Metodologi Haji Abdullah al-Qari dalam Penulisan Buku Bidang Hadis

Nik Md Saiful Azizi Nik Abdullah, Rabi'atul Athirah Muhammad Isa

Abstract


Metodologi Haji Abdullah al-Qari dalam Penulisan Buku Bidang Hadis

Abstrak

Artikel ini membicarakan metodologi Haji Abdullah al-Qari dalam karya penulisan buku bidang hadis. Kajian ini membincangkan secara ringkas biografi dan karya hadis beliau. Rekabentuk kajian bersifat kualitatif ini menggunakan kaedah temu bual semi struktur bersama responden dan analisa dokumen. Karya yang dianalisis ialah buku-buku agama beliau dengan menggunakan kaedah tematik. Dapatan kajian mendapati sejumlah besar buku dan karya al-Sunnah beliau dalam pelbagai disiplin ilmu seperti: Aqidah (7), Ibadah (18), Perubatan (3), Bidang Tasawwuf (2), Bidang Dakwah dan Motivasi (6), mengenai Surah dalam Al-Quran (2), mengenai Wanita (1), Kekeluargaan dan Sosial (2), Bidang Kajian Hadis (1), Bidang Pertanian (1). Haji Abdullah Al-Qari menggariskan beberapa panduan serta mengaplikasi pelbagai metod dalam menghasilkan karyanya. Di antara metodologi yang digunakan oleh beliau ialah bermula dari langkah memilih tajuk buku dan memulakan buku dengan kalimah Bismillah, Tahmid dan Selawat, merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah, menggunakan fakta yang benar dan sebagainya. Dapatan ini menunjukkan bahawa Haji Abdullah al-Qari merupakan seorang penulis prolifik dan ulama yang terkemuka. Pemikiran dan sumbangannya dalam bidang pendidikan al-sunnah di alam Melayu amat besar dan hasil karyanya yang meliputi pelbagai bidang sangat bernilai kepada bangsa Melayu Islam dan juga kepada negara. Adalah menjadi tanggungjawab ahli akademik dan penuntut ilmu Islam untuk mengkaji kitab-kitabnya agar segala ilmu yang berfaedah di dalamnya dapat dimanfaatkan oleh generasi kini dan akan datang. Ia juga dapat dimanfaatkan bagi menjaga ketulenan ajaran Islam dan mengembangkannya di masa akan datang.

 

The Methodology of Haji Abdullah al-Qari in Writing Hadith Books

Abstract

This article discusses Haji Abdullah al-Qari's methodology in writing the books of hadith. This study is a brief discourse of his biography and writings of hadith. This qualitative study   employs semi-structured interview method and document analysis. His writings were analysed thematically. It has been found that a large number of his prophetic books covered various disciplines such as: Aqidah (7), Worship (18), Medicine (3), Tasawwuf (2), Dakwah and Motivation (6), Surah in Quran (2), Women (1), Family and Social (2), Hadith Studies (1), Agriculture (1). Haji Abdullah Al-Qari outlined some guidelines and applied various methods in producing his works. Among the methodologies employed by Haji Abdullah Qari were by selecting the title of the book,  start his writings by reciting Bismillah, Tahmid and Salawat, referring closely to the Quran and the Al-Sunnah and utilizing key facts.  This finding also shows that Haji Abdullah al-Qari was a prolific writer and well-known Islamic scholar. He contributed significantly to the education of al-Sunnah amongst Malays. His works covered various fields of life which are invaluable to the Muslim Malays, Islam and Malaysia. It is the responsibility of academics and scholars of Islam to study his books and spread   useful knowledge for the present and future generations. It can also be used to preserve the purity of Islamic teachings and further develop it in the future.


Full Text:

PDF

References


Abdullah Al-Qari. 2006d. Bagaimana Menulis dan Menterjemah Buku-Buku Keislaman Bermutu. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers.

Abdullah. 2010b. Mari Membaca Al-Quran dengan Menangis. Al-Hidayah Publications

Abdullah. 2010c.Rahsia Penyelamat Milik Harta. Al-Hidayah Publications.

Abdullah. 2010d. Ketokohan Dato’ Mufti Haji Muhammad Nor, Penambang dalam Angkatan Ulama’ dan Pengarang Nusantara. Pustaka ASA (Angkatan Sayap Islam).

Abdullah. 2011a. Marilah Mengagung dan Menyayangi Junjungan Nabi SAW. Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd.

Abdullah. 2011b. Hakikat Iltizam Tetap Mengikut Sunnah Nabi SAW. Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

Abdullah. 2011c. 74 Intisari Tanda-tanda Hampirnya Kiamat. Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd.

Abdullah. 2011d. Mencari Hakikat dan Dasar-dasar Ikhlas. Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

Abdullah. 2012a. Amalan dan Wirid Mudah Bersalin. Al-Hidayah Publications.

Abdullah. 2012e. Sembahyang Nabi SAW Paling Mudah Menurut Hadis-Hadis Shahih. Al-Hidayah Publications.

Abdullah. 2013b. Mari Berubat dengan Al-Quran. Al-Hidayah Publications.

Abdullah. 2013c. Kelebihan dan Rahsia Puasa-puasa Sunat Menurut Sunnah Nabi SAW. Al-Hidayah Publications.

Abdullah. 2014a. 77 Manusia Bakal Berlindung Di Bawah ‘Arasy Ar-Rahman Di Hari Kiamat. Al-Hidayah House of Publishers Sdn Bhd.

Abdullah. 2015. Biografi Hj Abdullah Al-Qari, Sumbangan dalam Bidang Penulisan serta Metodologi Penulisan Beliau. Kelantan. Temu bual. 30 November.

Abdullah. 2016. Biografi Hj Abdullah Al-Qari, Kelantan. Temu bual. 2 Julai.

Afifah Ahmad Najib. 2012. Haji Abdullah Al-Qari: Sumbangan Beliau Dalam Bidang Penulisan. Syukbah Hadis. Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Afifah Ahmad Najib. 2014. Haji Abdullah Al-Qari: His Contribution in His Writing about Alternative Medical Studies Based on Islam. Penulisan Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pengajian Al-Qur’an dan As-Sunnah. USIM.

Ahmad Najib. 2015. Metodologi Penulisan Hj Abdullah Al-Qari, Kelantan. Temu bual. 2 Disember. Ahmad Najib. 2016. Biografi Hj Abdullah Al-Qari.10 Julai.

Dewan Bahasa dan Pustaka, http://prpm.dbp.gov.my/

Fauzi bin Deraman. 2009. Pengajian Hadis di Malaysia Tokoh Karya Institusi. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Muhammad Yunan Hj Mahmood, Biodata 100 Tokoh Guru Maahad Muhammadi, Keluaran Persatuan Bekas Pelajar (AMM) Maahad Muhammadi.

Mustaffa Abdullah. 2009. Khazanah Tafsir Di Malaysia. Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Nasibah Binti Ahmad Najib. 2016. Kajian Terhadap Karya-Karya Haji Abdullah Al-Qari Dalam Bidang Penulisan Al-Sunnah. Penulisan Latihan Ilmiah Sarjana Muda Pengajian Al-Qur’an dan As-Sunnah. Universiti Kebangsaan Malaysia

Nik Md Saiful Azizi Bin Nik Abdullah. 2016. Haji Abdullah Al-Qari dan Sumbangan Dalam Dakwah Al-Sunnah di Nusantara. (Kertas Kerja Seminar Warisan Al-Quran & Al-Sunnah SWAN16. Universiti Fatani 2016.

Nik Md Saiful Azizi Bin Nik Abdullah. 2018. Methodologi Haji Abdullah Al-Qari Dalam penulisan Al-Sunnah. (Kertas Kerja Seminar Warisan Al-Quran & Al-Sunnah Thurat Islami SIWAT18. Universiti kebangsaan Malaysia. 2018.

Tasnim Abdul Rahman. 2004. Sumbangan Abdullah Al-Qari Dalam Bidang Tajwid Al-Quran; Kajian Tentang Karyanya: Kursus Qari’ dan Qari’ah. Penulisan Latihan Ilmiah Diploma Syukbah Qiraat. Darul Qur’an. Selangor.

Zulkifli Haji Mohd Yusoff. 2008. Abdullah Al-Qari (AQHAS) dan Sumbangannya Dalam Menguak Prospek Pengkajian Al-Quran Tanah Air. (Kertas Kerja Seminar Warisan Al-Quran & Al-Hadis Nusantara). Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). 27-28 Ogos 2008.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM