Persepsi Ibu Bapa Terhadap Peranan Masjid dalam Membentuk Penglibatan Sosial dan Perkembangan Holistik Kanak-Kanak

PARENTS’ PERCEPTION OF THE ROLE OF THE MOSQUE IN SHAPING CHILDREN’S SOCIAL ENGAGEMENT AND HOLISTIC DEVELOPMENT

Keywords: Masjid; persepsi ibu bapa; sahsiah kanak-kanak; penglibatan sosial; pembangunan komuniti Islam

Abstract

Masjid secara tradisinya berperanan sebagai institusi pembangunan masyarakat Islam yang merangkumi dimensi spiritual, sosial dan pendidikan. Namun, dalam konteks kontemporari, peranan masjid terhadap pembentukan sahsiah dan penglibatan sosial kanak-kanak masih kurang diberi perhatian secara empirik, khususnya dari perspektif ibu bapa. Justeru, kajian ini bertujuan menilai persepsi ibu bapa terhadap peranan masjid dalam membentuk sahsiah dan penglibatan sosial kanak-kanak, serta meneliti jurang antara harapan ideal dan pengalaman sebenar pelaksanaannya di peringkat komuniti. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan keratan rentas. Data dikumpulkan melalui soal selidik dalam talian melibatkan 162 orang ibu bapa Muslim di Negeri Sembilan yang mempunyai pengalaman melibatkan anak-anak dalam aktiviti masjid. Analisis data dijalankan menggunakan statistik deskriptif dan ujian-t sampel berpasangan bagi membandingkan persepsi harapan dan pengalaman responden. Hasil kajian menunjukkan bahawa ibu bapa meletakkan harapan yang sangat tinggi terhadap peranan masjid sebagai institusi pembangunan sosial dan pembentukan sahsiah kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pengalaman sebenar mereka menunjukkan tahap pelaksanaan yang sederhana serta tidak seragam antara masjid. Ujian-t mengesahkan kewujudan jurang yang signifikan antara harapan dan realiti, mencerminkan cabaran dari sudut pengurusan, fasiliti dan pendekatan penglibatan kanak-kanak di masjid. Kajian ini menyimpulkan bahawa masjid mempunyai potensi besar dalam menyokong perkembangan sahsiah kanak-kanak, namun potensi tersebut belum dimanfaatkan secara menyeluruh. Implikasi kajian menekankan keperluan pemerkasaan masjid melalui pendekatan yang lebih terancang, mesra keluarga dan responsif terhadap keperluan generasi muda bagi memastikan masjid kekal relevan sebagai institusi pembangunan insan dalam masyarakat Muslim kontemporari.

Author Biographies

Mohamad Zulkefli Abdul Ghani, Universiti Kebangsaan Malaysia

Senior Lecturer
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
E-mel: zuldakwah@ukm.edu.my

Nova Adila Erizal, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Postgraduate Student
Pusat Kajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.
E-mail: p137795@siswa.ukm.edu.my    

References

Ajmain, T., & Mohamad, A. (2019). Masjid medium pendidikan melahirkan masyarakat modal insan bertaqwa. Dalam M. R. Zakaria, M. H. M. Dasar, S. A. Sukor, M. I. I. Jafri, D. A. M. Saleh, M. Hilman, S. M. Naji, & N. Zainal (Eds.), e-Proceeding Seminar Serantau Pendidikan Islam 2019: Melestarikan pendidikan Islam di Nusantara. Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).

Asif, N., Utaberta, N., Ismail, S., & Sabil, A. (2024). Rethinking the institution of masjid as a community development center in Bangladesh. Journal of Islamic Architecture, 8(2), 437–449.

Asmuliany, A., Sudirman, M., & Amalia, A. A. (2024). Identifikasi aspek perancangan masjid ramah anak berbasis community score card. Journal of Green Complex Engineering, 2(1), 43–53.

Bronfenbrenner, U. (1979). The ecology of human development: Experiments by nature and design. Harvard University Press.

Bronfenbrenner, U., & Morris, P. A. (2006). The bioecological model of human development. Dalam W. Damon & R. M. Lerner (Eds.), Handbook of child psychology (Vol. 1, pp. 793–828). Wiley.

Bryman, A. (2016). Social research methods. Oxford University Press.

Crawford, M. (2020). Ecological systems theory: Exploring the development of the theoretical framework as conceived by Bronfenbrenner. Journal of Public Health Issues and Practices, 4(2), Article 170.

Creswell, J. W., & Creswell, J. D. (2017). Research design: Qualitative, quantitative, and mixed methods approaches. Sage Publications.

Fishbein, M., & Ajzen, I. (2005). Theory-based behavior change interventions: Comments on Hobbis and Sutton. Journal of Health Psychology, 10(1), 27–31.

Flanagan, C. A., & Faison, N. (2001). Youth civic development: Implications of research for social policy and programs. Social Policy Report, 15(1), 1–14.

Goldfeld, S., Villanueva, K., Tanton, R., Katz, I., Brinkman, S., Giles-Corti, B., & Woolcock, G. (2021). Findings from the Kids in Communities Study (KiCS): A mixed methods study examining community-level influences on early childhood development. PLOS ONE, 16(9), Article e0256431.

Ismail, S., Usman, A. H., Rasit, R. M., Aini, Z., Majid, M. A., Ali, A. W. M., & Murghayah, K. M. H. (2024). Nilai teladan ibu bapa dalam pembentukan anak-anak cinta masjid. International Journal of Mosque, Zakat and Waqaf Management (Al-Mimbar), 4(1), 26–39.

Jusoh, M. S. M., Jamaludin, A. K., & Samah, M. N. (2022). Elements concerning the effectiveness of the imarah program in mosques in the contemporary era: A need analysis study. International Journal of Humanities Technology and Civilization, 7(1), 76–82. https://doi.org/10.15282/ijhtc.v7i1.7498

Kapur, R. (2015). Approaches and strategies for holistic social development. Arts and Social Sciences Journal, 6(3), 1–5.

Mahmad, M. A., Zain, A. M., & Rahman, M. N. A. (n.d.). Pemerkasaan institusi masjid sebagai hab dakwah. [Jenis dokumen dan penerbit perlu dilengkapkan].

Mansor, N. H., Mudeen, N. N., Bakar, S. A. A., Mohamad, S., Kadir, F. A., & Mohamad, M. (2011). Pembangunan potensi remaja melalui institusi masjid: Satu tinjauan di lima buah masjid di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dalam Prosiding Seminar Pembangunan Masjid (pp. 1–20).

Mehta, V. (2006). Lively streets: Exploring the relationship between built environment and social behavior (Doctoral dissertation, University of Maryland, College Park).

Mohamad Rasdi, M. T. (2007). Mosque architecture in Malaysia: Classification of styles and possible influence. Jurnal Alam Bina, 9(3), 1–37.

Nurzaelani, M. M., Wiratomo, Y., Japar, M., & Herdiati, D. (2025). Development of mosque organizations as learning organizations in the perspective of Marquardt’s theory. Educate: Jurnal Teknologi Pendidikan, 10(1), 55–68.

Rahman, A. A., Abbas, R., Moden, P. B., & Kemanusian, S. (2018). Persepsi masyarakat terhadap program pengimarahan masjid di negeri Pahang: Satu analisis. International Journal of Humanities, Philosophy and Language, 1(2), 16–26.

Rahman, L. A. (2000). Imarah masjid masa kini. Jabatan Agama Islam Melaka.

Remly, M. R., & Sabaruddin, S. N. A. (2025). The application of communal values in the formation of children’s morality in mosques from an Islamic perspective. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 34(4), 105–113.

Remly, M. R., Sabaruddin, S. N. A., & Adenan, F. (2024). Cabaran kepimpinan dalam pengimarahan institusi masjid: Kajian kes di Masjid Cemerlang. Al-Qanatir: International Journal of Islamic Studies, 33(3), 26–36.

Shahbuddin, Z. H. S., & Gunardi, S. (2023). Tinjauan literatur sistematik terhadap peranan institusi masjid di Malaysia. ‘Abqari Journal, 29(1), 54–71.

Tamuri, A. H. (2021). Konsep dan pelaksanaan fungsi masjid dalam memartabatkan masyarakat. International Journal of Mosque, Zakat and Waqaf Management (Al-Mimbar), 1(1), 1–12. https://doi.org/10.53840/almimbar.v1i1.11

United Nations. (1989). Convention on the Rights of the Child. United Nations.

Published
2025-12-30
How to Cite
Abdul Ghani, M. Z., & Erizal, N. A. (2025). Persepsi Ibu Bapa Terhadap Peranan Masjid dalam Membentuk Penglibatan Sosial dan Perkembangan Holistik Kanak-Kanak. Al-Hikmah, 17(2), 78-91. https://doi.org/10.17576/alhikmah.2025.172/586