Keberkesanan Kaedah al-Matien dalam Pembelajaran Tilawah al-Quran

Haziyah Hussin, Masitah Ismail

Abstract


Keberkesanan Kaedah al-Matien dalam Pembelajaran Tilawah al-Quran

Abstrak

Kaedah Iqra’ merupakan teknik yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah-sekolah Malaysia bagi membolehkan murid dapat membaca al-Quran dengan cepat. Namun begitu isu kelemahan penguasaan murid dalam tilawah al-Quran secara bertajwid masih tidak dapat diselesaikan. Hal ini mendorong inovasi dan penciptaan kaedah dan teknik pengajaran al-Quran yang baharu. Kaedah al-Matien merupakan satu modul pengajaran al-Quran yang menekankan penguasaan bacaan dan tajwid secara serentak. Artikel ini bertujuan mengkaji keberkesanan kaedah al-Matien secara empirikal dalam pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk kuasi eksperimen dalam ujian pra dan pasca ke atas 30 orang responden di Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. Data kajian dianalisis menggunakan ujian t berpasangan ke atas kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam penguasaan bacaan al-Quran bagi kumpulan yang menggunakan Kaedah al-Matien berbanding dengan kumpulan kawalan. Selain itu, keupayaan murid menguasai ilmu tajwid secara teori juga lebih tinggi iaitu 66.7% mendapat gred A, berbanding 6.7% sahaja dari kumpulan kawalan. Kaedah al-Matien mempunyai kelebihan yang tersendiri justeru ia wajar dipertimbangkan untuk dilaksanakan sebagai modul pengajaran al-Quran dalam arus perdana.

Kata Kunci: Kaedah al-Matien, Tilawah al-Quran, ilmu tajwid, Kaedah Iqra’, inovasi

 

The Effectiveness of the al-Matien Method in the Learning of Quranic Recitation

 

Abstract

Iqra' method is a technique applied in the teaching and learning of Quran in Malaysian schools to enable students to read the Quran quickly. However, the issue of weakness in the mastery of the students in the Quran is still not resolved. It encourages the innovation and creation of new Quranic teaching methods and techniques. The method of al-Matien is a teaching module of the Quran that emphasizes the mastery of readings and tajwid simultaneously. This article aims to examine the effectiveness of al-Matien's method empirically in the teaching and learning of the Quran in schools. This study used a quantitative quasi-experimental approach in the pre and post-test of 30 respondents at Sekolah Kebangsaan Wawasan Seremban 2. The data were analyzed using paired t test on an experimental group and a control group. The findings show that there is a significant difference in the ability to read the Quran for group using the al-Matien method compared to the control group. In addition, students' ability to master the tajwid in theory is also higher, ie 66.7% obtained Grade A, compared to 6.7% from the control group. The al-Matien method has its own advantages and it is desirable to be considered as a Quranic teaching module in the mainstream.

Keywords: al-Matien Method, Quranic Recitation, Science of Tajwid, Iqra’ Method, innovation


Full Text:

PDF

References


As’ad Humam. 1998. Iqra’ Cara Cepat Belajar Membaca al-Quran Resam Uthmani. Selangor: Darul Kitab Sdn. Bhd.

Haraki. 2018. Sejarah Penubuhan. [http://haraki.my/v2/mengenai-kami/]. 28 Oktober 2018.

Ismail Abd. Rahman. 1992. Pendidikan Islam di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2004. Buku Panduan Perlaksanaan Program Iqra’ dan Jawi Enam Bulan Pertama. Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Masitah Ismail. 2017. Aplikasi Kaedah al-Matien dalam pengajaran al-Quran di Sekolah Kebangsaan Wawasan, Negeri Sembilan. Disertasi Sarjana Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Aderi Che Noh. 2011. The practice of teaching recitation of Quran: a review on the perception of teachers at daily secondary schools in Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education, 1(1): 57- 72.

Mohd Aderi Che Noh. 2004. Celik al-Quran di kalangan pelajar tingkatan satu Zon Pudu, Kuala Lumpur.Projek Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, UKM

Mohd Mukri Abdullah. 1994. Keberkesanan Iqra’ sebagai kaedah pembelajaran membaca al-Quran. Prosiding Isu Semasa Pengajian Quran dan Sunnah. Kolej Universiti Islam Malaysia.

Mohd Naim Mat Salleh. 2003. Pencapaian tilawah al-Quran melalui Kaedah Iqra’ di sekolah-Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Setiu, Terengganu. Projek Penyelidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Zamri Mohd Zainuldin & Mohd Wahid Abd. Hanif. 2016. Mantap Mengaji dengan Formula Tajwid Ringkas dan Mudah Kaedah al-Matien. Cet. 11. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Muhadjir, Arwani & Md Iskandar. 2001. Kaedah Cepat Membaca al-Quran al-Barqy (secepat kilat). Kuala Lumpur: Riyaadhul Ameen Sdn. Bhd.

Norsyida Binti Md Zin. 2014. Kaedah Bacaan al-Quran Teknik Iqra’ dan al-Baghdadi di Kuala Lumpur: Kajian Perbandingan. Disertasi Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya.

Yusman Nizar. 2000. Pengajian al-Quran dengan Sistem Qiraati di Taman Qiraati Bangi. Projek Penyelidikan, Fakulti Pendidikan UKM.

Halim Tamuri, Ahmad Munawar Ismail¸ Amal Hayati Md. Noor & Mohd Izzuddin Mohd Pisol. 2013. Penilaian Guru terhadap Pelaksanaan Model-Model Tilawah al-Quran Program j-QAF 1AB. International Journal of Islamic Thought. Vol. 3 (June): 1-17


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM