Justifikasi Qiraat Di Dalam Manuskrip Ta‘mim Al-Manafi‘ Bi Qiraat Al-Imam Nafi‘ Karangan Al-Tarmasi

Hayati Hussin, Abdul Rahim Ahmad, Zainora Daud, Muhammad Lukman Ibrahim

Abstract


Ilmu Qiraat merupakan suatu ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk membaca al-Quran dengan satu bentuk atau pelbagai bentuk bacaan yang berbeza. Bacaan tersebut seterusnya disandarkan kepada imam dan perawi yang menaqalkan riwayat bacaan itu. Kertas kerja ini merupakan suatu usaha untuk menilai justifikasi Qiraat yang terdapat di dalam manuskrip Tamim al-Manafi’' bi Qira’at al-Imam Nafi. Ia adalah sebuah manuskrip hasil karangan al-Tarmasiy, seorang ulama Nusantara terbilang di zamannya, di dalam pelbagai bidang. Metodologi kajian yang digunakan menjurus ke arah kajian kualitatif dengan mencakupi sumber maklumat daripada manuskrip  Ta’mim kitab-kitab Qiraat serta laman sesawang. Hasil kajian mendapati terdapat dua justifikasi yang terdapat di dalam manuskrip ini, iaitu bersifat individu dan kolektif. Selain daripada itu Qiraat-Qiraat di dalam manuskrip Tamim ini merupakan Qiraat yang sah lagi mutawatir.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM