Pendekatan Pengurusan Stres Berdasarkan Konsep al-Nafs: Kajian Terhadap Ayat-ayat al-Quran Terpilih

Siti Hasmah Muhamad Don, Asmawati Muhamad, Che Zarrina Sa’ari

Abstract


Pendekatan Pengurusan Stres Berdasarkan Konsep al-Nafs: Kajian Terhadap

Ayat-ayat al-Quran Terpilih

 

Stres boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira masa dan juga tempat. Ia juga boleh berlaku sama ada secara sedar mahupun tidak sedar. Secara amnya, stres turut mendatangkan kebaikan kerana ia dapat meningkatkan motivasi dan prestasi seseorang. Walaupun begitu, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada manusia, terutamanya jika ia berlaku secara berlebihan dan tidak dikawal dengan sebaiknya. Kajian ini memfokuskan kepada pendekatan pengurusan stres berdasarkan konsep al-nafs dengan penekanan kepada kajian ayat-ayat al-Quran terpilih. Pengkaji menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan mengaplikasi analisis dokumen dan analisis kandungan sebagai metodologi kajian. Hasil dapatan kajian mendapati bahawa al-nafs yang ada di dalam diri manusia sangat mempengaruhi penghasilan suatu tingkah laku termasuklah tingkah laku yang berkait dengan stres. Di samping itu, kajian juga memperlihatkan di dalam al-Quran kebanyakan ayat-ayat tentang pendekatan pengurusan stres adalah bersifat umum dan menyeluruh iaitu meliputi keadaan sedih, berputus asa, kecewa, resah dan sebagainya. Justeru, dengan mendalami ayat-ayat al-Quran tersebut terutamanya dalam konteks al-nafs ia dapat membantu seseorang untuk memahami isi kandungan ayat serta mengaplikasi pendekatan-pendekatan pengurusan stres dengan lebih berkesan. 

 

Stress Management Approach Based on the Concept of al-Nafs:

A Study of Selected Quranic Verses

 

Stress can be experienced by anyone regardless of time and place. It can also occur either consciously or unconsciously. In general, stress brings benefits because it can increase a person's motivation and performance. Even so, it can also have a detrimental effect on humans, especially if it occurs excessively and is not properly controlled. This study focuses on a stress management approach based on the concept of al-nafs with emphasis on the study of selected Qur’anic verses. The researchers used  qualitative  design by applying document analysis and content analysis as the study methodology.  Findings of this study indicated that al-nafs in the human body greatly affects the production of behaviour, including behaviour related to stress. In addition, the study also showed that  Qur’anic verses regarding stress management approaches are used in  broad context including sadness, bitterness, giving up, anxious, etc. Thus,  an indepth study of  the Qur’anic verses  in the context of al-nafs can assist a person for better understanding of the indicated messages in the revelation inasmuch as applying stress management approaches more effectively.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran al-Karim

Achmad Mubarok. 2000. Solusi Krisis Kerohanian Manusia Moden: Jiwa dalam al-Quran. Jakarta: Penerbit Paramadina.

Al-Bukhari, Abu cAbdullah Muhammad bin Ismacil al-Bukhari. 2012. Sahih al-Bukhari: al-Jamic al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar Min al-’Umur Rasul Allah Wa Sunanihi Wa Ayyamih. cAmman: Dar Afkar al-Dauliyyah.

Cox, Tom. 1978. Stress. Baltimore: University Park Press.

Hamka. 1983. Tafsir al-Azhar Juzu’ 11/ 13-14/ 20. Singapura: Pustaka Nasional.

Hatta Sidi dan Mohamed Hatta Shaharom. 2002. Mengurus Stress Pendekatan yang Praktikal. Kuala Lumpur: Dawama Sdn. Bhd.

Ibn Kathir, cIsmacil Ibn cUmar, (e.d) M. Abd Ghofar, Abd Rahim Mu’thi, Abu Ihsan al-Atsari. 2008. Tafsir Ibn Kathir Juzu’ 9-13/ 14-19/ 23-27 (Vol 4/5/6). Bogor: Pustaka Imam al-Shafici, 2008.

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khaizir Hj. Ismail, Kadar Mohd Yusof, Khairil Anwar, (e.d) Syaidatun Nazirah Abu Zahrin dan Jamsari Alias. 2019. Islam & Psikologi dari Perspektif Kemanusiaan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lazarus, Richard S. 1966. Psychological Stress and The Coping Process. New York: McGraw Hill.

M. Quraish Shihab. 2004-2005. Tafsir al-Misbah: Pesan, Kesan dan Keserasian al-Quran (Vol 5/ 7 /10). Jakarta: Lentera Hati.

Ma’arof Redzuan dan Haslinda Abdullah. 2004. Psikologi. Malaysia: McGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Mahmood Nazar Mohamed. 1992. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mangal, S. K. 2008. Abnormal Psychology. New Delhi: Sterling Publishers Private Limited.

Mohd Taib Hj. Dora, Hamdan Abd Kadir dan Sazelin Arif. 2006. Mengurus Stres: Atasi Stres daripada Memudaratkan. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Noor Izzati Mohd Zawawi, Fariza Md. Sham dan A’dawiyah Ismail. 2019. Stres Menurut Sarjana Barat dan Islam. International Journal of Islamic Thought 16: 85-97.

Rice, Philip L. 1992. Stress and Health. California: Brooks/ Cole Publishing Company.

Selye, Hans. 1974. Stres Without Distress. Philadelphia dan New York: J. B. Linpincott Company.

Stanton, Harry E. 2011. The Stress Factors, A Guide To More Relaxed Living. Random House.

Tawfiq, Muhammad cIzzuddin. 2012. al-Ta’sil al-Islami Li al-Dirasat al-Nafsiyyah. Iskandariah: Dar al-Salam Li al-Tibacati Wa al-Nashr Wa al-Tawzic Wa al-Tarjamah.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM