Isu Dan Cabaran Pengelolaan Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran Secara Dalam Talian (Online) Di Institusi Tahfiz Swasta Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi, Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa

Abstract


Kelangsungan sistem pendidikan tidak boleh terhenti walaupun terdapat halangan bersemuka di kala pandemik COVID-19 termasuk dalam pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran. Pelaksanaan kelas tahfiz secara dalam talian menjadi pilihan utama semua institusi Tahfiz bagi memastikan kelas pengajian Tahfiz tidak terbantut. Kajian ini adalah bertujuan untuk meninjau pelaksanaan dan pengelolaan kelas pengajian Tahfiz al-Quran terutamanya maahad atau pusat Tahfiz swasta dalam tempoh pandemik Covid-19. Tinjauan yang dilaksanakan ini merangkumi lima (5) perkara utama iaitu isu dan cabaran dari aspek pentadbiran Institusi Tahfiz, corak pelaksanaan jadual harian rasmi hafazan al-Quran, pelaksanaan kelas tasmik hafazan baharu, pelaksanaan kelas murajaah hafazan mingguan dan hafazan lama dan masalah dan cabaran pelaksanaan kelas hafazan dalam talian. Dalam proses pemerolehan data, kajian ini secara sepenuhnya menggunakan pendekatan kualitatif iaitu menggunakan kaedah temubual separa struktur yang dilaksanakan secara dalam talian. Bagi prosedur temubual, seramai 49 orang responden dari 27 institusi Tahfiz yang terdiri daripada mudir (pengetua) dan guru tasmik dan diniah (agama) telah ditemubual. Dapatan menunjukkan pelbagai isu dan cabaran timbul iaitu kemudahan peranti yang terhad, liputan internet yang tidak memuaskan, penjadualan kelas, komitmen dan disiplin pelajar, kerjasama ibu bapa dan pencapaian pelajar. Ia sekaligus menyebabkan perjalanan pentadbiran sekolah terjejas sehingga terdapat pelajar yang berhenti dari meneruskan pengajian mereka. Kajian ini mencadangkan beberapa langkah dan tindakan yang boleh diambil bagi memastikan perjalanan kelas Tahfiz berlangsung dengan lebih baik dan menghasilkan pelajar kekal berkualiti walaupun pembelajaran terhad dalam talian.

 

The survival of the education system cannot be stopped even if there are obstacles faced during the COVID-19 pandemic, including in the management of Tahfiz al-Quran classes. The implementation of online tahfiz classes is the main choice of all Tahfiz institutions to ensure that Tahfiz classes are not stunted. This study aims to review the implementation and management of Tahfiz al-Quran study classes especially maahad or private Tahfiz centers during the Covid-19 pandemic period. This survey covers five (5) main items, namely issues and challenges from the administrative aspect of Tahfiz Institution, implementation pattern of the official daily schedule of memorizing the Quran, implementation of new memorization tasmik classes, implementation of weekly memorization murajaah classes, and old memorization and implementation problems and challenges. online memorization classes. In the process of data acquisition, this study fully uses a qualitative approach that is using a semi-structured interview method conducted online. For the interview procedure, a total of 49 respondents from 27 Tahfiz institutions consisting of mudir (principal) and tasmi and diniah (religion) teachers were interviewed. The findings show that various issues and challenges arise, namely limited device facilities, unsatisfactory internet coverage, class scheduling, student commitment and discipline, parental cooperation, and student achievement. It also affected the school administration so that some students stopped continuing their studies. This study suggests several steps and actions that can be taken to ensure that Tahfiz class journeys run better and produce quality students despite the limited online learning.


Full Text:

PDF

References


Abdul Hafiz Bin Haji Abdullah dan Nursafazilah Binti Maksom. 2016. Sistem Pengajaran dan Pembelajaran Madrasah Tahfiz al-Quran Darul Ta’alim, Kg Tengah Kluang. Dlm. Zulkifli Mohd Yakub bin Mohd Yusoff dan Nordin Ahmad (pnyt.). Memperkasa Generasi Penghafaz al-Quran. Darul Quran JAKIM: Selangor.

Ashraf Ismail, Khazri Osman, Nurul Hudaa binti Hassan. 2020. Cabaran Pengajaran Dan Pembelajaran Tasmik Hafazan Al-Quran Secara Atas Talian Sewaktu Pandemik Covid-19. Kertas kerja Bicara Dakwah Kali Ke 21: Dakwah Dalam Talian Semasa Pandemik.

Berita Harian. 1.7 Juta Pelajar Hadapi 'Miskin Digital'. 23 November 2020. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/11/757190/17-juta-pelajar-hadapi-miskin-digital.

Hayati Ibrahim dan Amir Abd Hamid. Kelas Online: 36.9 Peratus Murid Tak Ada Peranti. 22 Julai 2020. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/602634/kelas-online-369-peratus-murid-tak-ada-peranti

Mohd Fairuz Jafar, et.al. (2020). “Kesediaan pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19”. Seminar Darulaman 2020 Peringkat Kebangsaan. 20 Oktober 2020.

Mohd Faisal, Mohammad Zawawi & Rahimi (2008). Celik al-Quran: Cabaran dan Realiti dalam Pendidikan Islam di Sekolah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.

Mohd Syakir Bin Moktar Mohd Farid Bin Mohd Sharif. 2021. Kaedah Talaqqī Musyafahah Dalam Tilawah Al-Quran (Method of Talaqqī Musyafahah in Reciting Al-Quran). MANU Bil. 32 (1), 153-174, 2021 (Jun) E-ISSN 2590-4086

Nor Musliza binti Mustafa, Mokmin Basri. 2014. Perbandingan Kaedah Hafazan Al-Quran Tradisional Dan Moden: Satu Kajian Awal. Conference: Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014. Halaman: 827-834

Nor Salwana Mohd Idris, 2021. “COVID-19: Norma Baharu dalam Pengajaran dan Pembelajaran”. Unit Komunikasi Korporat, Pejabat Naib Canselor. Universiti Malaysia Pahang.

Nurul Huda Zainal Abidin, Najmiah Omar & Nor Hafizi Yusuf. (2019). Konsep dan pelaksanaan kaedah talaqqi dan musyafahah dalam pembelajaran al-Qur’an. Malaysian Journal for Islamic Studies, 3 (1).

Rohani Hj Ab Ghani. 2021. Pandemik Covid-19 Dan Norma Baru Dalam Pendidikan. https://www.researchgate.net/publication/349582245_Pandemik_Covid_19_dan_Norma_Baru_dalam_Pendidikan_di_Malaysia

Roslinda Rosli. 2020. Pembelajaran Norma Baharu Tingkat Profesion Guru Berita Harian Online Ogos 11, 2020 @ 11:00am. Atas talian 29 Oktober. https://www.bharian.com.my/

Sedek Ariffin, Mohd Zaini bin Zakaria, Muhamad Alihanafiah Norasid, Khadher Ahmad, Mohd Murshidi Mohd Nor, Amin Maulana. 2012. Membaca Hafalan 30 Juzuk Al-Quran Dalam Masa 15 Jam Tanpa Melihat Mushaf: Praktikal Di Pusat Tahfiz Al-Quran. Kertas kerja proceeding: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012. ISBN 978-967-5534-20-1 © 2012 Centre of Quranic Research (CQR)

Siti Azura Binti Abu Hassan, Suzana Binti Zainol Abidin, Zulkurnain Bin Hassan. 2021. Keberkesanan Pembelajaran Dan Pengajaran Dalam Talian (E-Pembelajaran) Terhadap Pembelajaran Pelajar Di Kolej Komuniti Hulu Langat. International Journal of Humanities Technology and Civilization (IJHTC). http://journal.ump.edu.my/ijhtc ISSN: 2289-7216 (PRINT), e-ISSN: 2600-8815 (ONLINE) IJHTC Issue 10, Vol 2 March 2021. Halaman 1-14.

Zetty Raihan Mohd Yassin. 2020. Menangani Cabaran Norma Baharu Pembelajaran Dan Pengajaran Era COVID-19. Ulasan Pakar UTM mengenai Isu Semasa COVID-19. Atas talian 30 Oktober 20202. https://news.utm.my/ms/2020/05/menangani-cabaran-norma-baharupembelajaran-dan-pengajaran-era-Covid-19/

Laman web: https://gadgetstouse.com/blog/2021/02/12/data-consumed-by-zoom-google-meet-skype-microsoft-teams-slack-and-hangouts/amp/. Diakses pada 9 Ogos 2021.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM