Service-Learning Bersama OKU: Pengalaman Latihan Industri Pelajar FPI, UKM
Abstract
Service-Learning Bersama OKU: Pengalaman
Latihan Industri Pelajar FPI, UKM
Abstrak
Service Learning (S-L) merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berimpak tinggi yang telah menjadi amalan universiti terkemuka di dunia. Secara umumnya model S-L ini telah berkembang dan mengalami perubahan sejak tiga dekat yang lalu. Kajian-kajian yang dilakukan di barat menunjukkan S-L telah memberikan perkembangan yang menarik dan impak yang positif terhadap pelajar. Argumen dalam kertas kerja ini adalah: (1) model dan amalan S-L telah ada dalam al-Quran danal-Sunnah dan merupakan sebahagian daripada tradisi ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran Islam. (2) S-L juga memberi impak yang komprehensif merangkumi aspek intelektual, emosi, karakter dan spiritual. Kajian ini dilakukan secara kualitatatif berdasarkan nota refleksi responden yang terdiri daripadatiga orang pelajar Prasiswazah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia yang telah memberikan perkhidmatan kepada orang kurang upaya (OKU) semasa latihan industri. Dapatan menunjukkan perubahan dan impak positif dalam diri pelajar dalam aspek emosi, intelektual, karakter serta spiritual selepas mereka memberikan khidmat kepada OKU tersebut.
Kata Kunci: Service Learning, orang kurang upaya (OKU), Latihan Industri
Abstract
Service-Learning is listed as one of high impact educational practices in teaching and learning. It has been practiced by world ranking universities and the models themselves have developed and progressed in the last three decades. Studies on the practices of S-L in the west indicate interesting development and positive impacts of S-L on students in many ways. This article argues (1) S-L models and practices can be obtained from Muslim primary sources; the Quran and the Sunnah. (2) It also argues that the impacts of S-L on students are comprehensive; the changes include intellectual and emotional well-being, good character building as well as spiritual enhancement. Qualitatively, based on respondents’ reflection notes, this article explores the experience of three undergrads from the Faculty of Islamic Studies, National University of Malaysia who served people with disabilities during their placement training. The result shows that the students experienced positive changes in term of their emotional well-being, logical thinking, character building and also spiritual achievement after their S-L with the disadvanges.
Keywords: Service-Learning, people with disabilities, placement training.Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
__________________________________________________________
Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com
Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM