Ciri-ciri Penulisan Jawi Braille bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan di Malaysia

Fatimah Nazihah Mohd Nazir, Tengku Intan Zarina Tengku Puji, Latifah Abdul Majid

Abstract


Tulisan Jawi telah diterima sebagai alat yang digunakan bagi memudahkan penyebaran agama Islam dalam kalangan masyarakat Melayu satu ketika dahulu dan masih digunakan dalam pelajaran Agama Islam.  Masyarakat Melayu termasuk yang mengalami masalah penglihatan amat menghargai tulisan ini kerana ia merupakan jambatan memahami Islam dan Quran. Sehubungan itu, pelbagai pendekatan telah dilakukan seperti mentranskrip bahan Jawi Braille semakin mendapat perhatian di Malaysia. Namun, masih wujud kekurangan bahan rujukan pengajaran dan kelemahan penguasaan Jawi Braille dalam kalangan guru-guru yang mengajar Pendidikan Islam bagi Murid Berkeperluan Khas Masalah Penglihatan. Justeru artikel ini menjelaskan ciri-ciri tulisan Jawi Braille, perbandingan antara tulisan Jawi Braille, Jawi biasa, dan al-Quran Braille. Metodologi kajian ini ialah analisis kandungan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa wujudnya persamaan di dalam Jawi Braille dan Jawi biasa dari sudut ejaan.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM