AL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-SUNNAH
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath

AL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-SUNNAH

This Malaysian edition of Al-Turath is published by Research Centre for al-Quran and al-Sunnah, Faculty of Islamic Studies, The National University of Malaysia (University Kebangsaan Malaysia UKM). This journal is published biannually (June and December) in Malay, English and Arabic. The published articles as well as comments, research reports, book reviews, conference papers and others are in al-Quran and al-Sunnah as well as in other fields written from Islamic perspectives. All opinions given in the articles are not necessarily representing the Editorial Board and the centre.
en-USAL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-SUNNAH0128-0899
Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
PERSPEKTIF PSIKOSPIRITUAL ISLAM TERHADAP MASALAH SPIRITUAL REMAJA BERISIKO
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/290

Remaja berisiko dikenali sebagai mereka yang bertingkah laku dan melakukan perbuatan yang melanggar undang-undang, peraturan atau norma masyarakat bermula daripada kesalahan ringan seperti ponteng sekolah, merokok, buli dan sebagainya yang akhirnya mendatangkan kemudaratan kepada komuniti dan persekitaran. Sekiranya tidak dibendung, perkara ini akan menjadi suatu kebiasaan dan akhirnya akan mencetuskan jenayah yang lebih berat seperti merompak, penyalahgunaan dadah, seks bebas, pornografi dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan oleh pelbagai faktor yang mempengaruhi remaja sehingga mereka terjebak dengan anasir luar yang akhirnya menjajah pemikiran dan tindakan mereka. Dari sudut disiplin ilmu psikospiritual Islam, pemikiran dan tindakan seseorang itu dipengaruhi oleh spiritualnya yang disebut juga sebagai jiwa. Spiritual yang solid dengan ilmu pengetahuan dan amal soleh mampu menjadi benteng kuat dan menghalang seseorang remaja daripada terjebak dengan perkara yang tidak baik bahkan dapat mendorongnya melahirkan tingkah laku yang positif. Begitu juga sebaliknya, tindakan dan perlakuan yang bermasalah tercetus di kalangan remaja berisiko adalah kerana spiritualnya yang bermasalah. Justeru itu, artikel ini ingin mengenalpasti perspektif psikospiritual Islam terhadap masalah spiritual remaja berisiko. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penelitian terhadap tinjauan litetaratur atau kajian kepustakaan terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa masalah spiritual remaja berisiko dari sudut pandang psikospiritual Islam seperti al-halu’ (keluh kesah), hubbu al-dunya (cinta dunia), hasad dan sebagainya.
Nurul Shuhadah Md YahyaMohd Manawi Mohd Akib
Copyright (c) 2023 AL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-SUNNAH
2023-12-282023-12-2882111PASCANILAI PELAKSANAAN KELAS KHAS KEMAHIRAN MEMBACA DAN MENGHAFAZ AL-QURAN (KKQ): CABARAN DAN STRATEGI
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/291

Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz al-Quran (KKQ) merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperkasakan penguasaan kemahiran al-Quran dalam kalangan murid dari aspek kemahiran Tarannum, Hafazan, Tajwid, Ulum al-Quran, Rasm Uthmani dan Qiraat al-Sabci. Walaupun kewujudan program KKQ ini sudah mencapai tiga dekad, namun sejauhmanakah pencapaian pelaksanaan program KKQ ini dalam meningkatkan kemahiran membaca al-Quran? Oleh itu, satu sorotan dilakukan untuk mengenal pasti pencapaian sepanjang 36 tahun pelaksanaannya dan cabaran yang dihadapi serta strategi yang boleh diambil untuk menambahbaik atau meningkatkan kualiti program KKQ ini. Sorotan ini berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan sebagai reka bentuk kajian. Fakta dan hujah yang diperoleh daripada sumber primer dan sekunder diteliti, dinilai serta dianalisis. Hasil sorotan ini mendapati dua isu yang timbul iaitu keprihatinan pengurusan sekolah dan tahap penguasaan guru dan murid. Cabaran keprihatinan dan kebajikan guru KKQ, keperluan KKQ, minat murid, kemahiran dan pedagogi guru, jadual waktu dan sukatan pelajaran KKQ perlu diatasi. Justeru, cadangan pendekatan dan strategi pematuhan garis panduan pelaksanaan KKQ, dorongan berterusan dan pupuk minat murid, menyusun jadual bersistematik, penambahan lantikan guru KKQ, semakan semula kurikulum dan buku teks, manfaatkan guru muda, memperkasa latihan guru dan mempelbagaikan kaedah pengajaran perlu diambil cakna dan tindakan oleh pihak berkepentingan sama ada di peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mahupun di peringkat pelaksana program KKQ ini di sekolah agar matlamat melahirkan murid yang berkemahiran dan cintakan al-Quran dapat dicapai dengan jayanya
Zulkifli Abd MubiHaziyah HussinSabri Mohamad
Copyright (c) 2023 AL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-SUNNAH
2023-12-272023-12-27821224METODOLOGI AL-QADHI EMADUDDEEN AL-KINDI (W: 741H) DI DALAM TAFSIRNYA: AL-KAFEEL BI MA’ANI AL-TANZIL
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/292

Al-Quran adalah kalam Allah yang diturunkan kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W sebagai mukjizat hingga hari kiamat. Para ulama telah meluangkan banyak waktu dan usaha mereka bagi menggali segala yang berharga di dalam al-Quran dan seterusnya menyebarkannya dengan pelbagai cara. Di kalangan mereka, ada yang menggunakan metodologi penelitian serta komentar kepada kitab yang terdahulu daripada mereka seperti Al-Qadhi Emaduddeen al-Kindi. Al-Kindi telah meneliti kitab al-Kashshaf karya al-Zamakhshari serta memberi komentar dari pelbagai sudut. Justeru, penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk membahas metodologi tafsir al-Quran yang digunakan oleh al-Kindi dalam karyanya yang terkenal, Al-Kafeel bi Ma’ani al-Tanzil." Penulis menggunakan kaedah kajian kepustakaan dan kajian kualitatif serta analisis tematik untuk mengkaji latar belakang al-Kindi dan mengenalpasti metodologi penulisan beliau di dalam tafsirnya. Hasil kajian mendapati bahawa al-Kindi adalah seorang yang alim dan mahir dalam bidang tafsir, beliau menggunakan keluasan ilmunya dalam pentafsiran al-Quran al-Karim. Antara cadangan daripada hasil kajian ini antaranya ialah menubuhkan projek-projek kajian untuk mengembangkan lagi pemikiran dan karya penulisan al-Kindi. Ianya diharapkan dapat menjadi pencetus dalam memperkenalkan Al-Qadhi Emaduddeen al-Kindi sebagai seorang ulama dalam bidang tafsir di kalangan masyarakat serta menerangkan metodologi beliau di dalam tafsirnya.
Wafa Abdul Jabbar ShohibuddinMuhammad Lukman Mat SinMohamad Hafiz Darpen
Copyright (c) 2023 AL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-SUNNAH
2023-12-272023-12-27822535PESAN KEMAKMURAN LINGKUNGAN SURAH AT-TĪN DALAM TAFSIR AL-BURHÂN
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/293

Al-Qur’an sebagai petunjuk kehidupan memberikan ruang bagi para otoritatif dalam menginterpretasikannya sesuai dengan kondisi dan masanya. Haji Abdul Karim Amrullah (HAKA) dikenal sebagai tokoh agama di Indonesia, dalam kenyataannya juga ikut serta pada penginterpretasian Al-Qur’an. Hal ini terbukti dengan karyanya kitab tafsir Al-Burhân. Hadirnya penginterpretasian terhadap al-Qur’an memberikan petunjuk yang jelas dan memperkuat eksistensi al-Qur’an sebagai pedoman memberikan solusi dalam segala permasalahan. Adapun salah satu permasalahan yang sampai saat ini masih problematik yaitu tentang lingkungan. Sehingga diperlukan relevansi yang kuat dalam penyelesaian problem dengan berbasis petunjuk dari al-Qur’an (intrepretasi). Pendekatan yang digunakan penulis yaitu (library research) dengan teknik deskriptif kualitatif yang fokus pada sumber tertulis, khususnya tafsir Al-Burhân karya Haji Abdul Karim Amrullah yang menjadi rujukan utama. Dalam pengumpulan data, peneliti menggunakan teknik penelusuran penafsiran surah at-Tīn dalam Tafsir Al-Burhân dan beberapa referensi penunjang lainnya yang relevan baik bersumber dari buku, jurnal, maupun web-site. Adapun Hasil yang ditemukan bahwa penafsiran Surah At-Tin dalam Tafsir Al-Burhân memberikan pesan kepedulian terhadap lingkungan. Penyebutan kata “tīn” menunjukkan nama buah yang memiliki manfaat sampai kepada kulitnya sekalipun, dan “zaitūn” yang memiliki manfaat bagi kehidupan. Selain itu, kata “tīn” dan “zaitūn” juga diintrepretasikan sebagai makna tempat yang agung dan berkah. Sementara pada ayat selanjutnya kata “baladil amīn” ditafsirkan sebagai satu tempat yang aman bagi manusia, hewan dan tumbuhan. Penyebutan manusia sebagai makhluk yang terbaik pada ayat selanjutnya menunjukkan bahwa manusia memiliki peranan yang penting dengan kemakmuran dan penjagaan lingkungan. Sehingga keharmonisan antara beberapa elemen makhluk hidup dengan kemakmuran lingkungan ditandai dengan tumbuhnya pohon dan tanaman yang memberi dan mampu diberdayakan dengan pemberian terbaik Allah kepada manusia yaitu akal untuk dapat dimanfaatkan sehingga terbentuklah “baladil amīn” yang menyelaraskan hubungan alam (lingkungan) dan makhluk hidup.
Ibnu KhaldunDesy Helma PermataRizky Amaliah
Copyright (c) 2023 AL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-SUNNAH
2023-12-272023-12-27823649IMPLEMENTATION OF HADITH SHAHIH AL-BUKHORI ABOUT EDUCATORS AS MEDIATOR OF LIFE
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/294

Pendidik merupakan faktor penentu kejayaan proses pendidikan yang berkualiti. Beliau merupakan orang tengah dalam kehidupan mahasiswa yang seharusnya menjadi suri teladan dalam semua gerakan mahasiswa. Jadi sama ada pendidikan berjaya atau tidak dalam mencapai matlamatnya sentiasa dikaitkan dengan kerja pendidik. Sebagai pengantara dalam kehidupan pelajar, pendidik adalah perantara, penghubung dan perantara, serta penyedia dan penganjur penggunaan media pendidikan. Oleh kerana pendidik adalah orang tengah, maka praktikalnya mereka juga bertindak sebagai fasilitator iaitu menyediakan dan memudahkan proses pemindahan ilmu dan pemindahan nilai dengan baik. Oleh itu, pendidik dituntut mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang mencukupi tentang media pendidikan sebagai alat komunikasi dalam proses pembelajaran. Pendidik mestilah mahir dalam memilih, menggunakan dan mengurus media pendidikan, serta mampu bertindak sebagai perantara (media) dalam perhubungan antara pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun, masalah pembangunan watak masih terus berlaku. Ramai pendidik didapati tidak dapat memahami perwatakan pelajarnya sehingga menyebabkan tersalah pilih kaedah pendidikan dan berakhir dengan tidak mencapai matlamat pendidikan. Oleh itu, artikel ini akan mengupas pelaksanaan salah satu hadis Sahih al-Bukhari berkenaan pendidik sebagai perantara dalam membentuk sahsiah pelajar dalam keluarga. Penyelidik akan menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan menganalisis dan menghuraikan data yang dikumpul. Setelah meneliti hadis, pengkaji menyimpulkan bahawa pendidik adalah perantara, yang dalam hal ini khusus dalam mendidik ibu bapa kepada anak-anak mereka dalam membentuk akhlak yang baik. Terdapat beberapa kaedah yang terkandung dalam hadis ini yang boleh diaplikasikan oleh setiap ibu bapa kepada anak mereka iaitu 1) kaedah bercerita, 2) kaedah dialog dan soal jawab, 3) kaedah bercakap dalam bahasa yang baik 4) kaedah bercerita. mengharmonikan penerangan dengan isyarat tangan, 5) kaedah teladan.
M. Safar GaniMohammad Fattah
Copyright (c) 2023 AL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-SUNNAH
2023-12-272023-12-27825056PERKEMBANGAN HAFLAH TILAWAH AL-QURAN DI TIGA DAERAH DI INDONESIA
https://spaj.ukm.my/jalturath/index.php/jalturath/article/view/295

Al-Quran adalah merupakan mukjizat tertinggi Nabi Muhammad SAW. Setiap kalimah bahkan huruf yang dibacakan maka akan diberikan pahala bagi setiap muslim yang mengimaninya, seperti yang disebutkan dalam hadith. Membaca, memahami dan beramal dengannya adalah termasuk kedalam ibadat yang amat dituntut dalam agama Islam. Sedangkan di Indonesia terdapat suatu adat yang begitu masyhur di dalam kalangan masyarakat, yaitu Haflah tilawah al-Quran. Haflah tilawah al-Quran adalah acara berkumpulnya para Qari-qari untuk membaca ayat al-Quran menggunakan seni membaca al-Quran yang biasa juga dengan Nagham, pelaksanaannya sendiri biasa dilakukan ketika ada acara-acara besar seperti Haul salah satu guru pondok pesantren, pernikahan bahkan khitan. dan ini termasuk salah satu budaya adat yang cukup melekat sebagai salah satu cara untuk mensyiarkan al-Quran dan ilmu Nagham tersebut. dalam kajian ini penulis akan mengungkap peranan Haflah Tilawah al-Quran di tiga daerah yang terdapat di Indonesia, Tiga daerah tersebut ialah Kota Bima Nusa Tenggara Timur, Kota Langsa Aceh Darussalam, Desa Jonggat Lombok Tengah. Daerah ini dikenal memiliki ajaran Islam yang cukup melekat dengan masyarakatnya, salah satunya ialah menjadikan Haflah Tilawah al-Quran sebagai tradisi penting dan juga syiar Islam untuk menjadikan masyarakatnya senantiasa mendekatkan diri terhadap al-Quran. Dalam kajian ini penulis akan mengumpulkan data dengan metodologi kualitatif, maknanya akan dikumpulkan data dari beberapa sumber terpercaya seperti contohnya thesis, karya ilmiah, journal, buku-buku, dan website internet yang terpercaya.
Nopky Answara Putra PerdanaAnuar HasinSyed Najihuddin
Copyright (c) 2023 AL-TURATH JOURNAL OF AL-QURAN AND AL-SUNNAH
2023-12-272023-12-27825764