Keselamatan Makanan: Kepentingan Kesedaran Pengguna Terhadap Halālan Ṭayyiban

Nurul Syahadah Mohamad Riza, Muhammad Naqib Hamdan, Mohd Farhan Md Ariffin, Nur Najwa Hanani Abd Rahman

Abstract


Keselamatan makanan menjadi keperluan penting untuk diperhatikan oleh semua pihak termasuk pengguna. Selain halal, tayyiban merupakan salah satu kriteria penting yang digariskan Islam dalam pemilihan makanan. Aspek tayyiban merangkumi pelbagai elemen sepanjang rantaian makanan termasuk elemen kebersihan, kualiti, keselamatan dan kesihatan. Kesedaran merupakan faktor penolak yang mendorong seseorang bertindak untuk melakukan sesuatu. Namun, pengetahuan dan kesedaran tentang keselamatan makanan dalam kalangan pengguna masih berada di tahap yang tidak memuaskan. Oleh itu, kajian ini tampil untuk meningkatkan pengetahuan tentang keselamatan makanan sekali gus menampakkan kepentingan kesedaran tentang pemahaman konsep halālan ṭayyiban yang sebenar kepada pengguna melalui nas agama. Kajian ini dipraktikkan secara kajian kualitatif melalui pendekatan kajian kepustakaan dan analisis dokumen sebelum menganalisis maklumat yang berjaya dikumpulkan menggunakan kaedah induktif dan deduktif. Kajian ini mendapati pengabaian aspek keselamatan makanan akan memberi kesan kepada individu sama ada dari sudut sains atau maqasid. Pelbagai inisiatif khususnya melalui teknologi dan media sosial perlu digiatkan bagi meningkatkan kesedaran tentang keselamatan makanan. Tambahan lagi, pengguna berperanan untuk mengelak pengambilan makanan yang boleh mengundang mudarat, bahaya dan penyakit kepada diri. Oleh itu, kesedaran tentang keselamatan makanan yang sejajar dengan sumber wahyu iaitu al-Quran dan Sunnah sangat penting untuk diterapkan dalam kalangan pengguna.

 

Food safety is an important requirement to be observed by all parties including consumers. In addition to halal, tayyiban is one of the most essential Islamic food selection factors. The tayyiban part of the food chain involves different aspects such as hygiene, quality, safety, and health. A person's awareness is a repellent aspect that motivates them to act. Consumer understanding and awareness of food safety, on the other hand, remains inadequate. As a result, this study appears to raise knowledge about food safety, demonstrating the necessity of raising consumer awareness about the genuine meaning of hallan ayyiban through religious texts. This study is conducted as a qualitative study using a literature review and document analysis methodology before analysing the data acquired using inductive and deductive methods. This study discovered that disregarding components of food safety has a scientific or maqasid impact on individuals. Various activities, particularly using technology and social media, must be stepped up to improve food safety awareness. Furthermore, consumers have a duty to play in avoiding food that can cause them harm, danger, or disease. As a result, raising consumer awareness of food safety in accordance with the source of revelation, the Quran and Sunnah, is critical.


Full Text:

PDF

References


Ahmad, Wan Esma Wan, and Hamdi Ishak. 2021. Prinsip Pemahaman dan Pengamalan Makanan Sunnah. Al-Turath Journal Of Al-Quran And Al-Sunnah 6, no. 1: 56-68.

Astro Awani. 22 Okt 2018. Laksa 'pembunuh': Bakteria salmonella dikesan dalam mi laksa. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/laksa-pembunuh-bakteria-salmonella-dikesan-dalam-mi-laksa-188897

Bahagian Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. t.t. Sihat Sepanjang hayat. https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/kchs/KCHS_2003/pdf/mediaCetak/BK_Sihat%20Sepanjang%20Hayat_BM.pdf

Berita Harian. 3 Jun 2020. Mangsa puding buih meninggal. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/695853/mangsa-puding-buih-meninggal

Ellinda-Patra, M.W. et al. 2020. Modeling of food safety knowledge, attitude, and behavior characteristics. Food Research 4 (4): 1045 - 1052.

Genevie E. R., et al. 2019. Predicting intention on safe food handling among adult consumers: A cross sectional study in Sibu district, Malaysia. Food Control 106, 106696, 1-8.

Halipah H. dan Hanani A. Z. 2019. Pemakanan dan implikasinya terhadap pembangunan Insan: satu analisis berdasarkan kitab fi zilal al-Quran. Borneo Akademika, UiTM Cawangan Sabah, 3(2), 1-10.

Jabatan Perangkaan Malaysia. 11 Ogos 2021. Indeks Volum Perkhidmatan Suku Tahun Kedua 2021. https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/cthemeByCat&cat=314&bul_id=Vk85dmJJTURtLzY5Nm1zOFdwNjFKUT09&menu_id=b0pIV1E3RW40VWRTUkZocEhyZ1pLUT09

Jabatan Perangkaan Malaysia. 29 Mac 2019. Statistik Ekonomi Tahunan 2018 Perkhidmatan Makanan dan Minuman.https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?r=column/pdfPrev&id=akpkbk10Q3lZZnRJdks0THdyOGh5QT09

Jan Mei Soon et al. 2020. Structural equation modelling of food safety knowledge, attitude and practices among consumers in Malaysia. PloS ONE 15(7): e0235870

Jan Mei Soon. 2018. Structural modelling of food allergen knowledge, attitude and practices among consumers in Malaysia. Food Research International 111, 674–681

Janie, B. S. L. 2014. Sanitasi dalam Penanganan Pangan. In: Sumber Kontaminasi dan Mikroba Indikator. Jakarta: Universitas Terbuka, 1-28.

July J. S. et al. 2017. Food safety knowledge and awareness of food handlers in school feeding programmes in Mpumalanga, South Africa. Food Control 73, 1397-1406.

Kenyataan Media Jabatan Perangkaan Malaysia. 12 Apr 2021. Penggunaan dan capaian ICT oleh individu dan Isi rumah 2020. https://www.dosm.gov.my/v1/uploads/files/5_Gallery/2_Media/4_Stats%40media/4-Press_Statement/2021/20210412-Kenyataan_Media-Penggunaan_dan_Capaian_ICT_oleh_Individu_dan_Isi_Rumah_2020.pdf

Ľudmila Nagyová et al. 2019. Consumers´ Awareness Of Food Safety. Potravinarstvo Slovak Journal of Food Sciences, vol. 13 (1), 8-17.

Mohamad Ridzuan, M. S., et al. 2020. Amalan Keselamatan Makanan dalam Kalangan Pengendali Makanan. Akademika 90, (Isu Khas 1/Special Issue), 87-101.

Mohd Farhan Md Ariffin. 2019. Isu keselamatan makanan menurut perspektif al-Hadith: Analisis terhadap perusahaan kecil dan sederhana di Lembah Klang. Doctoral dissertation, Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Muhammad Ali M. & Mohd Anuar. 2019. Aplikasi Forensik Halal dalam penentuan kandungan produk makanan bagi menangani jenayah berkaitan makanan halal, e-prosiding kolokium penyelidikan siswazah kebangsaan 2019, 271-277.

Norkumala A. 2020. Konsep Ḥalālan ṭayyiban: Aspek Ṭayyib Dari Perspektif Keselamatan Makanan. Journal of Islamic Economics and Law, 1(1), 27-34.

Ramalinggam R. et al. 2012. Global Perspectives on Consumer Protection Through Food Safety Law, Jurnal Undang-Undang Dan Masyarakat (JUUM), 16, 43-53.

Sibel B. 2020. Consumer knowledge, attitudes, and judgments about food safety: A consumer analysis. Trends in Food Science & Technology, 102, 242–248.

Yahaya, A. 2017. Keluarga dalam Pembentukan Moral. http://eprints.utm.my/id/eprint/6035/1/aziziyahmoral.pdf

Zalina Z. 2007. Isu-isu terkini tentang pengguna di Malaysia. Jurnal Syariah, 15:2, 45-60.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM