Challenges of small-scale coastal fishermen in the islands around Mersing

Azima Abdul Manaf, Mohd. Samsudin, Suhana Saad, Kamariah Mokhtaroji

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana nelayan pantai di pulau-pulau disekitar Mersing mengalami konflik sosio-ekonomi bagi tujuan kelansungan hidup.  Konflik sosio-ekonomi nelayan  pantai  wujud setelah pihak kerajaan mengumumkan penubuhan taman –taman Laut. Penubuhan taman-taman telah mengazetkan beberapa  akta antaranya termasuklah  Akta Taman Laut 1985.  Akta tersebut telah mengariskan beberapa peruntukan tertentu yang akhirnya memberi implikasi yang besar terhadap keadaan sosio-ekonomi penduduk setempat.  Bagi menjelaskan wujudnya konflik nelayan pinggir  pantai di kawasan kajian maka metod kajian secara kualitatif telah digunakan.  Tembual mendalam dengan nelayan pantai yang terlibat telah dijalankan. Analisis mendapati  terdapat beberapa peruntukan yang menimbulkan konflik sosio-ekonomi penduduk setempat antaranya rekabentuk rezab taman laut, kesejahteraan dan keselesaan masyarakat setempat serta zon perikanan seperti mana yang termaktub dalam peruntukan yang sedia ada.  Konflik nelayan kecil ini menjelaskan bahawa wujudnya kepentingan yang berbeza antara peruntukan taman laut dengan keperluan penduduk setempat

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.