penghapusan institusi raja-raja Melayu di tujuh buah negeri milik Patani. Perjanjian Bangkok yang dimenterai pada tahun 1909, secara jelas menyaksikan Patani berada di bawah jajahan Siam. Kemudian, dasar Rathaniyom yang diperkenalkan pula memulakan proses asimilasi melalui identiti dan budaya. Seterusnya, dasar Nikhom Sang Kon Eng pula dilihat sebagai usaha kerajaan Siam-Thai untuk mengurangkan jumlah majoriti masyarakat Melayu Islam di kawasan Selatan Thai. Penulisan artikel ini mengunakan kaedah kualitatif dengan merujuk sumber sekunder iaitu buku, jurnal, tesis, kertas persidangan dan kertas kerja yang diperoleh dari Perpustakaan Hamzah Sendut I (Universiti Sains Malaysia), Perpustakaan Hamzah Sendut II (Universiti Sains Malaysia), Perpustakaan Tunku Hamimah (Institut Pendidikan Sultan Abdul Halim) dan Perpustakaan Awam (Sungai Petani). Hasil kajian mendapati masyarakat Melayu Islam Patani ditindas dalam pelbagai aspek sama ada aspek politik, ekonomi dan sosial. Sejarah kekejaman pentadbir Siam-Thai yang menjalankan proses marginalisasi melalui pengasimilasian merupakan rancangan politik dan sosioekonomi kerajaan Siam-Thai ketika itu. Proses ini bertujuan mengukuhkan dasar politik ‘Negara Thai Untuk Bangsa Thai’. Ketiga-tiga dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Thailand bukan sahaja mengubah populasi penduduk Islam tetapi turut mengancam ekonomi dan pendapatan penduduk setempat. Keseimbangan demografi di kawasan Patani turut diubah apabila masyarakat Thai-Buddha digalakkan berpindah di sana. Dasar-dasar yang dilaksanakan diibaratkan sebagai virus yang disebar oleh kerajaan Siam (Thailand) untuk melumpuhkan imunisasi masyarakat Melayu Islam Patani. Walaupun masyarakat Melayu Patani terpaksa mengubahsuai diri mereka dengan mengikut perancangan kerajaan Siam-Thai tetapi hari ini, tidak sepenuhnya masyarakat ini berpakaian, berbahasa dan berfikiran seperti Siam-Thai malah mereka tetap utuh dengan anutan agama Islam.

Kata Kunci: Marginalisasi, pengasimilasian, dasar Thesapeban, dasar Rathaniyom, dasar Nikhom Sang Kon Eng, minoriti, demografi, dasar Siamisasi

Abstrak

This article focuses on the Malay Muslim community of Patani as a minority group that experiences marginalisation as a result of oppression by the local ruler, which obliterated and dominated their spirit of nationalism. Marginalisation is an alienation process that involves an effort to restrict the roles of specific groups. This means marginalisation is a process of neglecting the rights that ought to be attained by the marginalised parties. Goverment policies such as the Thesapeban policy, are viewed as the beginning of oppresion of the Malay Muslim community. This began with the abolishment of the institution of Malay kings in seven states that belong to the Patani. The Bangkok Treaty of 1909 clearly demonstrates that Patani are under the domain of Siam. Furthermore, the Rathaniyom policy which was introduced initiated the assimilation process through identity and culture. Moreover, the Nikhom Sang Kon En policy is seen as an attempt by the Siam-Thai government to diminish the number of Malay Muslim majority in Southern Thailand. This study uses a qualitative approach by referring to secondary sources which include books, journals, theses, conference papers and working papers acquired from the Hamzah Sendut Library I and Hamzah Sendut Library II (University of Science, Malaysia), Tunku Hamimah Library (Sultan Abdul Halim Teacher Training Institute) and the public library in Sungai Petani. Results of the study indicate that the Patani Malay Muslim community has been oppressed in a range of aspects including politics, economy and social. Records of brutality of the Siam-Thai administrators who implemented the marginalisation process through assimilation were the political and socioeconomic plan of the Siam-Thai government at the time. The process was intended to solidify the political policy of ‘Thai For The Thai People’. All three policies that were implemented by the government of Thailand not only altered the Muslim population but also posed a threat to the economy and income of local residents. The demographic equilibrium in the Patani region was also unbalanced when Thai-Buddhist community was persuaded to migrate there. These implemented policies can be compared to a virus disseminated by the Thai government to paralyze the immunity of the Patani Malay Muslim community. Even though the Malay community of Patani had to adapt and obey the plans put in place by the Siam-Thai government, today they do not entirely dress, speak and think like their Siamese-Thai counterparts; they remain steadfast in Islam.

Keywords: Assimilation, demography, marginalisation, Nikhom Sang Kon Eng policy, Rathaniyom policy, Siamisation policy, Thesapeban policy
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 ASIAN JOURNAL OF ENVIRONMENT, HISTORY AND HERITAGE https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/231 UNDANG-UNDANG DAN DASAR ALAM SEKITAR TERHADAP PENGASINGAN SISA DOMESTIK: KAJIAN KESAN TIDAK LANGSUNG KESEDARAN MASYARAKAT 2023-12-26T16:55:17+00:00 Nurul Hidayana Mohd Noor hidayana@uitm.edu.my Nur Batrisyia Nordin batrisyiaida@gmail.com
Sisa domestik merupakan bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti sisa makanan, minyak masak, plastik, kertas, bahan logam terpakai dan lain-lain. Kebanyakan sisa domestik memberi tindak balas negatif terhadap alam sekitar. Pengurusan sisa domestik adalah satu tugas yang mencabar kerana jumlah sisa semakin meningkat dan ketiadaan rangka kerja perundangan yang berkesan dan komprehensif, ditambah dengan mekanisma penguatkuasaan yang tidak mencukupi, mewujudkan masalah dalam menguruskan sisa domestik. Selain itu, kesedaran penduduk tentang isu alam sekitar mengukuhkan penyertaan tingkah laku pro alam sekitar. Tujuan kajian ini mempunyai dua matlamat. Pertama, ia menguji peranan undang-undang dan dasar sekitar dan kesannya terhadap niat untuk mengasingkan sisa domestik. Kedua, ia menguji peranan pengantara kesedaran untuk mengasingkan sisa domestik. Teknik persampelan rawak berstrata dan soal selidik telah digunakan untuk mengumpul data daripada sampel iaitu sejumlah 276 penduduk yang menetap di kawasan Lembah Klang. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan model persamaan struktur. Keputusan tidak langsung menunjukkan bahawa kesedaran untuk mengasingkan sisa domestik secara signifikan menjadi pengantara sepenuhnya antara undang-undang dan dasar alam sekitar dan niat untuk mengasingkan sisa domestik. Berdasarkan dapatan empirikal, kajian ini mencadangkan beberapa implikasi teoritikal dan praktikal untuk literatur. Dapatan kajian ini mencadangkan kepentingan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk menyelamatkan alam sekitar. Sekolah dan institusi pengajian tinggi harus mereka bentuk mata pelajaran dan kursus yang akan meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mendedahkan masyarakat terhadap cara untuk menjalankan pengasingan sisa domestik.

Kata kunci: Undang-undang dan dasar alam sekitar, kesedaran untuk mengasingkan sisa domestik, niat untuk mengasingkan sisa domestik, model pengantara

Abstract

Domestic waste is waste materials thrown away from residential areas such as food waste, cooking oil, plastic, paper, used metal materials, and others. Most domestic waste has a negative impact on the environment. Domestic waste management is a challenging task because the amount of waste is increasing and the absence of an effective and comprehensive legal framework, coupled with inadequate enforcement mechanisms, creates problems in managing domestic waste. In addition, residents' awareness of environmental issues strengthens the participation of pro-environmental behaviour. The study has two goals. First, to test the role of environmental laws and policies and their impact on intentions to segregate domestic waste. Second, to test the mediating role of awareness to segregate domestic waste. Stratified random sampling techniques and questionnaires were used to collect data from a sample of 276 residents in the Klang Valley area. The collected data were analysed using descriptive statistics and structural equation modeling (SEM). This study found that environmental laws and policies significantly and positively influence the intention to segregate domestic waste. Indirect results show that awareness to separate domestic waste significantly fully mediates between environmental laws and policies and intention to separate domestic waste. Based on the empirical findings, this study suggests some theoretical and practical implications for the literature. The findings of this study suggest the importance of raising awareness among the community to save the environment. Schools and institutions of higher learning should design subjects and courses that will increase environmental awareness and expose the public how to carry out domestic waste segregation.

Keywords: Environmental law and policy, awareness to separate domestic waste, intention to separate domestic waste, intermediary model
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/248 THE POST-PLEBISCITE CONFLICT OF 1982 AND NON-HUMANITARIAN INTERVENTION IN SARDAUNA LOCAL GOVERTMENT ARE OF TARABA STATE, NIGERIA 2023-12-27T02:18:35+00:00 Joseph Bonglo Kingsley P103089@siswa.ukm.edu.my Suffian Mansor smansor@ukm.edu.my Azlizan Mat Enh azlizan@ukm.edu.my
After about two decades, since the United Nations plebiscite of 1961, in the former British Cameroons, the long enjoyed peaceful and cordial clime eluded the Mamilla Plateau Sardauna Local Government Area (LGA) of Taraba State, Nigeria. The main objective of this study is to examine why and how the post-plebiscite conflict of 1982 failed to receive humanitarian intervention from the relevant agencies. The work examines the nature of the post-plebiscite conflict of 1982. Furthermore, it discusses the roles of the three tiers of government (Local, State, and Federal). The study adopts the qualitative-cum-historical methodology and uses primary and secondary data sources. The primary data sources comprised oral interviews, a report of the Judicial Commission of Inquiry, and archival materials. Secondary sources included journals, newspapers, conference papers, dissertations, and theses. The research findings revealed that the conflict was more inter-ethnic than political between the Mambilla and Panso/Kambu ethnic groups. It uncovered that besides, the security intervention, the three tiers of government failed to make any modicum of humanitarian intervention towards the Panso/Kambu who were the Internally Displaced Persons (IDPs) and the refugees who fled into the Republic of Cameroon for safety. In conclusion, the study suggests that since the Mambilla, the three tiers of government, and relevant agencies were liable, compensation and written apologies should be tendered to the IDPs and the refugees or their respective communities as a way of genuine reconciliation and a true mark of healing the wounds of the past.

Keywords: Panso/Kambu, Mambilla, Internally Displaced Persons, Refugees, Non-humanitarian intervention, Nigeria

Abstrak

Selepas lebih kurang dua dekad, sejak plebisit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1961, di bekas Wilayah Cameroon British, keamanan yang lama dinikmati dan iklim mesra terhalang di Kawasan Kerajaan Tempatan Mamilla, Daerah Kerajaan Tempatan Sardauna, Negeri Taraba, Nigeria. Objektif utama kajian ini adalah untuk menyiasat mengapa dan bagaimana konflik pasca-plebisit 1982 gagal menerima intervensi kemanusiaan daripada agensi yang berkaitan. Kajian ini mengkaji sifat konflik pasca-plebisit 1982. Selain itu, ia membincangkan peranan tiga peringkat kerajaan (Tempatan, Negeri dan Persekutuan). Kajian ini mengambil kaedah kualitatif-sejarah dan menggunakan sumber data primer dan sekunder. Sumber data primer merangkumi temu bual lisan, laporan Suruhanjaya Penyiasatan Keadilan, dan bahan arkib. Sumber sekunder termasuk jurnal, akhbar, kertas persidangan, disertasi, dan tesis. Penemuan kajian menunjukkan bahawa konflik lebih bersifat antara-etnik daripada politik antara kumpulan etnik Mambilla dan Panso/Kambu. Ia menemui bahawa selain intervensi keselamatan, tiga peringkat kerajaan gagal membuat sebarang bentuk intervensi kemanusiaan terhadap Panso/Kambu yang merupakan Orang Kurang Upaya Dalaman (IDP) dan pelarian yang melarikan diri ke Republik Cameroon untuk keselamatan. Kesimpulannya, kajian mengesyorkan bahawa kerana Mambilla, tiga peringkat kerajaan, dan agensi berkaitan bertanggungjawab, pampasan dan permohonan maaf bertulis harus diberikan kepada IDP dan pelarian atau komuniti masing-masing sebagai cara rekonsiliasi yang jujur dan tanda sebenar menyembuhkan luka-luka masa lalu.

Kata Kunci: Panso/Kambu, Mambilla, Orang Kurang Upaya Dalaman, pelarian, intervensi bukan kemanusiaan, Nigeria
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/238 PEMBANGUNAN PERTANIAN KOMERSIAL DI HILIR PERAK, 1900–1973 2023-12-27T01:48:25+00:00 Nurul Asyikin Dzulkifli nurulasyikindzulkifli3198@gmail.com Mohamad Khairul Anuar Mohd Rosli khairulanuarrosli@usm.my Norasmahani Hussain norasmahani@usm.my
Penulisan ini meneliti pembangunan pertanian komersial di Hilir Perak antara tahun 1900 hingga tahun 1973 yang merangkumi era British hingga era pasca-kemerdekaan. Penulisan ini ingin melihat sejauh mana kejayaan kerajaan kolonial British di Perak dan selepas itu Kerajaan Negeri Perak dalam membangunkan sektor pertanian komersial di Hilir Perak. Kajian-kajian terdahulu tentang kegiatan ekonomi di Negeri Perak lebih memfokuskan kepada sektor ekonomi utama negeri ini iaitu kegiatan melombong bijih timah di kawasan bandar di Perak. Justeru kajian tentang kegiatan pertanian komersial di Hilir Perak kurang diberi perhatian terutamanya pada era pasca-kemerdekaan. Penulisan ini menggunakan kaedah kualitatif yang meneliti sumber-sumber pertama dan bahan-bahan yang diperoleh dari Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan Arkib Negara di Perak, Perpustakaan Awam Negeri Perak, Perpustakaan Arkib Perak, Perpustakaan Negara dan Perpustakaan Hamzah Sendut 1 Universiti Sains Malaysia. Hasil penelitian terhadap sumber primer seperti Report of the Coconut Marketing Survey (Sabak Bernam and Lower Perak Districts) 1956, Laporan Tahunan Jabatan Pertanian Negeri Perak 1970, Federation of Malaya Annual Report 1950, Annual Report Social and Economic Perak 1948, The Present Land Use of Perak September 1970 dan Lower Perak District 1962 telah mendapati bahawa sektor pertanian komersial di Hilir Perak membangun secara dinamik sejak era British dan terus berkembang maju dalam era pasca-kemerdekaan. Juga didapati bahawa sektor pertanian komersial di Hilir Perak turut menyumbang secara signifikan kepada kemajuan ekonomi negeri Perak dan kemajuan ekonomi masyarakat setempat dalam tempoh yang dikaji.

Kata Kunci: Pertanian komersial, Hilir Perak, Dasar Pertanian British, Dasar Pertanian Malaysia

Abstract

This writing examines the development of the commercial agriculture sector in Lower Perak between 1900 to 1973 which includes the British era to the post-independence era. This writing would like to see to what extent the success of the the British colonial government in Perak and after that the Perak State Government in developing the commercial agriculture sector in Lower Perak. Previous studies on the economic activities in the state of Perak focused more on the main economic sector of the state, namely tin mining activities in urban areas in Perak. Therefore, the study of commercial agricultural activities in Lower Perak has received less attention, especially in the post-independence era. This writing uses a qualitative method that examines the primary sources and materials obtained from the National Archives of Malaysia, Kuala Lumpur and the National Archives in Perak, the Perak State Public Library, the Perak Archives Library, the National Library and the Hamzah Sendut Library 1, Universiti Sains Malaysia. An in-depth scrutiny on primary sources such as Report of the Coconut Marketing Survey (Sabak Bernam and Lower Perak Districts) 1956, Perak State Department of Agriculture Annual Report 1970, Federation of Malaya Annual Report 1950, Annual Report Social and Economic Perak 1948, The Present Land Use of Perak September 1970 and Lower Perak District 1962 has found that the commercial agriculture sector in Lower Perak developed dynamically since the British era and continued to thrive in the post-independence era. It was also found that the commercial agriculture sector in Lower Perak also contributed significantly to the economic progress of the state of Perak and the economic progress of the local community during the period studied.

Keywords: Commercial agriculture, Lower Perak, British Agricultural Policy, Malaysian Agricultural Policy
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/239 KEMEROSOTAN PERDAGANGAN NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU PASCA PERANG DUNIA PERTAMA 2023-12-27T01:51:19+00:00 Mohd Shazwan Mokhtar msm@ukm.edu.my
Artikel ini menganalisis trend kemerosotan perdagangan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada awal tahun 1920-an. Kebergantungan eksport timah dan getah mengakibatkan nilai imbangan perdagangan NNMB merosot setelah kejatuhan harga pasaran kedua-dua komoditi tersebut. Impak Perang Dunia Pertama telah melemahkan pasaran ekonomi di Eropah yang secara relatifnya telah melemahkan juga kuasa belinya terhadap bahan mentah dari NNMB. Penelitian terhadap dokumen pentadbiran NNMB dan CO 717 membuktikan tumpuan terhadap eksport timah dan getah mengakibatkan sektor perdagangan persekutuan rentan dengan risiko kejatuhan harga pasaran komoditi. Matlamat sebenar pelaksanaan dasar menstabilkan harga pasaran komoditi adalah untuk memastikan pengeluaran timah dan getah oleh syarikat British terus beroperasi. Tambahan lagi, langkah menstabilkan harga pasaran komoditi bertujuan melindungi syarikat dan firma milik British daripada kerugian kesan kejatuhan pasaran. Hasil kajian juga mendapati, walaupun sektor perdagangan NNMB merosot, imbangan perdagangan persekutuan kekal positif. Pelaksanaan usaha pemulihan harga pasaran komoditi juga membuktikan wujudnya hubungan simbiosis antara kerajaan kolonial NNMB dengan syarikat swasta. Hal ini demikian kerana, kebergantungan mereka terhadap eksport timah dan getah sebagai sumber pendapatan utama.

Kata Kunci: Neomerkantilisme; getah; timah; Rancangan Stevenson; Perjanjian Bandoeng

Abstract

This article analyzes the trend of declining trade in the Federated Malay States (FMS) in the early 1920s. Dependence on tin and rubber exports resulted in a decline in the value of the FMS's trade balance after the fall in the market prices of these two commodities. The impact of the First World War weakened the economic market in Europe which relatively weakened its purchasing power for raw materials from the FMS. Study on the administrative documents of the FMS and CO 717 proved that the dependencies on tin and rubber exports resulted in the federal trade sector being vulnerable to the risk of falling commodity market prices. The real objective of the implementation of commodity market price stabilization policy is to ensure the continuous operation of tin and rubber production by British company. Furthermore, the policy was also aimed to protect British-owned companies and firms from losses that caused by market downturn. The study found that, although the FMS trade sector declined, the federal trade balance remained positive. The implementation of the commodity market price recovery policy also proves the existence of a symbiotic relationship between the colonial government of the FMS and private companies. This is so because of their dependence on tin and rubber exports as the main source of income.

Keywords: Neomercantilism; rubber; tin; Stevenson Scheme; Bandoeng Agreement
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/240 PERKEMBANGAN PERIKANAN LAUT TERENGGANU: 1964-1984 2023-12-27T01:53:11+00:00 Rosmaliza Daud daudrosmaliza@yahoo.com Al-Amril Othman amril@ukm.edu.my Zuliskandar Ramli ziskandar@ukm.edu.my
Penyelidikan ini bertujuan untuk mengkaji sejarah industri perikanan laut di Malaysia dengan mengkhususkan kepada industri perikanan laut di negeri Terengganu pada tahun 1964 hingga 1984. Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kepustakaan dengan menganalisis sumber pertama yang melibatkan rekod-rekod, dokumen-dokumen dan fail-fail yang berkaitan dengan tajuk kajian yang terdapat di Arkib Negara Malaysia Kuala Lumpur, di Kuala Terengganu. Dalam penelitian kualitatif ini, penyelidik menggunakan kaedah kajian kepustakaan, sumber lisan melalui temu bual di kawasan kajian supaya kajian ini mengambil kira pemikiran mereka dalam industri perikanan terutamanya dalam industri perikanan laut. Artikel ini bertujuan untuk meneliti perkembangan industri perikanan laut di Terengganu. Ikan merupakan sumber protein, pendapatan dan perdagangan utama bagi setiap nelayan. Undang-undang perikanan laut di Malaysia bermula selepas kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan Inggeris. Undang-Undang Perikanan di Malaysia digubal pada tahun 1963, 1977 dan 1984. Undang-Undang Perikanan yang dikuatkuasakan pada tahun 1984 dan penstrukturan organisasi kerja dalam industri perikanan laut menjadi lebih sistematik. Oleh itu, organisasi kerja menjadi lebih tersusun. Dengan itu, hasil dapatan penyelidikan ini menunjukkan kejayaan dalam industri perikanan laut Terengganu, kerana organisasi yang menguruskan industri perikanan laut Terengganu memiliki kekuatan dalam semua aspek termasuk dalam memberi latihan kepada penggiat dalam industri perikanan laut Terengganu, sama ada untuk pembangunan modal insan, dan mereka yang terlibat dalam industri hiliran secara holistik.

Kata kunci: Perikanan laut, Terengganu, Undang-undang perikanan

Abstract

This research aims to examine the history of the marine fisheries industry in Malaysia, specifically focusing on the marine fisheries industry in the state of Terengganu from 1964 to 1984. The study applies a qualitative method. It employs a literature review method by analyzing primary sources involving records, documents, and related files on the study topic available at the National Archives of Malaysia in Kuala Lumpur and in Kuala Terengganu. In this qualitative research, the researcher uses the literature review method and oral sources through interviews in the study area to consider their thoughts within the fisheries industry, especially in the marine fisheries sector. This article aims to investigate the development of the marine fisheries industry in Terengganu. Fish is a primary source of protein, income, and trade for every fisherman. The laws governing marine fisheries in Malaysia began after Malaya gained independence from British colonization. The Fisheries Act in Malaysia was enacted in 1963, 1977, and 1984. The Fisheries Act enforced in 1984 and the restructuring of work organizations in the marine fisheries industry became more systematic. Consequently, work organizations became more organized. Therefore, the findings of this research indicate the success of the marine fisheries industry in Terengganu, as the organization managing the Terengganu marine fisheries industry is robust in all aspects, including providing training to practitioners in the Terengganu marine fisheries industry, whether for human capital development or those involved in holistic downstream industry development.

Keywords: Marine Fisheries, Terengganu, Fisheries Law
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/241 PERANG DI LAUT CHINA SELATAN: MENILAI PAKATAN QUAD DARIPADA PERSPEKTIF REALIS INSTITUSIONALISME 2023-12-27T01:56:42+00:00 Abdul Muien Abadi muein@ukm.edu.my Mohd Firdaus Abdullah mfa@ukm.edu.my
Peningkatan ketegangan geopolitik melibatkan China di rantau Laut China Selatan dan Indo-Pasifik secara tidak langsung telah memaksa Amerika Syarikat (AS), Jepun, Australia dan India untuk mengaktifkan semula Dialog Keselamatan Segiempat (Pakatan Quad) yang telah lama tidak aktif untuk menyelaraskan pendekatan strategik mereka. Artikel ini menganalisis kedua-dua bentuk dan fungsi Quad dari perspektif realis institusionalisme untuk menilai aturan diplomatik dan ketenteraan antara ahli Quad. Realis institusionalisme menganggap bahawa jenis institusi multilateral, sama ada dalam bentuk pakatan atau gabungan dan saiznya, akan mempengaruhi kekuatan sesebuah institusi ketenteraan. Antara impikasinya ialah struktur pembuatan keputusan, pengagihan kuasa dan leveraj dalaman, yang seterusnya akan menentukan kadar perpaduan dan keberkesanan di medan perang, kebolehoperasian dan legitimasi organisasi. Di samping analisis empirikal penilaian Pakatan Quad, makalah ini menjawab persoalan bagaimana Quad akan berkembang maju walaupun percubaan sebelumnya di institusi keselamatan seperti Pertubuhan Pakatan Atlantik Utara (NATO) gagal. Teori realis institusionalisme akan menerangkan mengapa dan bagaimana perikatan separa tidak formal seperti itu berbanding China yang akan menjadi normal baharu berstruktur bagi rantau Indo-Pasifik.

Kata Kunci: Laut China Selatan; Indo-Pasifik; Pakatan Quad; Realis Institusionalisme; Pakatan ketenteraan

Abstract

The rise of China's tensions in the South China Sea and Indo-Pacific region have indirectly forced the United States of America (US), Japan, Australia, and India to reactivate the long-dormant Quadrilateral Security Dialogue to coordinate their strategic approaches. This article analyzes both the form and function of the Quad from an institutionalist realist perspective to assess diplomatic and military arrangements between Quad members. Realist institutionalists assume that the type of multilateral institutions, whether alliances or coalitions, along with their size, will affect the decision-making structure, distribution of power, and internal leverage, which in turn affects cohesion, battlefield effectiveness, interoperability, and organizational legitimacy. In addition to the empirical analysis of the evaluation of the Quad Alliance, this paper answers the question of how the Quad will thrive even if previous attempts at security institutions such as NATO have failed. The realist theory of institutionalism will explain why and how such a semi-informal alliance vis-a-vis China will become the structural new normal for the Indo-Pacific region.

Keywords: South China Sea; Indo-Pacific; Quad Pact; Realist Institutionalism; military alliance
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/242 ANALISIS ASAL USUL NAMA “SABAH” DALAM PELBAGAI SUMBER 2023-12-27T01:59:31+00:00 Yusry Sulaiman yusryjason@gmail.com Mosli Tarsat mos_79@ums.edu.my Rizal Zamani Idris rizal.idris@gmail.com
Makalah ini membincangkan tentang asal usul nama "Sabah" dengan merujuk kepada pelbagai sumber. Penggunaan nama "Sabah" dalam beberapa dekad terakhir telah mencetuskan tafsiran dan kontroversi yang unik. Nama "Sabah" diyakini bermula ketika kedatangan orang Eropah melalui rujukan alkitab, khususnya "Saba dan Zaba". Selain itu, sumber-sumber tempatan juga menyebut nama "Saba" atau "Sabak" yang merujuk kepada tanah di seberang hujung. Rujukan dari Brunei juga mengaitkan nama "Saba" dengan "Sabah" dalam Silsilah Raja-Raja Brunei. Sumber-sumber Eropah dan Cina juga mengenalinya sebagai "Saba," yang mendorong kedatangan mereka ke Borneo Utara. Perlu dicatat bahawa Overbeck, dalam kedatangannya ke Borneo Utara, diangkat sebagai "Maharajah Sabah" oleh Sultan Abdul Momin pada 22 Disember 1877. Fakta ini menarik dan turut menjadi fokus pembahasan. Dengan demikian, makalah ini bertujuan untuk membincangkan asal usul nama "Sabah" berdasarkan pelbagai sumber yang telah dikaji.

Kata Kunci: Sabah, Borneo Utara, Sultan Abdul Momin, Maharaja Sabah, Eropah

Abstract

This paper discusses the origin of the name "Sabah" by referring to various sources. The use of the name "Sabah" in recent decades has sparked unique interpretations and controversies. The name "Sabah" is believed to have originated with the arrival of Europeans, specifically referencing the biblical references of "Saba and Zaba." Additionally, local sources also mention the names "Saba" or "Sabak," which refer to the land across the horizon. References from Brunei also connect the name "Saba" with "Sabah" in the Genealogy of the Sultans of Brunei. European and Chinese sources also recognize it as "Saba," which encouraged their arrival in North Borneo. It is noteworthy that during Overbeck's arrival in North Borneo, he was appointed as the "Maharajah Sabah" by Sultan Abdul Momin on December 22, 1877. This fact is interesting and forms the focus of discussion. Thus, this paper aims to discuss the origin of the name "Sabah" based on various researched source.

Keywords: Sabah, North Borneo, Sultan Abdul Momin, Maharaja Sabah, Europeans
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/244 PENDOKUMENTASIAN WARISAN WATAN ALAM MELAYU YANG TERANCAM PUPUS: FOKUS PADA AMALAN UNTUN KEDUROK SUKU KETUNGAU SESAT 2023-12-27T02:05:00+00:00 Hendrikus Mangku h.hendrikus@yahoo.com Chong Shin chongshin@ukm.edu.my Dominikus Dewanda h.hendrikus@yahoo.com
Istilah untun kedurok merupakan amalan perubatan tradisional suku Ketungau Sesat di Kalimantan Barat. Amalan ini bertujuan untuk mengubati pesakit yang berpunca daripada gangguan roh orang yang telah meninggal. Susulan daripada permodenan dalam perubatan dan agama, petua perubatan kian pupus ini dan kini hanya dikenali oleh segelintir golongan tua sahaja. Sebagai salah satu warisan watan, adalah pendokumensian dilakukan sebelum ianya pupus. Kajian ini menggunakan kaedah wawancara dan permerhatian ikut serta untuk mengumpulkan data secara kualitatif daripada lapangan. Hasil kajian akan dideskripsikan secara terperinci sejajar dengan pendekatan pendokumentasian. Hasil kajian menunjukkan bahawa untun kedurok diamalkan untuk mengubati penyakit ringan seperti loya, muntah, pening dan badan kurang selesa. Seperti amalan perubatan tradisional lain, terdapat beberapa prosedur yang terlibat, iaitu persiapan, menukar darah pesakit, betanyo, minto pemulang, pengembalian darah. Sepanjang proses pengubatan, turut disertakan dengan bacaan mantera yang berkaitan. Melalui paparan yang berstruktur ini, senario pengamalan tradisi warisan tradisi ini telah dibentangkan dan seterusnya didokumentasikan sebagai arkib untuk rujukan generasi masa hadapan.

Kata Kunci: Untun kedurok, perubatan tradisional, Ketungau Sesat, Rambut

Abstrak

Untunt kedurok refers to a traditional treatment practiced by the Ketungau Sesat tribe in West Kalimantan. This practice attempts to heal patients who are believed to be affected by spirit of the deceased. This medical options are becoming extinct as a result of modernism in healthcare, and are now only comprehended by a few elderly people. As one of the local wisdom, documentation is necessary before it disappears. This study collects qualitative data from the field through interviews and participant observation. The study's findings will be reported in depth in accordance with the documentation approach. There are various steps involved in this tradition healing, such as persiapan, menukar darah pesakit, betanyo, minto pemulang and pengembalian darah. Throughout the healing process, related mantras are uttered. Through this structured presentation, the scenario of the practice of this traditional heritage tradition has been demonstrated and further documented as an archive for future generations.

Keywords: Untun kedurok, traditional healing, Ketungau Sesat, Hair
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/245 SAKIT PUAN DARI PERSPEKTIF KITAB PERUBATAN TRADISIONAL MELAYU (MSS 172) DAN KITAB PERUBATAN CHINA (BENCAO GANGMU) 2023-12-27T02:08:22+00:00 Rohaidah Haron eyda1826@um.edu.my Zaiton Zakarya zaitonzakaryagdufs@gmail.com
Sakit puan merupakan penyakit sejagat yang dihidapi oleh semua golongan wanita di dunia. Sejak dahulu lagi masyarakat tradisional telah ada ubat dan rawatan untuk mengubati penyakit yang berkaitan dengan wanita. Hal ini dapat dibuktikan menerusi kitab-kitab perubatan yang ada dalam masyarakat Melayu dan masyarakat di China. Sehubungan dengan itu, sakit puan wajar dikaji daripada perspektif perubatan tradisional. Sehubungan itu, kajian ini akan meneliti penyakit-penyakit yang dihidapi oleh kaum wanita dalam kitab perubatan tradisional Melayu (Kitab Ubat-ubatan MSS 172) dan kitab perubatan China (Bencao Gangmu). Secara khusus, kajian ini bertujuan mengenal pasti jenis-jenis sakit puan dalam kitab perubatan Melayu dan China, iaitu kemandulan, perihal bersalin dan penyakit berkaitan faraj. Dapatan kajian membuktikan bahawa penyakit wanita lebih banyak dibincangkan dalam kitab perubatan berbanding dengan penyakit lelaki. Selain itu, bahan dan kaedah rawatan mengikut kitab perubatan Melayu dan China turut dibincangkan dalam makalah ini. Hasil penelitian mendapati, sumber utama dalam bahan perubatan tradisional Melayu dan China adalah berasaskan flora dan fauna. Namun begitu, terdapat juga bahan rawatan lain seperti bahan cecair dan pepejal misalnya air mawar dan gula batu. Kitab perubatan Melayu dan China memaparkan penyakit yang sama, namun mempunyai kaedah dan bahan rawatan yang berbeza akibat daripada faktor persekitaran, cuaca, bentuk muka bumi dan sebagainya. Kajian-kajian berkaitan kitab perubatan wajar diperbanyak memandangkan kajian perbandingan agak kurang dihasilkan. Para pengkaji juga boleh meneliti perspektif kajian yang lain seperti pantang larang dan sistem sukatan yang digunakan dalam perubatan tradisional.

Kata kunci: Sakit puan, perubatan tradisional, Kitab Ubat-ubatan MSS 172, Kitab Bencao Gangmu, Melayu, China

Abstract

This paper will discuss gynecology from the perspectives of Malay and China traditional medicine. Gynecology is a global health issue that affects women of all backgrounds worldwide. Therefore, this study will examine the diseases experienced by women in two traditional medical texts, namely, Kitab Ubat-ubatan 172 and Kitab Bencao Gangmu. Specifically, this research aims to identify the types of gynecological conditions found in Malay and Chinese traditional medicine texts, such as infertility, childbirth-related issues, and conditions related to the vagina. The findings of the study confirm that women's health issues are more extensively discussed in traditional medical texts compared to men's health conditions. Additionally, the materials and treatment methods outlined in Malay and Chinese traditional medicine texts are also discussed in this paper. The research results indicate that the primary sources for traditional medicine in Malay and Chinese cultures are based on flora and fauna. However, there are also other treatment materials such as liquids and solids, such as rose water and rock sugar. Although both Malay and Chinese medical texts describe similar diseases, their treatment methods and materials differ due to environmental factors, climate, topography, and other considerations.

Keywords: Gynecology, traditional medicine, Kitab ubat-ubatan MSS 172, Kitab Bencao Gangmu, Melayu, China
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023 https://spaj.ukm.my/ajehh/index.php/ajehh/article/view/246 ISU DAN PERMASALAHAN INDUSTRI KRAFTANGAN TEMBAGA DI TERENGGANU, MALAYSIA 2023-12-27T02:10:36+00:00 Sharih Ahmad Mohamad sharihahmad@unisza.edu.my Nor Ziratul Aqma Norzaman ziratulaqma@unisza.edu.my Shahrul Anuwar Mohamed Yusof shahrulanuwar@unisza.edu.my Khairul Aidil Azlin Abd. Rahman drkhairulazlin@gmail.com Muhammad Firdaus Abong Abdullah muhammad.firdaus@uts.edu.my Addy Putra bin Md. Zulkifli addyputra@unisza.edu.my Amirul Fahmi Razali amirulfahmi@unisza.edu.my
Sejarah telah membuktikan akan kemasyuran negeri Terengganu sebagai pusat perdagangan pada zaman dahulu yang sememangnya kaya dengan warisan budaya dan kearifan tempatan dengan warganya yang pakar dalam ilmu pertukangan seperti kraftangan tembaga. Walau bagaimanapun, industri kraftangan tembaga di Terengganu boleh dikatakan agak kritikal pada masa kini dari segi populariti selain kadar pengeluaran barangan kraf tembaga yang semakin merosot berbanding dengan kraftangan yang lain seperti songket, batik, ukiran kayu, anyaman dan lain-lain. Oleh itu, kajian adalah bertujuan untuk mengenal pasti isu dan permasalahan yang menyumbang kepada kemerosotan industri kraftangan tembaga di Terengganu. Kajian ini berbentuk kualitatif yang meliputi penyelidikan luaran seperti temu bual dan juga melibatkan pembacaan dan analisis data. Perisian SPSS Text Analytics for Surveys telah digunakan untuk menganalis data yang telah diperolehi melalui temu bual yang telah dijalankan terhadap 28 orang responden yang terlibat secara langsung dalam industri kraftangan tembaga. Hasil analisis berjaya menghasilkan satu model validasi hubung kait 18 elemen isu dan permasalahan industri kraftangan tembaga di Terengganu. Bagi membantu pembangunan kraftangan tembaga Terenganu pada masa depan, hasil perbincangan dapatan telah dibahagikan kepada 3 peringkat isu dan seharusnya diberi perhatian sewajarnya oleh pemain industri. Peringkat pertama ialah unit. Kedua peringkat kelompok, manakala peringkat ketiga ialah nasional. Pemahaman yang jelas akan isu dan permasalahan dalam kalangan pemain industri melalui model validasi yang dihasilkan berpotensi menaikkan lagi nilai kraftangan warisan di Terengganu sekaligus menjamin kelestarian kearifan tempatan agar terus terpelihara dan tidak hilang ditelan zaman.

Kata Kunci: Tembaga Terengganu, Kraf Malaysia, Warisan Budaya, Kearifan Tempatan

Abstract

Terengganu has a historical record of being a formidable old commerce hub, renowned for its local wisdom and its residents' expertise in handicrafts, particularly in the creation of brassware handicraft. The brassware handicraft sector is less popular than other handicrafts like songket, batik, wood carving, weaving, etc. Additionally, its production rate has been decreasing. Therefore, the study aims to identify issues and problems that contribute to the decline of the brassware handicraft industry in Terengganu. This study primarily employs qualitative research methods, which encompass external inquiries such as semi-structured interviews and the thorough literature reviews and interpretation of collected data. The SPSS Text Analytics for Surveys software is utilised to analyse data obtained from interviews with 28 respondents directly involved in the brassware craft business. The investigation yielded a validation model demonstrating the association between the various concerns and problems in the brassware handicraft sector in Terengganu. Based on the findings of this study, the researcher has categorised the challenges and concerns that need to be considered by those interested in developing brassware crafting in Terengganu in the future. These problems are typically categorised into three tiers: individual level, collective level, and national level. A clear understanding of the issues and problems among stakeholders through the validation model produced can increase the value of heritage handicrafts in Terengganu and guarantee the sustainability of local wisdom so that it is preserved and not lost over time.

Keywords: Terengganu brassware, Malaysia craft, cultural heritage, local wisdom
2023-12-27T00:00:00+00:00 Copyright (c) 2023