Kaedah Tafsiran al-Quran Halo-N di dalam Buku al-Fathun Nawa

Noor Hanisah Abdul Halim, Wan Nasyrudin Wan Abdullah

Abstract


Abstrak

Buku tafsir al-Fathun Nawa adalah sebuah karya yang dikarang oleh Halo-N atau nama sebenar beliau ialah Haji Ahmad Laksamana Bin Haji Omar. Buku al-Fathun Nawa ini merupakan sebuah buku kajian al-Quran yang mengandungi pentafsiran yang mengaitkannya dari sudut konteks ilmu duniawi dan ukhrawi. Namun, didapati pengarang menggunakan kaedah yang berbeza daripada kaedah ulama-ulama tafsir sebelum ini. Menurut Halo-N, ia adalah suatu kelainan yang ingin dibawa bersesuaian dengan sifat al-Quran sebagai sebagai ibu pencetus ilmu di semua bidang meliputi ilmu duniawi dan ukhrawi. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan buku tafsir al-Fathun Nawa dan mengkaji metode pentafsiran yang diaplikasikan dalam perbahasan buku ini. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk analisis kandungan. Analisis dokumen dan temubual bersama tokoh digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Kemudian, data-data tersebut dianalisis dengan menggunakan teknik deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pendekatan tafsir atau penghuraian ayat-ayat al-Quran yang diaplikasikan oleh Halo-N menggunakan kaedah tersendiri dan tidak menepati kaedah tafsir yang diaplikasikan dalam konteks tafsir bi al-ma’thur atau tafsir bi al-ra’yi dan tanpa berpandukan pada mana-mana rujukan jumhur ulama terutama dalam bidang tafsir. Implikasi kajian menunjukkan bahawa buku al-Fathun Nawa ini tidak sesuai dijadikan rujukan bagi masyarakat dalam memahami al-Quran dan seharusnya mencari rujukan yang lebih berautoriti yang telah disepakati kesahihannya bagi mengelakkan salah faham dan penyelewengan

Kata Kunci: Buku al-Fathun Nawa, Halo-N, tafsir bi al-ma’thur, tafsir bi al-ra’yi, penyelewengan

Abstract

The Book of al-Fathun Nawa written by Halo-N or his real name is Haji Ahmad Laksamana Bin Haji Omar. Al-Fathun Nawa, a book based on al-Quran contents which implies the interpretation from the context of worldly and the hereafter. However, the author had used different methodology compared to other interpretation scholars. According to Halo-N, it was a new methodology which follows the al-Quran as the main source of all fields of knowledge including worldly and the hereafter. Therefore, this study is to introduce al-Fathun Nawa and to examine the interpretation method that had been used in this tafsir. The study uses a qualitative approach with content analysis design. Document analysis and interviews with figures were used as a means of data collection whereby all collected data were analysed using descriptive techniques. The finding showed that the method of al-Quran’s interpretation that had been used by Halo-N was distinctive and not accordingly to the context of tafsir bi al-ma’thur or tafsir bi al-ra’yi and also not referring to any references by Quranic exegesis scholar (jumhur ulama) in the knowledge of Quranic exegesis. As the result of this study, al-Fathun Nawa is not relevant or suggested to be used in understanding the al-Quran and authority references need to be referred in order to avoid misunderstanding and deviation.

Keywords: The book of al-Fathun Nawa, Halo-N, tafsir bi al-ma’thur, tafsir bi al-ra’yi, deviation


Full Text:

PDF

References


Al-Quran al-Karim

Abdullah al-Qari. 2006. Detik-Detik Sejarah Hidup Tuk Kenali. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Abdullah al-Qari. 2009. Tuk Kenali Penggerak Ummah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Basmeih. 2000. Tafsir Pimpinan al-Rahman. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.

Anon. 2014. KDN Warta Perintah Larangan Penerbitan Terhadap Dua Buku. Utusan Malaysia, 11 Jun.

Atabik Luthfi. 2004. Penterjemahan dan Pentafsiran al-Quran di Indonesia; Kajian terhadap perkembangan metodologi dan penyelewengan pentafsiran. Tesis Dr. Fal, Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Halo-N. 2015a. Al-Fathun Nawa. Jil. 1. Batu Caves: Hafizul Publications.

Halo-N. 2015b. Khazanah Malaya. Jil. 1. Batu Caves. Hafizul Publications.

Halo-N. 2016a. Al-Fathun Nawa. Jil. 4. Batu Caves: Hafizul Publications.

Halo-N. 2016b. Halawa al-Fathun Nawa. Batu Caves: Hafizul Publications.

Halo-N. 2016c. Tadabbarul Qurana Tartila. Batu Caves. Hafizul Publications.

Halo-N. 2016d. Patisari Khazanah Malaya. Batu Caves. Hafizul Publications

Halo-N. 2016e. Metodologi Penulisan dan Pentafsiran Buku al-Fathun Nawa. Bangi.Temubual, 20 Oktober.

Ibn Taymiyyah, Taqi al-Din Ahmad ibn Abd al-Halim. t.th. Usul al-Tafsir. t.tp. t.pt

Ibn Taymiyyah, Taqiu al-Din Ahmad ibn Abd Halim. 1989. Muqaddimah fi Usul al-Tafsir. Terj. Su’di Sa’ad. Jakarta: Pustaka Panjimas.

Manna’ al-Qatan. 1997. Mabahith fi ‘Ulum al-Quran. Kaherah: Maktabah Wahbah.

Mazlan Ibrahim, Kamaruddin Salleh & Muhd Najib Abdul Kadir. 2013. Modernis Melayu dan Tafsiran al-Quran. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Thameem Ushama. 2000. Metodologi Tafsir Al-Quran. Terj: Hasan Bashri & Amroeni. Jakata: Penerbitan Riora Cipta.

Internet

http://www.hafizul.com.my/ [25 November 2016].

http://www.gusipeaceprizeinternational.org/past-laureates.html [24 November 2016].

http://wpf-unesco.org [27 November 2016].

http://www.wpf-unesco.org/eng/univ/prof.htm [27 November 2016]


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM