Kesan Riwayat Asbab al-Nuzul yang Da’if dalam Tafsir Nurul Ihsan

Mohd Nazri Ahmad, Mohd Faizulamri Mohd Saad

Abstract


Tafsir Nurul Ihsan merupakan Tafsir Bahasa Melayu lengkap pertama yang dihasilkan oleh ulama Malaysia iaitu Muhammad Sa’id bin Umar yang dilahirkan pada tahun 1275h/1854m di Kampung Kuar, Jerlun, Kedah Darul Aman. Riwayat Asbab al-Nuzul telah mendominasi sebahagian kecil daripada tafsir ini. Riwayat-riwayat yang dikemukakan adalah data yang ditransformasi oleh penulis daripada hadith-hadith dan kitab-kitab tafsir yang tidak dijelaskan sumber pengambilan dan kedudukan serta tiada kritikan. Hasil kajian mendapati Muhammad Sa’id hanya merujuk dua kitab sahaja dalam menukilkan riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul iaitu Tafsir al-Jalalayn dan al-Futuhat al-Ilahiyyah atau lebih dikenali dengan Hashiyah al-Jamal. Kajian ini juga mendapati terdapat 174 riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul, 68 daripadanya adalah sahih dan 106 adalah da’if. Implikasi daripada kajian mendapati riwayat-riwayat Asbab al-Nuzul yang daif memberi kesan negatif terhadap pembaca dan juga kredibiliti tafsir ini sebagai rujukan utama bagi para pelajar dan masyarakat dan mengurangkan keautoritiannya untuk dijadikan rujukan terhadap riwayat-riwayat yang lain.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM