Status Golongan Habib Sebagai Keturunan Nabi SAW

Nur Adilah Amiruddin, Fadlan Mohd Othman

Abstract


Golongan Habib merupakan satu golongan yang terkenal di serata dunia Islam. Dengan metode dakwah yang tertentu dan dakwaan bahawa para Habib merupakan keturunan Nabi SAW menjadikan golongan ini lebih mendapat tempat dalam masyarakat. Namun, sehingga hari ini belum ada satu kajian khusus yang mengkaji tentang kesahihan dakwaan bahawa golongan Habib merupakan keturunan Nabi SAW. Oleh itu, kertas kerja ini dihasilkan bertujuan untuk mengkaji samada benar atau tidak para Habib ini merupakan keturunan Nabi SAW dan kesannya. Kajian ini menggunakan reka bentuk kualitatif jenis kajian kes yang mana proses pengumpulan data dilakukan melalui kaedah analisis kandungan dan sumber internet. Manakala, proses menganalisis data pula dilakukan dengan menggunakan kaedah deskriptif. Hasil kajian ini mendapati bahawa memang benar golongan Habib ini mempunyai salasilah keturunan yang bersambung kepada Nabi SAW dan mereka layak untuk mendapat penghormatan daripada umat Islam terutamanya jika para Habib berpegang teguh kepada al-Quran dan al-Sunnah serta meninggalkan perkara-perkara bidᶜah. Justeru, diharapkan kajian ini mampu membantu masyarakat untuk mengetahui status kedudukan Habib sebagai keturunan Nabi SAW dan apakah keistimewaannya.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM