Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam

Nasarudin Desa @ Man, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Sabri Mohamad

Abstract


Menangani Keruntuhan Akhlak Masa Kini Menurut Islam

Abstrak

 

Al-Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengubah akhlak seluruh manusia. Akhlak sangat penting dalam  mencorakkan kehidupan setiap individu kerana ia menentukan tingkahlaku dan perbuatan sama ada baik atau sebaliknya. Masyarakat kita pada hari ini dicemari dengan pelbagai krisis akhlak merangkumi tingkah laku dan perbuatan tidak bermoral seperti berkelakuan tidak sopan di tempat awam, sumbang mahram dan zina yang akhirnya menyebabkan kelahiran anak luar nikah. Hal ini menggambarkan betapa masyarakat kita sedang berhadapan dengan masalah keruntuhan akhlak yang sangat serius. Kajian ini dibuat bagi mencari penyelesaian terhadap masalah keruntuhan akhlak melalui pendekatan perspektif al-Quran dan al-Sunnah. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini ialah kajian kepustakaan iaitu dengan menganalisis dokumen-dokumen seperti jurnal, artikel dan penulisan ilmiah berkaitan. Kajian mendapati terdapat beberapa dalil al-Quran dan al-Hadith yang boleh menjadi benteng utama dan digunakan bagi tujuan menangani masalah keruntuhan akhlak. Sehubungan itu, keruntuhan akhlak masa kini dapat ditangani sekiranya masyarakat berpegang teguh dengan ajaran Islam sebenar.

 

Addressing Today’s Moral Decline According to Islam

Abstract

Qur'an is the words from Allah revealed to Prophet Muhammad P.B.U.H to change the manners of all humankind. Manners are very important in shaping the lives of every individual as it determines behavior and deeds whether good or not. Our society today is tainted by various moral or manners crises involving behavior and immorality such as impolite behavior in public, incest and adultery which ultimately causes the birth of illegitimate child. This illustrates how our society is dealing with a serious problem of moral decline. This study was conducted to find a solution to the problem of moral decline through the perspective of the Qur’an and al-Sunnah. The methodology used in this study is the study of literature by analyzing documents such as journals, articles and related academic writing. The study found that there are some Qur'anic verses and al-Hadith that can be the main fortress and can be used to address the problem of moral decline. In this regard, today's moral decline can be addressed if the community holds truly to the true teachings of Islam.


Full Text:

PDF

References


al-Quran al-Karim. Terjemahan dan Huraian Maksud. Maulana Abdullah Yusuf.

Ali. Perterjemah dan Kata Pengantar Abu Salah ‘Uthman El Muhammady .1992. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Abdul Majid bin Omar Timbalan Mufti Selangor, 2012. Kertas kerja ini dibentangkan pada Kempen ‘Sah Nikah, Sah Nasab', anjuran Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti, JAKIM, 18 Mac 2013, di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor. 1

Abdul Rahman bin Haji Abdullah. 2007. Sejarah dan Tamadun Islam. Pustaka Darussalam.

Ahmad Munawar Ismail & Mohd Nor Shahizan Ali. 2011. Media penyiaran: implikasinya dalam pembentukan akhlak penuntut-penuntut melayu di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia, Akademika 81(3).

Ainul Bashirah Bt Ismail, Zuliza Bt Mohd Kusrin, Mat Noor Mat Zain. 2012. Kesalahan Khalwat Dan Perbuatan Tidak Sopan Dan Hukumannya Menurut Islam, Jurnal Hadhari 4 (2).

Azyyati Mohd Nazim, Fariza Md. Sham & Salasiah Hanin Hamjah. 2013. Ciri-ciri remaja berisiko: kajian literatur, Islamiyyat 35(1). 111 – 119.

al-Ghazali, Abu Hamid. t.th Ihya’ ulum al-Din, j.3. Mesir: al-Maktabah al-Tawfiqiyyah.

al-Ghazali. 1996. Bimbingan Mukmin. Syed Ahmad Semait (terj.) Singapura: Pustaka Nasional.

Al-Mubarkafuri, Safiyurrahman, al-Rahiq al-Makhtum. 2010. Mesir: Dar al-Wafa’,

Johari Yaman & Azhari bin Hj Ibrahim. 2010. terj. Bimbingan Mukmin. Nadi Minda Resoucers.

Malik b. Anas Abu Abdullah Al-Asbahi. Muwattoq Al-Imam Malik. Dar Ihya Atturas Al-Arabi. Misri. Juzuk 2. 381

Micheal H. Hart. 1978. The 100: a Ranking of the Most Influential Persons in the History. New York: Carol Pub. Group, h. 3

Mohd. Nasir. 2005. Akhlak dan Kaunseling Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Nor Azah Abd Aziz, Che Zarrina Saari.2011. Menangani Permasalahan Laman.

Web Pornografi: Antara Perisian Penapis, Penguatkuasaan Undang-undang dan Amalan Spiritual, Journal of Islamic and Arabic Education, 3(1).

Nurul Husna Rosidi. 2017. Akhlak remaja Melayu semakin meruncing. http://www.utusan.com.my/rencana/forum/akhlak-remaja-melayu-semakin-meruncing-1.478633#ixzz55UaETUS3[08 Mei 2017]

Faizah Hj Ismail. 2007. Kedudukan Mazhab Syafi’i dalam undang-undang jenayah islam di Malaysia, Jurnal Fiqh: No. 4. 237-250.

Yusuf al-Qardhawi. 2012. Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan. Terj. Ustaz Mohamaz Zaini Yahaya. Penerbitan Seribu Dinar. 137

Sayyid Qutb. 2009. Di Bawah Naungan al-Quran. Siddiq Fadhil (terj.). Kuala Lumpur: Percetakan Kong Lee.

Siti Zalikhah Md Nor et al. al- Syariah. Fiqh Jenayah. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Zubaidah Ismail. 2008. Dasar penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah syariah di Malaysia: satu analisis, Jurnal Syariah, Jil. 16, Keluaran Khas. 537-554.

S. M. Ziauddin Alavi.1988. Muslim Educational Thought in the Middle Ages, Atlantic Publishers & Distri.

Zaini Nasohah. 2008. Beberapa Aspek Mengenai Hukuman Jenayah dalam Islam.

Arahan Tetap Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri. 2007. Garis Panduan Penguatkuasaan Undang- Undang Jenayah Syariah.

Arahan Tetap Pengarah JAIS 2002 (Pindaan 2004).

Kamus Dewan Edisi Keempat, Dewan Bahsa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2007.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM