Sumbangan Darul Quran (Jakim) Terhadap Pengajian al-Quran dalam Kalangan Orang Kurang Upaya Penglihatan

Yusri Chek, Sabri Mohamad

Abstract


Penubuhan Darul Quran pada tahun 1966 adalah bertitik tolak sebagai sebuah institusi yang memperjuangkan ilmu-ilmu al-Quran khususnya dalam bidang tahfiz al-Quran. Malah, selain daripada memfokuskan pengajian bagi golongan biasa yang berpenglihatan, ia juga merangkumi kepada golongan OKU Penglihatan(OKUP). Justeru, kajian ini bertujuan melihat sumbangan Darul Quran terhadap pengajian al-Quran di kalangan Orang Kelainan Upaya Penglihatan. Di samping itu, kajian ini juga melihat secara ringkas perkembangan pengajian al-Quran OKU Penglihatan di Malaysia. Kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah dokumentasi, kepustakaan dan pensejarahan dalam mengumpul data kajian. Manakala, kaedah deskriptif digunakan dalam menganalisa data kajian. Kajian mendapati bahawa sememangnya Darul Quran telah banyak menyumbang terhadap perkembangan pengajian OKUP khususnya dalam Braille al-Quran. Ia meliputi sumbangannya dalam perkongsian kepakaran bersama agensi-agensi luar, penawaran program pengajian, bekerjasama dalam memperkukuhkan pengajian melalui program pengajian dengan institusi pengajian tinggi yang lain, menyemarak dan memperkukuhkan kajian berkaitan Braille al-Quran serta melalui sumbangan graduan alumni Darul Quran. Selain itu, penulis juga berharap agar pengkaji akan datang dapat meluaskan lagi aspek kajian kepada kajian terhadap pengajian al-Quran bagi OKU yang lain selain daripada OKU Penglihatan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM