TAHAP PENONTONAN FILEM GENRE DAKWAH DALAM KALANGAN AUDIEN DI MALAYSIA

  • Azimah Misrom Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM
  • Rosmawati Mohamad Rasit Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Abstrak: Penghasilan filem yang menepati genre filem dakwah dapat memberi manfaat kepada penonton terutama dalam aspek keagamaan. Namun, filem yang dihasilkan pada masa kini kurang menerapkan elemen dakwah dan mengurangkan pengembangan dakwah dalam genre filem. Justeru, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap penontonan genre filem dakwah dalam kalangan audien di Malaysia dan mengkaji perbezaan tahap penontonan filem genre dakwah dalam kalangan audien di Malaysia mengikut jantina.  Reka bentuk kajian ini ialah kajian tinjauan melalui pengedaran borang soal selidik kepada 500 orang responden di lima buah pawagam di Lembah Klang iaitu Alamanda, Midvalley, The Mines, NU Central dan KLCC. Kajian ini menggunakan persampelan rawak kluster dan dianalisis secara deskriptif dan ujian inferensi T-Perbandingan. Hasil kajian mendapati penontonan filem genre dakwah mestilah mematuhi  konsep patuh syariah,  mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, membawa persoalan tentang Islam kepada masyarakat, memaparkan latar belakang masyarakat yang berpegang kepada ajaran Islam, dilakonkan oleh pelakon Islamik, mempromosikan nilai-nilai murni, medium penyampaian dakwah, membawa tema ketuhanan, membawa tema Islamik dan perwatakan berkisar agamawan. Hasil kajian juga berdasarkan ujian T-Perbandingan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jantina. Implikasi kajian ini dapat mengembangkan dakwah dan menanam minat audien untuk menonton filem berkonsepkan Islamik. 

 

Kata Kunci : Tahap Penontonan, Filem Genre Dakwah, Audien

References

Abdul Ghafar Don. 2008. Dakwah dan Cabaran de-Islamisasi di Malaysia. Selangor: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Asiah Sarji & Nur Kareelawati. 2008. Filem Cereka Melayu Sebagai Salah satu Saluran Dakwah Remaja di Malaysia: Kajian Filem-Filem Arahan Pengarah-Pengarah Filem Muda Selepas Tahun 2000. Kertas Kerja Dakwah dan Media. Anjuran Nadwa Islamiah Syeikh Abdullah al-Ghadamisi al-Magribi ke-2.

Dusuki Ahmad. 2011. Menerapkan Nilai Agama Dan Keprihatinan Umat Dalam Filem Dan Drama. Dalam Nor Hartini Saari (Ed.), Pemerkasaan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat (hlm. 69-80). Kuala Lumpur: Penerbit Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

FINAS. 2015. Tayangan Filem Cereka Tahun 2015. Diakses daripada http://www.finas.gov.my/index.php?mod=industry⊂=cereka [22 Oktober 2015]

Haryati Abdul Karim. 2013. Faktor Gratifikasi dalam Penontonan Filem dan Kaitannya dengan Sambutan Audiens. Seminar “Filem & Masyarakat”, Sekolah Sains Sosial dan FINAS, Universiti Malaysia Sabah, 27 Februari

Janet Harbord. 2002. Film Cultures. London : SAGE Publicationc Ltd.

Jeniri Amir. 2014. Derita Filem Genre Islam. Dewan Budaya Bil. 7/2014: 10-15

Jill, Nelmes. 2007. Introduction to Film Studie. Edisi ke-4. New York: Routledge Taylor & Francis Group.

Littlejohn, Stephen W. II. Foss, Karen A. 2009. Encyclopedia of Communication Theory. America: Library of Congress Cataloging-in-Publication Data.

McQuail, Denis. 1997. Audience Analysis. London: SAGE Publications

Mohd Hilmi Abdullah. 2010. Kenapa festival filem Islam menyepi?Utusan Online Bicara Agama. Diakses daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&s =Bicara_Agama&pg=ba_01.htm [Mac 2014].

Mohd. Shukri Hanapi. 2012. Penerbit Tiada Ilmu Buat Filem Islam. Harian Metro, 5 Oktober : hlm. V4 & V13.

Naim Haji Ahmad. 2011. Filem Islam Satu Pembicaraan. Selangor: Uni-N Production Sdn. Bhd

Nor Hazriani Razali & Rosmawati Mohamad Rasit. 2014. Filem Patuh Syariah Wasilah Dakwah Masa Kini. Dlm. Rosmawati Mohamad Rasit, Salasiah Hanin Hamjah & Muhamad Faisal Ashaari (pnyt.). Dakwah, Media & Masyarakat, hlm. 109-119.

Norliza Mohamad Zakaria. 2011. Kualiti Penonton Filem. Diakses daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_04.htm#ixzz3pefTC0Fc [26 Oktober 2015]

Raja Nur Junainah Raja Abdul Aziz. 2013. Filem Islamik Wajar Diketengahkan. Berita Harian, 31 Disember:17

Rosmawati Mohamad Rasit. 2012. The Position of Religious Malays Firms in Malaysia from The Perspectives Islamic Da’wah. Jurnal Al-Hikmah 4 (2012): 148-160.

Rosmawati Mohamad Rasit. 2013. Hubungan Penontonan Filem Da’wah Dengan Pembentukan Personaliti Prososial Remaja. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Putra Malaysia.

Roy Armes. 1974. Film And Reality An Historical Survey. Australia: Penguin Books Ltd.

Sara Casey Benyahia, Freddie Gaffney & John White. Edisi ke-8. 2008. Film Studies As Essential Production 2008 Specification. New York: Ruotledge.

Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri. 2014. Filem Berunsur Islam Tanah Air Masih Adakah Degupnya?. Dewan Budaya Bil.7: 17-19

Siti Qoriatun Sholihah. 2011. Analisis Wacana Pesan Dakwah Film Dalam Mihrab Cinta. Jakarta : Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah.

S.H. Tan. 1994. Film-Induced Affect As A Witness Emotion. Poetics 21(1994): 7-32

Syed Muhammad Al-Dawilah el-Edrus & Mohd Lutfi Solehan. 2009. Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi. Seminar Kebangsaan Dakwah Islamiah di IPT dan Komuniti, Dewan Tunku Ibrahim Ismail UTHM, 2-9 Disember

Toby Miller & Robert Stam. 1999. A Companion to Film Theory. Victoria: Blackwell Publishing.

Yunus Said. 2011. Peranan Televisyen dalam Memupuk Nilai Kemanusiaan Universal. Dalam Nor Hartini Saari (Ed.). Pemerkasaan Televisyen dalam Mendidik Masyarakat (hlm. 121-135). Kuala Lumpur: Penerbit Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Zulkiple Abd. Ghani & Abd. Ghafar Don. 1996. Dakwah di era Teknologi Maklumat. Selangor: UKM.

Published
2016-07-31
How to Cite
Misrom, A., & Mohamad Rasit, R. (2016). TAHAP PENONTONAN FILEM GENRE DAKWAH DALAM KALANGAN AUDIEN DI MALAYSIA. Al-Hikmah, 8(1), 85-101. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/197
Section
Articles