Sejarah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Mushaf al-Quran

Ahmad Salihin Nasaruddin, Latifah Abdul Majid

Abstract


Menelusuri sejarah pemeliharaan al-Quran daripada zaman permulaan turunnya wahyu di zaman Rasulullah SAW sehingga masa kini menunjukkan satu usaha murni yang bertujuan untuk menjaga dan melindungi kitab tersebut dari sudut fizikal dan isi kandungannya. Hal demikian terbukti sebagaimana yang telah disebut dalam al-Quran, hadith dan kisah para sahabat iaitu peristiwa sejarah yang mengandungi unsur yang boleh dikaitkan dengan pelupusan al-Quran. Walau bagaimanapun, perbincangan berkaitan pelupusan mashaf al-Quran perlu diteroka dengan lebih terperinci. Justeru, artikel ini mengkaji bagaimana bentuk pemeliharaan dan pemuliharaan mushaf dan bahan yang mengandungi ayat al-Quran dalam sejarah Islam. Reka bentuk kajian ini adalah kualitatif dengan kaedah pengumpulan data secara analisa dokumen seterusnya data dianalisis secara diskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa pemeliharaan al-Quran itu sendiri telah berlaku sejak zaman Rasulullah SAW dan titik permulaan sejarah pelupusan kitab suci al-Quran bermula pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, yang mana ketika itu semua mushaf dan lembaran catatan yang mengandungi al-Quran telah diarahkan untuk dibakar. Kajian ini memberi implikasi kepada para ilmuan yang membuat kajian bagi memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kewujudan dan perkembangan tentang perlupusan al-Quran.


Full Text:

PDF

References


Abu Mardhiyyah (pnys.). 2012. Sejarah al-Quran. Kuala Lumpur: Al-Jenderaki Enterprise.

Ahmad Muhammad, Ahmad Khalid & Khalid, Muhammad. 2001. Muqaddimat di ‘Ilm al-Qiraat. ‘Amman: Dar ‘Amman.

al-Bukhari, Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Isma‘il. 2008. al-Jami‘ al-Sahih al-Bukhari. Jiddah: Dar al-Minhaj.

Alias, A. (2013). Sains dan Teknologi dalam Ketamadunan Islam: Analisa Epistemologi dan Metodologi. Jurnal Al-Tamaddun Bil, 8(1), 51-66.

Asmawi bin Hj Ehsan. 2010. Ulum al-Quran. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid.

Azhar Idrus. 2011. Lupus Cebisan al-Quran. https://www.youtube.com/watch?v=NrDdxcLMP8U

Farahwahida Mohd Yusof, Arieff Salleh Rosman, Salwah Mahmood, Siti Hajar Mat Sarip & Teh Ubaidah Noh. 2013. Green Technolog y Management in the Muslim World. Jurnal Teknologi. Skudai: UTM Press.

Hakim Rosly. 2015. Adab Berdamping Dengan al-Quran. Terj. Al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran. Selangor: Publishing House Sdn. Bhd.

Mahmud Haji Harun, Muhammad Bukhari Lubis & Abu Hassan bin Abdul. 2016. Sejarah Penulisan Mushaf di Nusantara: Satu Kajian Perbandingan Antara Mushaf Istiqlal Indonesia Dengan Mushaf Tab’an Ain Al-Taqwa Malaysia. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Musharraf Hussain. 2012. Recyling Papers with Sacred Text. 22 September. https://www.musharrafhussain.com/recycling-papers-wit h-sacred-text/

Mohd Rahim Jusoh bin Musa. 2008. Tarikh al-Quran dan Rasm ‘Uthmani. Jil.1. Selangor: Pustaka Khodim al-Mushaf.

Noraida Nasir. 2020. Kaedah Pengurusan Pelupusan Bahan Al-Quran di Seremban: Satu Analisa dari Sudut Al-Quran dan Al-Sunnah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norizan Hassan, Hussin Salamon & Hasimah Abdul Rahman. 2016. Sumbangan Teknologi Hijau Dalam Ketamadunan Islam. Sains Humanika 8:3–2 (2016) 29–37. Johor: UTM Press.

Nur Hidayah Abdul Jabar, Zul Ilham, Shaikh Mohd Saifuddeen & Noor Naemah Abdul Rahman. 2016. Green Energy Towards Sustain ability from The Islamic Perspective. International Journal of Sustainable Future for Human Security. Vol.3, No.2

Nurul Jannah binti Zainan Nazri, Raudlotul Firdaus binti Fatah Yasin, Sofiah binti Samsudin, Natirah Azira binti Ghazali. 2018. Cyclic Process Approach for Disposing Islamic Literature Material In Malaysia: A Study. 9th UUM International Legal Conference. Th e European Proceedings of Social and behavioural Sciences.

Sabri Mohamad & Mohd Faizulamri Mohd Saad. 2017. Pengajian Ilmu Qiraat Quraniyyah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Solahuddin Bin Azuwa. 2017. The Effect of Shredded Paper as Partial Sand Replacement on Properties of Cement Sand Brick. Tesis Sarjana Muda. Pahang: UMP.

Syeikh Muhd Mujahid. 2013. Ensiklopedia al-Quran. Selangor: Must Read Sdn. Bhd.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM