TY - JOUR AU - Sakinah Saptu AU - Wan Nasyrudin Wan Abdullah AU - Latifah Abd. Majid AU - Ahamad Asmadi Sakat PY - 2015/08/12 Y2 - 2024/03/29 TI - RELEVANSI APLIKASI SANAD DALAM PENGAJIAN ISLAM PADA MASA KINI JF - Al-Hikmah JA - HIKM VL - 7 IS - 1 SE - Articles DO - UR - https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/138 AB - Mutakhir ini sikap ekstrem sesetengah pihak dalam mementingkan sanad berlaku dalam pengajian Islam.Sikap ini telah melahirkan tanggapan bahawa apa sahaja ilmu berkaitan dengan agama Islam perlu kepada sanad. Ia juga menyebabkan segelintir masyarakat beranggapan bahawa menjadi kesalahan, jika ilmu agama dipelajari tanpa melalui sistem sanad. Oleh itu, kertas kerja ini dihasilkan bagi mengenalpasti tujuan sanad pada zaman dahulu dan kini dan mengenalpasti adakah aplikasi sanad masih releven pada masa kini. Kajian berbentuk kualitatif ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian sejarah. Data pula dikumpul dan dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan terdapat kesinambungan sanad tersebut kepada Rasulullah s.a.w. Dengan itu, aplikasi sanad dalam pengajian Islam pada masa kini dilihat tidak relevan lantaran tujuan sanad sudah tertunai. Di samping, keberadaan sanad kurang bermanfaat kerana para perawi di zaman sekarang tidak boleh diperiksa kredibilitinya. Kata Kunci:  Relevansi Aplikasi Sanad, Tujuan Sanad, Sejarah Sanad, Sanad Masa Kini   ER -