Pengaruh Ilmu Qira’at dalam Pengajian Islam

Sabri Mohamad

Abstract


Ilmu qira’at adalah suatu ilmu yang sangat penting dan masyhur dalam pengajian Islam. Para ilmuwan dalam pelbagai disiplin ilmu Islam amat menyarankan agar ilmu qira’at perlu dikuasai sebaik mungkin kerana kedudukannya yang penting dalam senarai ilmu Islam. Bagi melestarikan dan mengekalkan kesinambungannya juga para ulama terus membicarakan, menyebarkan, menulis, mengkaji dan mempertahankannya melalui aktiviti-aktiviti penulisan dan penyebaran ilmu yang mewakili pelbagai kumpulan dan kelompok disiplin ilmu. Ulama yang berkecimpung dalam bidang ilmu ini atau mereka yang memuatkan bicara ilmu ini dalam karya-karya mereka, sentiasa berusaha untuk menyerlahkannya sebagai salah satu ilmu yang amat berperanan dan berpengaruh. Sejajar dengan kepentingan tersebut, artikel ini membicarakan pengaruh ilmu qira’at dalam beberapa ilmu pengajian Islam dengan menjadikan qira’at ‘asharah dan juga shadhdhah sebagai tunjang perbahasan. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengaruh qira’at yang dibicarakan oleh ulama secara langsung atau tidak, didapati dalam perspektif ilmu yang berbeza iaitu tafsir, akidah, fiqh, rasm al-Qur’an, bahasa Arab dan i‘jaz al-Qur’an.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM