Hubungan Qasas al-Qur’an dengan Pendekatan Dakwah: Tumpuan Terhadap Pemikiran Tafsir Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Muhammad Khairi Abdul Azib, Haziyah Hussin

Abstract


Hubungan Qasas al-Qur’an dengan Pendekatan Dakwah: Tumpuan Terhadap

 Pemikiran Tafsir Tuan Guru Abdul Hadi Awang

 

Abstrak 

Qasas al-Quran merupakan kandungan al-Quran yang berkaitan dengan penceritaan al-Quran tentang hal ehwal umat terdahulu dan kisah-kisah nabi serta peristiwa yang telah berlaku atau berlaku semasa nuzul al-Quran atau peristiwa yang akan terjadi selepas zaman Nabi SAW.  Allah SWT membentangkan qasas al-Qur’an bertujuan untuk mengemukakan pengajaran-pengajaran yang dapat diteladani oleh umat Islam dalam konteks semasa. Kertas kerja ini memberi fokus kepada pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap qasas al-Quran sebagai salah satu sumber dakwahnya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif secara analisis kandungan. Data kajian dikumpulkan menerusi analisis dokumen terhadap rakaman-rakaman tafsir dan beberapa buah buku tafsir Abdul Hadi Awang yang telah diterbitkan. Data-data ini kemudiannya dianalisis secara deskriptif. Kajian ini mendapati Abdul Hadi Awang menjadikan qasas al-Quran sebagai sumber pemikiran dakwahnya. Pemikirannya terhadap qasas al-Qur’an dalam dakwah dapat dibahagikan kepada dua iaitu mengeluarkan pengajaran dan menghubungkannya dengan isu semasa. Implikasi kajian ini ialah pemikiran Abdul Hadi Awang terhadap qasas al-Quran memberi impak kepada penyebaran dakwah dalam jalur politik yang diterajuinya.  

 

Qasas al-Qur'an's Relationship with Da'wah Approach: Focus on The Thinking

of Tafsir Tuan Guru Abdul Hadi Awang

 

Abstract

 Qasas al-Quran is a content of the Quran which relates to the narration of the Quran regarding the affairs of previous peoples and the stories of the prophets and events that have occurred or occurred during nuzul al-Quran or events that will occur after the time of the Prophet PBUH.Allah SWT presents qasas al-Qur'an for the purpose of presenting teachings that can be execited by Muslims in the current context.This paper focuses on Abdul Hadi Awang's thoughts on qasas al-Quran as one of his da'wah sources.This study uses qualitative design by content analysis. The data was collected through the analysis of documents on tafsir recordings and several books of Abdul Hadi Awang's interpretation which were published.These data were then descriptively analyzed. This study found that Abdul Hadi Awang made qasas al-Quran as the source of his da'wah thinking.His thoughts on qasas of the Qur'an in da'wah can be divided into two which is to issue teachings and connect them with current issues.The implication of this study is that Abdul Hadi Awang's thinking of qasas al-Quran had an impact on the spread of da'wah in the political path he led.

 


Full Text:

PDF

References


Abdul Hadi Awang. 1982. Kepentingan Berjama’ah. Dlm. Ya’qub Muhammad Hussin (Penyunting). Islam: Fikrah, Harakah & Daulah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Abdul Hadi Awang. 1986. Uslub Da’wah. Dlm. Ya’qub Muhammad Hussin (Penyunting). Islam: Fikrah, Harakah & Daulah. Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar.

Abdul Hadi Awang. 2002. At-Tibyan dalam mentafsirkan al-Quran: Surah Luqman. Bandar Baru Bangi: As-Syabab Media.

Abdul Hadi Awang. 2006. Tafsir Surah As-Saffat. Dlm. Kuliah Online. 2016. https://t.me/kuliahonline [akses pada 30 Jun 2020].

Abdul Hadi Awang. 2011a. Tafsir Surah as-Saff. Audio rakaman Kuliah Jumaat Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi Awang. 2011b. Tafsir Surah al-Hasyr. Audio rakaman Kuliah Jumaat Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi Awang. 2013a. Tafsir Surah an-Naba’. Audio rakaman Kuliah Jumaat Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi Awang. 2013b. Tafsir Surah Yasiin. Kuala Lumpur: Galeri Buku Harakah.

Abdul Hadi Awang. 2014a. Tafsir Surah Al-Munafiqun. Audio rakaman Kuliah Jumaat Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi Awang. 2014b. Tafsir Surah Al-Buruj. Dlm. Terengganu kini. 2020. Himpunan Kuliah Jumaat Mingguan Masjid Rusila. http://bit.ly/terengganukini [akses pada 30 Jun 2020].

Abdul Hadi Awang. 2019. Tafsir Surah al-Kahfi (Quran surah ke 18). Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Saidatina Aisyah Publication.

Aqidatur Rofiqoh & Ibnu Hajar Ansori. 2017. Kisah-kisah (qasas) dalam al-Quran Perspektif I'jaz. QOF. Jil. 1 (1).

Hasan Abbās. 2007. Muḥaḍārāt fī ᶜUlūm al-Quran. Jordan: Darul Nafā’is.

Hasan Abbās. 2010. Qaṣas al-Quran al-Karīm. Jordan: Darul al-Nafāis.

Haziyah Hussin. 2017. Sumbangan Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang dalam peradaban tafsir di Malaysia. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa Islam dan Tokoh, 21 November 2017 di Bilik Senat UKM.

Al-Khalidi, Solah Abd al-Fattah. 2007. Ma’a al Qasas as-Sabiqun fi al-Quran. Damsyik: Darul Qalam.

Mannaᶜ al-Qattān. 2000. Mabāhith fī Ulūm al-Qurān. al-Qāhirah: Maktabah Wahbah.

Muhammad Akmal Mukhtar & Haziyah Hussin. 2015. Elemen haraki di dalam Tafsir Surah al-Kahf oleh Abdul Hadi Awang. Dalam Zul Izzi Ismail, Siti Fatimah & Siti Hafizah (suntingan). Prosiding Kolakium Antarabangsa Jejak Warisan Ilmu Islam (JEWARIS 2015) Malaysia – Brunei: 38-48.

Mohd Shahrizal Nasir & Nurazan Mohmad Rouyan. 2014. Qisah Qur'aniyyah dalam Surah al-Khafi Menyerlahkan Pengajaran ('Ibrah) dan Fadilat Surah. ‘Ulum Islamiyyah Journal. 14: 131-156.

Nuur Farhana. 2016. Sumbangan Tuan Guru Abdul Hadi kepada Penubuhan dan Perkembangan Maahad Darul Quran. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.

Walter J. Ong, 2002. Orality and literacy. New York: Routledge, Tylor & Francis Group.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM